Posts

Showing posts from August, 2011

TIADA LAGI BUDIBICARAMU

Image
Salam, Semalam saya terpanggil dan tersentak dengan pertuduhan satu kes BPR yang dikemukakan di mahkamah semasa saya seperti biasa menghabiskan masa mengasah skil menunggu saya. Lelaki India yang kelihatan innocent tersebut dituduh memberikan rasuah RM 20 kepada seorang polis trafik. Saya terfikir saya mungkin tersalah dengar atau pertuduhan tersalah dibaca, namun tidak, jumlah yang terlibat memang RM 20. Saya menyambung mendengar prosiding dengan penuh minat. OKT yang tidak diwakili terus mengaku salah. Lebih menarik apabila fakta dibacakan, OKT nampaknya dikatakan memberikan RM 20 itu kepada polis trafik untuk melepaskan adik beliau yang ditahan menaiki motorsikal tanpa lesen. Rayuan OKT lebih menarik kerana beliau mendakwa; "kenapa polis tu ambil duit yang saya offer? Kalau tak, tidak jadi satu kesalahanlah". Pendakwa raya mempunyai kuasa segah namanya. Perlembagaan persekutuan yang memberikan kuasa dan disokong oleh CPC. Kuasa mendakwa, menarik balik dan membe

MEREKA YANG REBAH

Image
Salam, Saya masih teringat semasa zaman pra baligh di darjah 6 dahulu ada satu lagu yang berunsur keinsafan iaitu Mereka Yang Rebah berkisar mengenai manusia-manusia yang tewas angkara najis dadah. Lagu itu meniti di bibir anak-anak ketika itu. Satu lagi lagu yang juga saya ingat adalah Masih Aku Terasa nyanyian kumpulan Gersang yang tiada bersangkut paut langsung dengan entri ini. Beberapa hari yang lepas pasukan bolasepak harimau malaya juga telah rebah dirobek oleh sang singa berpura-pura. Memang perit untuk menelan kepahitan kekalahan itu. Apatah lagi rebahnya harimau malaya bukan sahaja dek kerana pasukan lawan diperkuatkan oleh awang import yang telahpun veteran dan berisi; malahan juga akibat kealpaan sendiri dan sedikit unsur kebodoh-sombongan di pihak jurulatih yang konsisten menurunkan pemain yang berstatus penumpang sahaja di atas padang. Begitulah hidup kita, ada harinya kita menggapai kemenangan. Maka moleklah kita beringat-ingat bahawa kemenangan itu bukan segalanya mahup