Posts

Showing posts from December, 2014

HUJAHAN RAYUAN DI MAHKAMAH RAYUAN (SEMI-PRO LEVEL)

Image
RINGKASAN HUJAHAN PERAYU Dengan izin Yang Arif, Izinkan kami merujuk kepada Petisyen Rayuan Perayu. ALASAN NO. 1 DAN 2 DALAM PETISYEN RAYUAN Pertamanya, Hakim khilaf apabila memutuskan wujudnya kes prima facie terhadap Perayu. Hakim telah gagal untuk mengambilkira bahawa beg berisi dadah (P19) tidak pernah berkunci langsung pada mana-mana bahagian. Malahan beg P19 hanya berzip sahaja tanpa apa-apa jenis kunci atau mangga. Tiada juga penemuan apa-apa kunci pada badan Perayu. Rujuk m/s 10 Rekod Rayuan JIlid 1 dan m/s 32 Rekod Rayuan Jilid 1. Adalah tidak munasabah untuk Perayu tidak mengunci beg P19 dan membiarkannya begitu sahaja tanpa apa-apa precaution . Ini menunjukkan Perayu tiada usaha untuk menyembunyikan dadah dan tiada pengetahuan berkenaan kandungan beg P19 kerana beg tidak “carefully concealed” . Hujahkan ini bermakna Hakim telah gagal membuat penilaian maksimum di akhir kes pendakwaa