Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

DON'T JUDGE A GUY BY HIS RUMET

Assalam,
'Don't judge a guy by his rumet' adalah kata-kata hikmat yang pernah dituturkan oleh seorang sahabat saya. Berbeza sedikit dengan bidalan don't judge a book by its cover; ia sebenarnya mempunyai konotasi positif dan negatif. Positifnya (sangka baik) adalah rumet beliau itu lebih baik daripada beliau dan beliau segan untuk dibandingkan dengan rumet tersebut. Sebaliknya, beliau mungkin ada memori kurang enak yang menyebabkan beliau tidak mahu dikaitkan dengan rumet tersebut.
Waima apapun, kata-kata hikmat ini memang terkena atas batang hidung saya dalam perjalanan saya menjadi peguam jenayah dan bergelumang dengan sepak terajangnya. Saya akui saya juga manusia yang kadang-kadang ada datang perasaan prejudis dan skeptikel dengan sebilangan orang. Boleh percaya ke dia ni? Boleh bayar ke mamat ni? Betul ke cerita hamba Allah ni? Persoalan-persoalan begini sering menerjah minda dalam berinteraksi dengan anak guam, bakal anak guam dan juga bakal bekas anak guam (mohon …