Posts

Showing posts from May, 2013

CRIMINAL SUBMISSION (WRITTEN) MADE EASY

Image
Salam, Saya dihubungi oleh salah seorang pengunjung blog saya ini berkenaan panduan dan cara-cara untuk membuat hujahan kes-kes jenayah dengan berkesan. Pasca PRU13 ini dalam ketika ramai masih berkobar-kobar menjadi penganalisa politik jadian dan segera; maka ada eloknya saya mencuri sedikit masa sibuk (dan menyibuk) saya untuk menintakan sedikit setelah sekian lama blog ini kemarau idea. Awas! Tulisan ini bukan untuk abang-abang otai peguam jenayah yang lebih mahir dan berpengalaman dari saya. Juga mungkin bukan sesuai untuk kakak-kakak DPP yang garang dan bersemangat berkobar-kobar mengendalikan kes mereka. Mungkin untuk para pelajar di peringkat universiti ataupun peguam-peguam muda yang masih segar, lebih bertepatan. To begin with, tidak ada satu rules yang standard bagaimana mencapai piawaian hujahan yang bergaya, bermutu dan berkeunggulan. Hujahan yang bagus bukanlah kayu ukurnya berapa tebal mukasurat, berapa besar font yang digunakan atau betapa banyak case laws y...