Salam, Dalam bulan Disember ini berlakunya dua peristiwa yang berkait dengan tajuk "dunia belum kiamat". Peristiwa pertama lebih tepat kalau kita panggil peristiwa yang tak kunjung tiba. Ramalan kiamat oleh puak Mayan yang dijangkakan akan tiba pada 21 Disember 2012 nampaknya seperti dijangka berlalu tanpa apa-apa pun. Nampak gaya kiamat pun boleh ditangguh seperti juga kes-kes AES di mahkamah. Peristiwa kedua sebenarnya lebih realistik dan dekat di hati berbanding ramalan karut puak Mayan itu. Seperti yang saya nyatakan dalam kuliah saya, saya tidak dapat resist the tempation untuk mengomen tindakan mahkamah majistret di Kuala Lumpur terhadap pelajar bernama Umar yang disabit salah dengan pertuduhan menghalang penjawat awam berkaitan kejadian occupy dataran. "Dunia belum kiamat" itulah juga kata keramat yang diucapkan oleh tahanan penjara Kajang ini untuk disampaikan kepada dunia melalui ibu-bapa beliau. Sebagai pengamal undang-undang, pencinta keadil...