Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

KONSISTENSI v DOUBLE STANDARD

Salam,
Untuk menjadi seorang yang konsisten bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi konsisten dalam melakukan sesuatu yang bagus dan disukai ramai secara berterusan. Seorang penyerang yang konsisten perlulah menjaringkan gol dalam ratio yang baik seperti 1 gol dalam 2 perlawanan misalnya. Begitu juga penjaga gol yang konsisten adalah yang mempunyai rekod clean sheet yang agak banyak dalam semusim.
Konsistensi yang mudah dalam aspek perlanggaran undang-undang dan kekurangan pengajaran. Seperti konsisten lambat ke mahkamah, konsisten melewatkan sembahyang, konsisten berhutang dan juga konsisten memotong Q di jalan raya. Sifat konsisten sebegini senang dijumpai dan ramai yang berbakat dalam aspek ini tanpa perlu digilap.
Paling sukar adalah untuk menjadi konsisten dalam membuat keputusan berlandaskan keadilan dan kebenaran. Jika kita mengatakan hitam pada satu ketika dan putih pula pada ketika yang lain pada perkara yang bersifat sama; kita sudah mengamalkan double standard. Contoh paling…

MIN HAITHU LA YAHTATHIB

Salam,
Perbezaan utama antara mereka yang makan gaji dengan bekerja sendiri adalah berkenaan dengan persoalan rezeki yang diperolehi saban bulan. Bagi yang menjadi "orang gaji" datanglah ribut mahupun taufan, pasti bibir mereka akan tersenyum pada satu tarikh yang pasti di setiap hujung bulan. Tidak kiralah gaji tersebut akan habis menjelang tengah bulan atau tidak, hakikatnya, security itu satu nikmat yang besar yang wajar dihargai oleh setiap yang makan gaji. Tak perlu petir minda bagaimana hendak mendapat gaji, cukup sekadar melaksanakan tugasan dengan amanah tanpa sebarang tekanan (di alam fana barangkali).
Bagi yang bekerja sendiri, security bulanan itu seolah-olah tiada langsung. Sumber kewangan adalah tidak tetap (fluctuate). Pendek kata jika ada yang bertanya berapa gaji saya, akan dijawab antara kosong ke infinity. Wujudnya juga perasaan uncertainty dalam mencapai target bulanan. Cukupkah bulan ini? Negatifkah pendapatan bulan ini atau berapa banyak yang boleh disimpa…