Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

MY HEART WILL GO ON

Assalam,
Saya sentiasa yakin dan percaya saya memang seorang peguam yang berdedikasi. Setiap tugasan dan amanah yang saya terima akan saya cuba laksanakan sebaik mungkin, jika boleh pada tahap 110%. Malah sejak dulu saya ada motto peribadi yang saya pegang- "saya tak boleh bekerja tanpa tekanan", "pressure is good, it will propel or catapult me to work", au kama qaal.
Saya juga seorang yang agak keras kepala dan persistent. Sejak dulu lagi saya akan pertahankan prinsip dan kepercayaan saya dan tidak akan berdegis (berganjak) daripadanya. Malahan saya agak bangga declare diri sendiri sebagai anti establishment sejak zaman belajar hinggalah ke zaman pekerjaan. Dia kala kawan-kawan menyokong MU, Liverpool dan semua team power, saya kekal setia sebagai Toon Army menyokong Newcastle. Cumanya, mungkin sejak beberapa tahun ini terutamanya sejak balik dari pengembaraan rohani haji 2 tahun lepas telah memberi perspektif baru pada saya tentang hidup agar lebih terbuka dan kura…