Posts

Showing posts from November, 2009

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

Image
Dengan izin Yang Arif, Hujahkan mahkamah yang mulia ini perlu mempertimbangkan beberapa faktor sebelum menjatuhkan satu hukuman yang adil. 1. Pengakuan salah Pengakuan salah ini bukan sahaja menjimatkan masa dan kos mahkamah, juga pihak-pihak lain iaitu pendakwaan dan saksi Walaupun pengakuan ini dibuat di peringkat pembelaan, masih lagi perlu dipertimbangkan kerana ia dibuat "at the earliest opportunity" dan dalam keadaan berat dadah yang bukan "substantial" PP v Ravindran & Ors [1993] 1 MLJ 45 2. Latar belakang OKT Semasa ditangkap berusia 34 tahun dan bersekolah sehingga darjah 6 sahaja Belum berkahwin dan merupakan anak ke 3 dari 7 orang adik-beradik Sebelum ditangkap bekerja sebagai peniaga pasar dengan upah harian sebanyak RM 30 Ibu dan bapa masih hidup dan sudah uzur 3. Fakta kes Daripada fakta kes yang telah sedia ada di hadapan mahkamah yang mulia ini, OKT telah memberikan kerjasama kepada pihak polis sehingga membawa kepada perjumpaan dadah Terdapat 5

CRIMINAL ADVOCACY (CHAPTER ONE)

Image
Salam, Learning is a continuing process. As muslims we know it should be from the cradle to the grave. Even after we die, somebody still grateful enough to teach us via talqin though some quarters view it as bid'ah. Once we stop learning and regard ourselves to be learned (terrorist); then we are actually becoming stupid proud or 'bodoh sombong'. Thus, having that notion always in my mind, I grabbed the opportunity to pluck the fruit of knowledge from distinguished and senior criminal practitioners in one a half day conference in UKM which ended today. Though I'm one of the organizing committees, rest assured that I diligently attended all the sessions without wasting my time pretending to be busy as normally done by organizers of such programme. At the end of the day the participants got enriched in their knowledge but not the organizer. One of the eagerly awaited session was the talk by the much respected Johor based lawyer, Tuan Haji Hisyam Teh Poh Teik on criminal

KENALI ANAK GUAM ANDA

Image
Salam, Ada 2 jenis pembahagian karier secara umum iaitu jenis yang berhadapan dengan manusia dan jenis yang berhadapan dengan mesin. Kedua-duanya memerlukan kemahiran, sikap dan skil yang berbeza. Bagi kerjanya berhadapan dengan manusia; kemahiran mendengar, sikap penyabar dan skil pujuk-memujuk adalah antara pra-syarat yang wajar ada. Bagi yang kerjanya mengadap mesin pula; kemahiran berfikir secara kreatif, sikap teliti dan skil menyelesaikan masalah pula sangat-sangat diperlukan. Sebab itulah kita boleh memerhati anak-anak kita melalui pengamatan sikap ini bagi menduga jenis karier bagaimana yang sesuai dengan mereka kelak. Kalau yang asyik menghadap komputer mungkin sesuai menjadi engineer dan sebagainya. Kalau yang suka berhujah saja mungkin sesuai jadi loyar! Saya seringkali terfikir, alangkah bagusnya jika karier saya hanya perlu berhadapan dengan mesin. Jika meragam sekalipun, masih boleh dibaiki. Jika ada kerosakan, boleh dirujuk manualnya. Tiada perasaan yang perlu dijaga, ti

HUJAHAN KES ROGOL (UNDERAGE)

Image
PENGHUJAHAN PIHAK PEMBELAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN BEBAN PEMBUKTIAN 1) Kes prima facie - Seksyen 180 (4) KAJ. ELEMEN PERTUDUHAN 1) Di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, pihak pendakwaan perlu membuktikan adanya “penetration”. 2) Rujuk kes PP v. Mohd Ridzwan bin Md Borhan [2004] 5 MLJ 300 . 3) Seperti kes rasuah, kes-kes seksual termasuk dalam kategori “easy to accuse but difficult to defend”. Adalah menjadi satu keperluan (practice and prudence) di dalam kes-kes seksual, “corroboration” diperlukan bagi menyokong keterangan pengadu. 4) Rujuk kes Abdul Malek b. Atan v. PP [2002] 4 MLJ 84 dan kes Din v. PP [1964] 30 MLJ 300. ANALISA KES PENDAKWAAN § Keterangan yang “crucial” bagi pertimbangan mahkamah adalah daripada SP1 dan SP4 (pengadu-pengadu). Analisa keterangan SP1 dan SP4 yang penting semasa pemeriksaan utama adalah seperti berikut; 1) Peruntukan Seksyen 133A Akta Keterangan · S