Posts

Showing posts from February, 2018

SURVIVOR SERIES

Image
Assalam, Survivor series adalah salah satu pay per view gusti WWF/WWE yang saya minat sejak kecil lagi. Ia menemukan jaguh-jaguh gusti iaitu sejenis sukan yang menggabungkan persembahan dan lakonan dalam pertempuran 4 lawan 4 sehingga tinggal seorang sahaja sebagai survivor. Alhamdulillah pabila usia makin dewasa dan mencecah kematangan, minat terhadap perkara-perkara yang melalaikan dan membuang masa berkualiti seperti juga ketagihan gajet masakini; sudah menurun seturun-turunnya.  Kendatipun begitu, tidaklah bermaksud tidak ada apa-apa yang positif langsung saya perolehi daripada minat tersebut. Melihat jaguh-jaguh yang relatifnya lebih kecil seperti Eddie Guerrero, Shawn Michaels dan CM Punk mempamerkan semangat juang, resilience dan memenangi perlawanan against all odds adalah menginspirasikan. Sejak 2016, keadaan ekonomi yang tidak menentu dan berjerubu melanda iklim pekerjaan dan pencarian rezeki ramai pihak. Daripada yang marhaen rakyat kebanyakan sehinggalah golong