Loyarberjurus

hanya untuk yang berjurus sahaja

Friday, December 5, 2014

HUJAHAN RAYUAN DI MAHKAMAH RAYUAN (SEMI-PRO LEVEL)

RINGKASAN HUJAHAN PERAYU


Dengan izin Yang Arif,
Izinkan kami merujuk kepada Petisyen Rayuan Perayu.



  1. ALASAN NO. 1 DAN 2 DALAM PETISYEN RAYUAN

  1. Pertamanya, Hakim khilaf apabila memutuskan wujudnya kes prima facie terhadap Perayu.

  1. Hakim telah gagal untuk mengambilkira bahawa beg berisi dadah (P19) tidak pernah berkunci langsung pada mana-mana bahagian. Malahan beg P19 hanya berzip sahaja tanpa apa-apa jenis kunci atau mangga. Tiada juga penemuan apa-apa kunci pada badan Perayu. Rujuk m/s 10 Rekod Rayuan JIlid 1 dan m/s 32 Rekod Rayuan Jilid 1.

  1. Adalah tidak munasabah untuk Perayu tidak mengunci beg P19 dan membiarkannya begitu sahaja tanpa apa-apa precaution. Ini menunjukkan Perayu tiada usaha untuk menyembunyikan dadah dan tiada pengetahuan berkenaan kandungan beg P19 kerana beg tidak “carefully concealed”.

  1. Hujahkan ini bermakna Hakim telah gagal membuat penilaian maksimum di akhir kes pendakwaan. Dalam keadaan beg tidak berkunci dan tiada kunci dijumpai pada Perayu; tidak ada inferens yang kuat boleh dibuat bahawa Perayu memiliki pemilikan sebenar mahupun “mens rea possession”. Rujuk kes PP v Suzie Adrina Ahmad [2006] 3 CLJ 889 [TAG 1];

“Held (allowing the appeal and remitting the case to the court below with a direction to call for the defence)

Per Gopal Sri Ram JCA:

(1)  On the facts, firstly, the respondent had actual physical possession of the bag ('exh. P4(2)') in which the drug was found. Exhibit P4(2) was locked at the material time and the respondent had the key to it which, prima facie, meant that nothing could be placed into exh. P4(2) or taken out of it without her assent. This led to the strong inference that she had mens rea possession of the drug. Secondly, the respondent had appeared shocked when she was stopped by a police officer, which was evidence that was clearly relevant and admissible by virtue of s. 8 of the Evidence Act 1950. Lastly, the respondent had travelled from Kota Kinabalu to Penang and returned within a period of less than 24 hours; thus, it was unlikely that she went to Penang for leisure. These circumstances when taken together led to the irresistible inference that the respondent was trafficking in the drug in question. It was then for her to rebut this inference by offering a plausible explanation. (para 6)”


  1. ALASAN NO. 3 HINGGA 5 DALAM PETISYEN RAYUAN

  1. Keduanya, isu identiti melibatkan gangguan ke atas barang kes dadah. Hakim khilaf apabila gagal memutuskan bahawa wujud gangguan pada barang kes dadah dengan adanya keratan pada P10.

  1. SP2 tidak pernah ditanya di dalam pemeriksaan utama berkenaan keadaan P10 yang mana adanya kesan pelekat di salah satu bucunya. Oleh itu jelas dari keterangan SP2 bahawa beliau tidak memeriksa pelekat di P10. Apakah jaminan bahawa pelekat ini berupaya menghalang bahan Kristal dalam bentuk bercerai daripada keluar?

  1. Daripada keterangan SP4 pula, jelas bahawa beliau tidak ingat mengenai tampalan pada P10. Malah dalam pemeriksaan semula, sekali lagi beliau mengatakan tidak ingat samada ada dibuat ujian setelah ia dijumpai.

  1. Oleh itu inferens yang memihak kepada Perayu wajar dipilih iaitu kesan keratan pada bucu P10 tidak wujud semasa SP4 mula-mula membongkar beg P19. Tiada keterangan langsung untuk suggest bahawa secara tidak sengaja berlakunya kesan keratan ini semasa proses mengumpil beg.

  1. Juga adalah salah untuk suggest bahawa kesan potongan mungkin berlaku (secara tidak sengaja) semasa plastik kuning P21 dibuka oleh SP4. Ini kerana jelas SP4 menggunakan perkataan “koyak” terhadap P21 yang semestinya berbeza dengan kesan “potong” atau “kerat” yang mana Mahkamah sendiri meneliti secara fizikal sifat potongan itu.

  1. Inferens yang memihak kepada Perayu iaitu asalnya P10 itu tidak ada sebarang kecacatan mestilah dipilih oleh Mahkamah. Tiada penjelasan memuaskan diberikan oleh SP4. Tambahan pula, ekshibit dokumentari terutamanya gambar P5(16) yang dirakamkan di KLIA tidak menunjukkan kesan potong itu sudah wujud.

  1. Apabila dibandingkan pula dengan keterangan IO (SP5) jelas beliau dapati bucu P10 telah koyak semasa beliau membukanya di Nilai. Persoalannya, bilakah keratan ini wujud? Hujahkan ia berlaku antara tempoh selepas SP4 membuat pembongkaran di KLIA sehinggalah tempoh P19 dibuka semula oleh SP5 di Nilai. Ini adalah konsisten dengan gambar P5(16) dan P5(25) yang mana beza waktu keduanya adalah lebih kurang 2 jam.

  1. Wujud juga masa di mana P10 hanya ditinggalkan dalam kawalan SP5 dan SP1 sahaja tanpa kehadiran SP4 semasa SP4 membuat laporan polis dan ini berlaku sebelum penyerahan rasmi dibuat. Tempoh ini menurut SP5 adalah kurang daripada satu jam.

  1. Dihujahkan sebarang gangguan kepada P10 mesti berlaku antara tempoh SP4 selesai membongkar hingga masa SP5 mendakwa wujudnya keratan di Nilai.

  1. Penjelasan SP5 dalam pemeriksaan semula lebih mengukuhkan telahan bahawa beliaulah yang membuat gangguan ke atas barang kes dadah. Beliau pasti juga ketika SP4 menjumpai P10, tiada pelekat (bermakna tiada juga keratan). Fakta bahawa SP5 boleh sahkan tiadanya pelekat ketika itu menunjukkan beliaulah yang membuat keratan dalam keadaan SP4 tidak ingat apa-apa.

  1. Hujahkan benefit of the doubt iaitu berlakunya gangguan ke atas P10 dalam tempoh ini hendaklah diberikan kepada Perayu. Banyak persoalan gagal diperjelaskan. Bagaimana ia boleh berlaku? Apa keperluan keratan dibuat? Kenapa tampalan dibuat oleh SP5? Adakah ada perubahan berat yang wujud? Kesannya telah timbul satu keraguan serius atas identiti barang kes yang fatal kepada pendakwaan.

  1. Sebarang discrepancies dan doubts yang wujud dalam satu kes capital offence mestilah ditutup dan diperjelaskan melalui keterangan oleh pihak pendakwaan. Kegagalan melakukannya adalah fatal kepada kes pendakwaan. Rujuk kepada kes Yeong Kia Heng v PP [1992] 1 CLJ 364 [TAG 2].

  1. Hakim juga khilaf apabila gagal memutuskan bahawa tindakan IO kes memindahkan barang kes dari plastik asal ke tiga plastik berasingan terjumlah kepada gangguan kepada barang kes.

  1. Keadaan asal apabila SP4 menjumpai barang kes dadah di dalam P19 adalah satu plastik kuning (P21) yang mana ada dadah di dalamnya. Manakala di dalam P21 ada satu lagi plastik lutsinar (P10) yang turut mengandungi bahan disyaki dadah seperti dalam P21.  

  1. Menurut SP5, beliau tuang serbuk Kristal dalam P21 ke dalam 3 plastik lutsinar lain yang beliau bekalkan (P11, P12 dan P13). Alasan beliau kerana bahan ini bertaburan dalam P21 itu yang telah koyak.

  1. Persoalan pertama, mengapakah SP5 bertindak mengalihkan bahan disyaki dadah dari dalam P21 ke dalam 3 plastik yang beliau bekalkan sendiri? IO kes bukanlah orang yang sepatutnya melakukannya, sebaliknya ahli kimia lebih sesuai.

  1. Tambahan pula, SP5 melakukannya secara manual memindahkan bahan dari P21 ke 3 plastik lain itu. Dalam keadaan sifatnya yang berbentuk serbuk dan SP5 sendiri kata bertaburan, apa jaminan bahawa cara manual ini memastikan keseluruhan bahan berjaya dipindahkan?

  1. Persoalan keduanya, cara bagaimana pemindahan tersebut dibuat juga sangat meragukan dan menimbulkan syak wasangka. Sebelum mengalihkannya, SP5 tidak menimbang berat kandungan dalam P21, tiada gambar diambil menunjukkan proses pemindahan dan SP5 juga melakukannya seorang diri.

  1. Persolan ketiganya, 3 plastik P11 hingga P13 tersebut dibekalkan sendiri oleh SP5. Sedangkan plastik asal P21 pula tidak dihantar ke Jabatan Kimia. Mana mungkin satu kes melibatkan hukuman mati dikendalikan dengan cara begini di mana alteration dibuat sesuka hati ke atas dadah oleh pihak yang menyiasat kes? SP5 juga mengatakan beliau heat seal P11 hingga P13 sendiri.

  1. Jelas ini satu pencabulan serius ke atas rantaian keterangan barang kes dadah yang wajar diberi perhatian berat oleh Mahkamah. Jika pihak IO boleh mengubah bentuk, sifat dan komposisi dadah yang dirampas, apa jaminan tiada perubahan pada berat dadah? Sudah tentu identiti barang kes sudah tidak sama lagi antara yang dirampas dengan yang akhirnya diubah dan dihantar ke ahli kimia, seterusnya dikemukakan di mahkamah.

  1. Tiada juga penjelasan memuaskan mengapakah plastik asal P21 tidak dihantar bersama kepada ahli kimia walaupun didakwa sudah dikosongkan. Bukankah P21 itu plastik asal dijumpai dadah di dalamnya?

  1. Persoalan keempatnya, SP5 mendakwa ada maklumkan pemindahan ini kepada SP2 secara lisan. Namun, tiada keterangan dari SP2 bahawa beliau telah dimaklumkan hal ini. Tiada juga dinyatakan dalam borang permohonan (D18).

  1. Hujahkan tindakan SP5 memindahkan kandungan dadah dari P21 ke 3 plastin P11 ke P13 adalah satu gangguan (tampering) kepada barang kes. Tidak mungkin bahan serbuk yang bertaburan dapat dipastikan dihantar ke SP2 dalam bentuk, komposisi dan berat yang sama dengan yang asalnya dijumpai oleh SP4. Ini adalah fatal kepada kes pendakwaan.

  1. ALASAN NO. 6 HINGGA 8 DALAM PETISYEN RAYUAN

  1. Ketiganya, Hakim khilaf apabila gagal untuk “appreciate” kes pembelaan. Hakim telah gagal membuat analisa yang adil dan saksama berkaitan seluruh aspek pembelaan. Rujuk kes Rozmi bin Yusof v PP [2013] 5 MLJ 66 [TAG 3] dan kes Gooi Loo Seng v PP [1993] 2 MLJ 137 [TAG 4].

  1. Tidak ditunjukkan di mana-mana di dalam alasan penghakiman bahawa Hakim telah mengambilkira kewujudan percakapan beramaran Perayu (D45). Bahkan tiada rujukan langsung dibuat kepada D45 samada ianya bermerit atau tidak, sedangkan ianya dikemukakan seawal kes pendakwaan lagi melalui IO kes.

  1. Penolakan Hakim terhadap pembelaan Perayu telah tidak mengambilkira keterangan yang crucial ini. Ini bermakna Hakim telah gagal untuk address his lordship’s mind atas kewujudan D45. Hujahkan ini adalah satu salah arah yang serius (misdirection by way of non-direction) dan perlanggaran kepada tanggungjawab statutori di bawah Seksyen 182A Kanun Acara Jenayah. Ini mewajarkan satu “appellate interference” daripada Mahkamah Yang Mulia ini.

  1. Rujuk kes Prasit Punyang v PP [2014] 1 MLRA 387, [2014] 7 CLJ 392 [TAG 5];

“[8] On the facts of the present case, we find there is merit in the contention of learned counsel for the appellant. In accordance with the provisions of s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code, it is the duty-bound of learned JC, at the conclusion of the trial, to consider all the evidence adduced before him and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The legislature has advisedly used the term "all the evidence". The emphasis must be on the word "all". In the context of the present case, the cautioned statement tendered by the appellant is one of the evidence which learned JC should take into consideration in order to make a finding whether or not the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The aim of this provision is obviously to make certain that an accused person gets a fair trial. In the recent case of Ahmad Mukamal Abdul Wahab & Ors v. PP [2013] 4 CLJ 949, Hamid Sultan Abu Backer, JCA in delivering the judgment of this court has explained that the trial court has a duty and obligation to fairly and justly weigh the defence version and evidence (including the cautioned statement of the accused) or for that matter a story by the accused to reach a just result.

[11] It is true that generally a self-serving or exculpatory cautioned statement is not in itself evidence of the truth asserted therein. But then, it is the duty of learned JC to consider and to analyse the cautioned statement that has been tendered as evidence by the appellant in support of his defence, that he had no prerequisite knowledge about the impugned cannabis found in the boat. Learned JC must consider carefully whether the cautioned statement is capable of raising a reasonable doubt on the prosecution case. The appellant's cautioned statement was recorded a day after the arrest of the appellant. It is important, therefore, to point out that the appellant had mentioned the basic facts of his defence at a very early stage of the police investigation against him. It follows from this that the defence of the appellant in the present case was not something that was sprung for the first time in the defence case (see: Public Prosecutor v. Lin Lian Chen [1992] 4 CLJ 2086; [1992] 1 CLJ (Rep) 285; [1992] 2 MLJ 561). The impact of the totality of the cautioned statement on the prosecution case or innocence of the appellant has to be kept in mind in coming to the conclusion as to the guilt of the appellant. However, in this case, learned JC in his judgment merely said "semasa di lokap OKT memberi percakapan beliau kepada polis yang dimasukkan sebagai DI" (see p. 529 appeal record). Tellingly, however, learned JC had failed to adequately direct his mind as to the truth of the appellant's version as stated in the cautioned statement (see: Tan Ewe Huat v. PP [2004] 1 CLJ 521).

  1. Kedudukan dalam kes Perayu adalah lebih buruk kerana Hakim tidak merujuk langsung ekshibit D45 pada mana-mana bahagian di dalam Alasan Penghakiman beliau.

  1. Rujuk juga kes Azmer bin Mustafa v PR [2014] 3 MLJ 616 [TAG 6].

“[27] We have perused through the written grounds of judgment of the learned High Court Judge and we detected that his Lordship did not consider the defence raised by the appellant in his cautioned statement as alluded to by SP7 in his cross-examination. Such failure constituted an appealable error. A classic example would be the case of Er Ah Kiat v. Public Prosecutor [1965] 1 LNS 37; [1965] 2 MLJ 238 where the trial judge did not consider the defence and the Federal Court allowed the appeal and set aside the conviction and sentence.

[28] Here, the learned High Court Judge did not judicially appreciate the defence of the appellant as stated in his cautioned statement. In our judgment, it was the bounden duty of the learned High Court Judge to consider that defence. Such failure amounted to a non-direction by his Lordship. And that non-direction amounts to a misdirection. In Joseph Bundy [1910] 5 Cr App R 270, Pickford J held that a misdirection as to the evidence of identification of the defendant may be a ground for quashing a conviction.

[29] A weak or an unreasonable defence must be considered and appreciated judicially. It should not be brushed aside without giving it due consideration. This is the law and it is entrenched in the following authorities:





[30] The trial judge in R v. Emmanuel [1998] Crim LR 347 refused to put to the jury the weak defence advanced by the appellant. The appellate Court allowed the appeal and their Lordships held that no matter how weak the defence was, it must be left to the jury to consider and decide. In all the circumstances, the conviction was held to be unsafe and it was quashed.”

  1. Hakim juga tersalah arah apabila menolak pembelaan Perayu sebagai pembelaan berbentuk penafian kosong dan tidak disokong. Walhal, pembelaan Perayu adalah konsisten dengan percakapan beramaran D45. OKT telah memberikan “Alcontara Notice” seawal kes pendakwaan lagi.

  1. Asas pembelaan Perayu seperti kewujudan Afam, tujuan sebenar kedatangan ke Malaysia, penafian pengetahuan mengenai dadah dan lain-lain telahpun dinyatakan seawal semasa Perayu direman lagi melalui D45. Rujuk m/s 282-285 Rekod Rayuan Jilid 2.

  1. Ini bermakna penemuan Hakim bahawa pembelaan Perayu tidak disokong adalah bertentangan dengan keterangan. Pembelaan Perayu juga telah memberikan penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan iaitu isu pekerjaan dan return ticket. Rujuk m/s 57 & 59 Rekod Rayuan Jilid 1.

  1. ALASAN NO. 9 DALAM PETISYEN RAYUAN

  1. Keempatnya, Hakim gagal ambilkira bahawa pendakwaan gagal untuk mencabar pembelaan Perayu pada aspek yang crucial. Ini terjumlah kepada penerimaan pembelaan Perayu.

  1. Pihak pendakwaan telah gagal untuk menyoal-balas atau mencabar keterangan Perayu dengan secukupnya semasa kes pembelaan antara lainnya dalam aspek berikut;

a)    Fakta bahawa beg P19 tidak berkunci,
b)    Kandungan kad perniagaan yang dirampas bersama Perayu,
c)    Kandungan percakapan beramaran D45,
d)    Keadaan P10 semasa mula-mula dibuka di KLIA,
e)    Isu keratan pada P10.

  1. Kegagalan pendakwaan mencabar keterangan-keterangan ini secara kolektifnya memberi maksud pendakwaan gagal untuk menunjukkan bahawa keterangan Perayu tidak boleh dipercayai.

  1. Rujuk kes Wong Swee Chin v PP [1981] 1 MLJ 212 [TAG 7].

Oleh yang demikian kami dengan rendah diri memohon agar Mahkamah Rayuan yang Mulia ini mengganggu keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dan menggantikan dengan satu perintah perlepasan dan pembebasan terhadap pertuduhan.


Sekian, terima kasih.

3 comments:

  1. Minta tolong tel saya di no : 0132489278..... Sy nk tel opis awak takde no..

    ReplyDelete
  2. Anonymous,

    Boleh email saya di imazaffira@gmail.com. Maaf lambat menjawab. Atau boleh telefon pejabat 03-55244848.

    ReplyDelete