Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

MERDEKA KE 52 DALAM SUASANA PENUH KELEMBUAN

Salam,

Alhamdulillah negara kita mengorak langkah menjangkau usia ke 52 tahun ini. Salam kesyukuran kita ucapkan ke hadrat yang Esa dan ucapan terima kasih kepada semua pejuang kemerdekaan samada yang masuk ke dalam buku teks sejarah atau tidak serta ulama-ulama yang telah memperjuangkan Islam di bumi bertuah ini. Suram nampaknya sambutan merdeka tahun ini. Adakah kerana kebetulan kita berada di bulan Ramadhan (kurang syaitan untuk bersukaria-kecuali Red Devils) atau menularnya wabak H1N1 yang sudah hampir menjangkau 100 kematian ataupun kerana kita dapati masih ramai lagi belum merdeka jiwanya, mindanya dan semangatnya.

Sepatutnya bila sudah menjangkau 52 tahun, maka kita sudah matang dan tiada lagi sikap-sikap yang terbit dari darah muda atau belum empuk lagi (bahasa ore kelate tok pok lagi). Malangnya, tanggal Jumaat lepas sebaik sahaja selepas solat Jumaat, sekonyong-konyongnya muncullah 50 orang (pejuang agama dan bangsa?) berarak dengan penuh kemarahan dan tanpa sebarang sekatan (…

THE ART OF CROSS EXAMINATION (HOSTILE WITNESS)

Salam,

Cross examination is a battle between a defense counsel and a witness. It may look easy and a lot of people (including lawyers) view cross-examination as simple as putting some suggestion after the word 'put'. But trust me my friends, looks can be deceiving. Its easier said than done. Even for DPPs, the most interesting stage in a trial is during the defense stage where we can see DPPs wearing a defense counsel's hat (or songkok) in cross examining the accused (apart from the fact that their superiors won't whack them as the case already called for defense).

It can be a smooth sailing process and a very satisfying one (yes when the witness shredded apart by us) provided that we manage to put forward the defense version through that particular witness. Similarly if we are able to make the witness look hopeless and agreeing to all of our suggestions. But, what if the case involves hostile witnesses? Witnesses who come to court with poker face or Shariff Dol's fa…

LOYAR JADIAN?

Salam,

Kita seringkali mendengar mengenai harimau jadian dan serigala jadian (werewolf). Maksud mudahnya adalah kedua-duanya bukanlah harimau atau serigala tulen tetapi berhasrat hendak menjadi yang tulen itu. Justru, apabila ada orang yang hendak asalnya dicanangkan sebagai loyar yang tulen tetapi sebenarnya sudah distruck-off daripada senarai peguam; bolehlah kita memanggilnya loyar jadian.

Hari ini 25 Ogos 2009 atau 4 Ramadhan adalah hari penduduk Permatang Pasir (yang menjadi anak emas sekarang) akan membuang undi. Saya harap masih tidak terlambat untuk saya memberi komentar mengenai calon UBN saudara Rohaizat yang mana status keloyarannya dipertikaikan. Lets just strict to the facts here and I'll be commenting from the perspective of a fellow lawyer (loyar tulen bukan jadian).

Pertama-tamanya, to reveal a candidates background is not character assasination. Dalam kes saudara Rohaizat ini, pihak beliaulah yang menggembar-gemburkan mengenai kelayakan beliau sebagai peguam untuk di…

FASTING MODE

Salam,

Alhamdulillah today we are given the blessings by Allah to meet Ramadhan again. Now its high time for us to refresh our mind, body, soul (and stomach too) from all the allurement of dunia and nafsu. Its also the time to reload our amal ibadah, upgrade our iman, defrag our clouded minds, delete our bad habits and if need be re-format our priority in life. We might also interested in switching the old operating system (secular one) to a cool one (Islamic one).

Do we feel happy or excited with Ramadhan's arrival? If you answer in a positive tone, I'm glad you are still a sane muslim. If your answer is negative, then something is wrong somewhere, deep in your heart. We should be rejoicing now and not when Dendang Perantau by P.Ramlee or Sesuci Lebaran by Datuk Siti is being played non-stop in the radio. Its also the same if you main concern for Ramadhan is bubur lambuk, ayam golek and cendol rather than terawih, taadarus and tahajjud. Please consult your soul doctor (doktor r…

KISAH GULA DAN GULA-GULA

Salam,

Kronik sungguh masalah kepupusan gula akhir-akhir ini. Misteri ghuyubnya gula dari rak paling bawah kedai-kedai runcit masih belum terungkai. Adakah ini satu lagi konspirasi yahudi seperti penyebaran wabak H1N1? (dan B1N1? juga). Mamak di kedai runcit berhampiran rumah saya pun sudah membuat kawad cam yang positif terhadap saya setiap kali saya cuba membeli sekampit lagi gula dengan taktik gerila (membeli jajan 50 sen untuk membeli gula). Gula juga kini sudah naiktaraf apabila dikuarantin di bawah kaunter jurujual secara tersorok, seolah-olah hendak membeli barang yang makruh seperti mercun pula.

Tapi langit yang mendung itu tak semestinya membawa ribut petir semata-mata. Mungkin ada juga tiupan badai sepoi-sepoi bahasa yang datang. Sekurang-kurangnya kita belajar berpada dengan air kosong sahaja tanpa sebarang pemanis. Gula itu memang penyedap makanan tetapi jika overdose boleh menjemput penyakit menziarahi tubuh badan kita.

Seorang pakar Qi Gong pernah memberi amaran semasa saya…

MONEY MONEY MONEY

Salam,

Lawyers are always associated with money. I even noticed a lawyer friend wearing a belt with a large money sign ($) buckle. The spot question (soalan spot) that is normally asked to me is questions like; how much do you earn monthly as a lawyer?, is it more than Gani Patail's wages? how much do you charge for let say 39B case and bla bla bla. The perception (and misconception) is the notion that lawyers are money chasers, "mata duitan" and the famous quote from lawyers is "no money no talk".

Sadly but true enough many of the lawyers do indeed behave with greed, arrogance and materialistic in carrying out their duty. All the courtesy, care and consideration towards the needy (sometimes desperados) are thrown into the dustbin. On the other side of the coin, lawyers need money and as professionals, we don't want to be taken for a ride by clients who just merely begging for our service when they need us and leave us in the dark when they are comfortable or…

PERGI TAK KEMBALI

Salam,
Hari ini insan seni/pendakwah yang dikenali ramai, Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani telah dijemput kembali menghadap penciptanya. Sejak dari zaman Nadamurni lagi arwah telah berdakwah dengan konsisten melalui nasyid. Masih segar diingatan kita lagu-lagu seperti Sunnah Orang Berjuang, Munajat dan Ibu Mithali. Manakala di era Rabbani, lagu-lagu seperti Kerlipan Cinta, Anak Soleh dan Pergi Tak Kembali sudah tentu akan menggamit memori kita semua.
Sesungguhnya mati itu benar, sakaratul maut itu benar, soal jawab kubur itu benar, seksaan kubur juga benar. Tapi adakah kita benar-benar bersedia atau dilihat bersedia (ready and seen to be ready) untuk menghadapi semua ini? Memanglah iman kita ini ada pasang surutnya, hati kita pun berbolak-balik, sekejap menghala ke syurga sekejap menghala ke neraka, tapi takkanlah asyik surut sahaja iman sampai kemarau, kering-kontang hati kita?
Iman ini diterjemahkan melalui amalan. Berapa ramai antara kita yang muhasabah diri setiap malam? Yang berFB s…

RODA-RODA KEHIDUPAN

Salam,

Saya masih teringat kata-kata bekas boss saya semasa melaporkan diri sebagai DPP lebih kurang 8 tahun yang lalu; pertamanya "every man has his own vice (apabila saya mengatakan yang saya tidak merokok), dan keduanya "we choose you to be a DPP because you are the top of the barrel". Sefaham saya maknanya cream de la cream atau terpilih dari yang terpilih. Peliknya semasa temuduga kemasukan ke Jabatan Peguam Negara, saya mengatakan ingin menjadi majistret (salah satu profesion kegemaran ibu mertuaku-ala Kassim). Terasa hebat sungguh memegang title itu, terasa andalah yang paling terrorist sekali dalam arena kemahkamahan.

Fastforward 8 tahun kemudian, saya kini telah menjadi satu lagi profesion kegemaran ibu mertuaku (loyar, bukannya ahli musiq) dan hari ini mewakili bekas seorang DPP yang dituduh di mahkamah. Apabila kami menikmati lontong di Klang tadi, timbul pula cerita mengenai seorang lagi rakan DPP yang dituduh di mahkamah beberapa bulan lepas.

Nah, inilah bukt…

PERIBADI ATAU PERIBODY?

Salam,

Semalam (6 Ogos) tiba giliran saya sebagai salah seorang peguam dalam team Bar Council hadir ke inquest mendiang Beng Hock. Rasa teruja untuk menyertai prosiding memang tak dapat saya bendung. Apatah lagi, inquest ini telah ditangguh selama seminggu sebelum ini.

Mengikuti prosiding, banyak perkara yang saya observe tentang watak-watak utama. Antaranya aksi drama loyar Gobind Singh Deo yang penuh berjurus, soalan2 yang mencengkam jiwa saksi dan running commentary beliau terhadap jawapan saksi (yang kadang kala melucukan tapi ada juga yang sarcastic). Begitu pula loyar Tan Hock Chuan yang direvolusikan menjadi lead DPP (dah takda DPP tulen ke? Tuan Awang contohnya), dengan aksi meloncat beliau membantah setiap soalan nakal (atau jahat) Gobind seolah-olah beliau menjadi defence counsel SPRM pula.

Di dalam kandang saksi pula, Dr Seah (yang pernah menjadi saksi kes saya), cuba mengawal emosi dan counter segala tuduhan Gobind sehingga satu saat berkata, "lawyer's question is bi…

A "FRIENDLY" ENCOUNTER WITH MACC

Salam,

It's common for a layman to be afraid of the authorities. Stories and hearsay information about ordinary people being "tortured" or mistreated are prevalent among us. It is not because they have done something wrong, suffice for me to say its because the record speaks by itself.

The MACC is not excluded from this, moreover the issue of the death of Beng Hock is still fresh in our minds. Let's face it, among all the authorities, the MACC is the most equipped with legally approved "tools" that they can use in their investigation and also in the prosecution stage. That's why I personally rate MACC as the most powerful authority in 1Malaysia (after the PM and the first lady).

Many provisions contained in the new MACC act and also the old ACA act are contradictory with normal criminal procedure which conforms with rule of natural justice. Take for instance the presumption that a person who received money, is presumed to receive it corruptly. Under MACC a…

HUJAHAN KES ROGOL

PENGHUJAHAN PIHAK PEMBELAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN

BEBAN PEMBUKTIAN

1) Kes prima facie - Seksyen 180 (4) KAJ.

2) Kes - P.P v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457.

ELEMEN PERTUDUHAN

1) Di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, pihak pendakwaan perlu membuktikan adanya “penetration” dan ianya berlaku “without consent”.

2) Rujuk kes PP v. Mohd Ridzwan bin Md Borhan [2004] 5 MLJ 300.

3) Seperti kes rasuah, kes-kes seksual termasuk dalam kategori “easy to accuse but difficult to defend”. Adalah menjadi satu keperluan (practice and prudence) di dalam kes-kes seksual, “corroboration” diperlukan bagi menyokong keterangan pengadu.

4) Rujuk kes.

ANALISA KES PENDAKWAAN

1) Keterangan yang “crucial” bagi pertimbangan mahkamah adalah daripada SP1 (pengadu). Secara ringkas keterangan SP1 yang penting semasa pemeriksaan utama adalah seperti berikut;

a. Beliau telah melarikan diri dari majikan
b. Beliau tidak membawa bersama apa-apa dokumen pengenalan diri
c. Di Kuala Lumpur, beliau terjumpa seorang lelaki Indi…

MURAHNYA HARGA SEBUAH KEBEBASAN

Salam,

Ramai antara kita tidak pernah dipenjarakan. Ramai juga tidak pernah dilokapkan. Tetapi malam ini di Balai Polis Bukit Jalil, berpuluh2 warga Malaysia dinafikan hak kebebasan mereka dan dibajuungukan (baju lokap). Mereka juga disuruh mencangkung dan digari seperti penjenayah tersohor lagaknya.

Cubalah hadiri prosiding reman, apatah lagi yang membabitkan mereka yang sudah berumur dan kanak2. Fikirkan perasaan mereka yang sudah 24 jam dikurung di belakang jeriji besi dengan status sebagai saspek tetapi sudah dicop sebagai penjenayah di mata masyarakat. Fikirkan pula perasaan ahli keluarga mereka yang setia menanti di luar pagar balai polis sepanjang hari menantikan bilakah wajah orang kesayangan akan muncul dibebaskan.

Sebagai peguam yang sering ke kem motivasi Sungai Buloh dan lokap2 untuk prosdiding reman, saya dapat merasai sikit sebanyak perasaan hati kecil mereka yang ditahan. Ingatlah, ia boleh terjadi kepada diri kita dan mungkin ahli keluarga kita yang sudah dianggap sebagai…

DEMO DEMO KAWE KAWE

Salam,

Hari ini tanggal 1 Ogos 2009 kita (tidak) dikejutkan dengan berita penangkapan lebih daripada 400 orang dalam perhimpunan anti ISA di ibu kota. Ramai yang menyokong demonstrasi ini. Inilah ruang untuk rakyat menyatakan kemarahan dan menyampaikan mesej kepada kerajaan yang sudah berkurun berhenti setakat gear 1 (atau gear reverse?) apabila bercakap tentang usaha2 untuk mengkaji akta draconian (atau akta zombi kampung pisang?!) ini. PM tercinta mengatakan berilah pandangan, cadangan namun bagi penyokong anti ISA, usaha memberi cadangan ini samalah seperti menunggu ayam jantan bertelur (kerja Aziz Satar dalam Seniman Bujang Lapok).

Tidak sedikit pula yang menolak demostrasi jalanan ini (dengan merancang satu lagi demonstrasi jalanan?) dan berikrar mempertahankan undang2 keramat ini yang telah sekian lama berjasa dalam menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Akta inilah yang telah berjaya menyahtinjahkan golongan2 subversif dan pelampau yang mengancam keselamatan negara. Contoh2 …