Posts

Showing posts from February, 2011

HUJAHAN KES 39B (DEFENCE STAGE)

Image
PENGHUJAHAN PEMBELAAN DI AKHIR KES PEMBELAAN 1. Pendahuluan Dalam kes ini OKT telah dipanggil membela diri ke atas pertuduhan yang dikemukakan. Keputusan ini diasaskan pada anggapan di bawah Seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya (anggapan berat) selepas pendakwaan berjaya membuktikan elemen possession pada peringkat prima facie. Ini bermakna pembelaan dipanggil bukanlah atas asas bahawa wujudnya direct evidence of trafficking (act of carrying) kerana pada peringkat prima facie, apa yang dibuktikan hanyalah mere act of carrying . Ini adalah jelas berdasarkan kes Ong Ah Chuan v PP [1981] 1 MLJ 64 [TAG 1] . Oleh itu, beban pembelaan pada peringkat ini ialah untuk mematahkan anggapan di bawah Seksyen 37(da) ADB ini atas imbangan kebarangkalian. Pohon rujuk kes PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 [TAG 2] dan kes Mohamad Radhi bin Yaakob v PP [1991] 3 CLJ 2073 [TAG 3]. Memandangkan asas kes pembelaan adalah on the premis