BORJOUIS ATAU MARHAEN
Salam,
Dalam dunia materialistik hari ini tidak dapat lari dari kita memperkatakan mengenai syiar, first impression atau gaya. Dunia kepeguaman juga tidak dapat lari dari dijerat oleh pandangan atau persepsi material ini. Keberjayaan atau kehebatan seorang peguam diukur daripada apa yang dapat dilihat pada mata kasar. Nampaknya 'nahkum bozzhowaahir" sangat dipratikkan di alam serba hitam putih ini.
Pernah saya ditanya oleh rakan-rakan adakah perniagaan firma guaman saya sedang bermasaalah atau di tahap defisit lantaran saya downgrade kereta dari jenama Jepun bercc 2.0 kepada jenama Malaysia bercc 2.0 juga. Mungkin mereka mengambil berat akan hal ehwal saya. Namun, itulah realitinya yang begitu pahit hendak ditelan. Bukannya 'don't judge a book by its cover" sebaliknya "judge (and prejudge) a lawyer by its buroq".
Apa yang disebalik yang tersurat jarang difahami lantaran prejudis material ini. Keberangkalian peguam itu cuba berjimat atau berzuhud adalah tidak masuk akal. Kemungkinan peguam itu melebihkan hasil penat lelahnya ke area lain seperti pelaburan, hartanah mahupun percutian atau perancangan haji contohnya, juga dianggap tak lojik. Apa yang menjadi sifir dan formula di mata kebanyakan manusia adalah kehebatan peguam diukur dari kebesaran keretanya, rumahnya dan mungkin lilit perutnya.
Jika tinjauan dibuat di parking lot peguam di mahkamah yang besar seperti di Jalan Duta atau Shah Alam, pelbagai jenama kereta dari yang sebiasa-biasanya ke yang semewah-mewahnya boleh kita berjumpa. Jangankan Audi, Merce atau BMW, jenama seperti Porshe juga sudah menjadi pandangan biasa. Perasaan kagum, cemburu dan mungkin rendah diri mungkin wujud pada peguam muda atau peguam tua yang menggunakan kereta biasa sahaja. Melainkan kita ini berhati waja, bersifat qonaah dan tidak kisah, tensyen juga dibuatnya menyaksikan panorama begini saban hari.
To a certain extent, persepsi ini ada benar juga dan wujud rasionalnya. Adalah munasabah perbelanjaan itu berpadanan (porpotianate) dengan hasil pendapatan. Lojiknya, semakin berjaya peguam itu, semakin tinggilah citarasanya, level of comfortnya dan reward yang setimpal dengan segala usaha dan penat lelah selama ini. First impression atau syiar di mata anak guam juga sedikit sebanyak boleh membina keyakinan (atau menghancurkan keyakinan) seseorang anakguam.
Sebagai peguam yang pernah berjumpa anakguam yang menaiki kereta-kereta mewah yang diparking sebelah kereta saya, terasa benar juga peri pentingnya syiar ini. Terasa kerdil dan lekeh pun ada juga kadang-kadang. Namun, balance harus wujud dengan kemampuan, kepakaran dan performance peguam itu. Pendek kata, peguam boleh berstylo dengan kereta mewah tapi kerja beliau perlulah sama atau lebih stylo. Jika tidak, jadilah umpama tin kosong sahaja yang tiada substance. Di luarnya hebat tapi dalamnya sifar kualiti mahupun ini.
Dari aspek lain pula, memiliki syiar yang mewah seperti kereta mewah ini ada juga baiknya. Malahan boleh juga menjadi satu dakwah dan motivasi kepada orang lain. Bayangkan jika masjid dan surau dipenuhi dengan Audi, Merce dan BMW. Sudah tentu satu mesej bahawa kita masih boleh menjadi berjaya dan juga menjadi muslim yang kuat ibadahnya pada masa yang sama. Begitu juga jika digunakan dalam perjuangan menegakkan Islam, sudah tentu mesej bahawa perjuangan itu tidak menghalang dalam mencari kekayaan duniawi disamping matlamat ukhrawi.
Yang penting mungkin kebijaksanaan kita bermain tarik tali antara keperluan dan keinginan. Bak kata Azizi Ali dalam bukunya; jika kita mampu membeli BMW 5 series, belilah 3 series. Masih lagi mewah dan berkuasa serta dapat pula berjimat, all in one. Bukan setakat kita kena ukur baju di badan sendiri, tak perlulah kita sibuk mengukur baju di badan orang. Boleh saja menjadi borjouis, asalkan kita masih berjiwa marhaen dan sudi bersama merasai denyut nadi marhaen bila tiba masanya. Wassalam.
penuh sindiran nampaknya
ReplyDeleteSalam King,
ReplyDeleteUntuk renungan bersama.