Posts

Showing posts from January, 2019

HUJAHAN SEKSYEN 39B DI MAHKAMAH RAYUAN

Image
Alasan nombor 5 dan 6 Petisyen Rayuan. Kami menghujahkan bahawa Yang Arif Hakim telah khilaf apabila gagal mendapati wujudnya keraguan yang serius terhadap identiti barang kes dadah. Barang kes yang dirampas adalah merupakan 5 ketulan mampat ganja. Menurut SP5 (pegawai serbuan), beliau telah menjumpai 5 ketulan berbalut kertas timah dan plastik lutsinar dalam beg berwarna  pink. SP5 selanjutnya telah membuat  torehan kecil pada bahagian penjuru kelima-lima ketulan. Rujuk keterangan SP5 di  m/s 77 baris 2280-2283 Jilid 2 Rekod Rayuan.  Keterangan SP6 (pegawai penyiasat) pula mengatakan beliau menerima 5 ketulan mampat berbalut plastik dan alumunium foil sahaja. Menurut SP6 juga telah ada  kesan torehan kecil secara menyerong di bucu ketulan-ketulan. SP6  tidak membuka mana-mana ketulan. Rujuk keterangan SP6 di  m/s 92 baris 2717-2721 dan m/s 104-105 baris 3086-3106 Jilid 2 Rekod Rayuan. Keterangan SP3 (ahli kimia) pula mengatakan semasa beliau menerima barang kes