Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

BORJOUIS ATAU MARHAEN

Salam,
Dalam dunia materialistik hari ini tidak dapat lari dari kita memperkatakan mengenai syiar, first impression atau gaya. Dunia kepeguaman juga tidak dapat lari dari dijerat oleh pandangan atau persepsi material ini. Keberjayaan atau kehebatan seorang peguam diukur daripada apa yang dapat dilihat pada mata kasar. Nampaknya 'nahkum bozzhowaahir" sangat dipratikkan di alam serba hitam putih ini.

Pernah saya ditanya oleh rakan-rakan adakah perniagaan firma guaman saya sedang bermasaalah atau di tahap defisit lantaran saya downgrade kereta dari jenama Jepun bercc 2.0 kepada jenama Malaysia bercc 2.0 juga. Mungkin mereka mengambil berat akan hal ehwal saya. Namun, itulah realitinya yang begitu pahit hendak ditelan. Bukannya 'don't judge a book by its cover" sebaliknya "judge (and prejudge) a lawyer by its buroq".
Apa yang disebalik yang tersurat jarang difahami lantaran prejudis material ini. Keberangkalian peguam itu cuba berjimat atau berzuhud adalah tid…