HUJAHAN APPEAL v SENTENCE (HIGH COURT)
PEMBUKAAN 1) Rayuan oleh pihak Perayu adalah terhadap keputusan Tuan Majistret, Mahkamah Majistret XXX yang telah menjatuhkan hukuman Perintah Kerja Wajib selama 3 bulan di bawah Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 dan denda RM XXX terhadap Responden. 2) Responden dalam kes ini telah mengaku salah untuk suatu kesalahan di bawah Seksyen415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Akta yang sama. HUJAHAN RESPONDEN Alasan para (a) ke (c) Petisyen Perayu dihujahkan serentak. 1) Tuan Majistret telah memperturunkan Alasan Penghakiman yang lengkap dengan alasan-alasan serta justifikasi-justifikasi dengan panjang lebar pada m/s 6 hingga 11 Rekod Rayuan . 2) Hujahkan Mahkamah di peringkat rayuan ini sewajarnya perlahan untuk mengganggu (slow to interfere) dalam keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rendah, melainkan keadaan yang khas sahaja wujud. 3) Rujuk kes PP v Mohamed Nor & Ors [1985]...