Posts

Showing posts from February, 2016

MAQAM PEGUAM

Image
Assalam, Karier sebagai peguam umpama MLM. Maksudnya ada hierarki, umpamanya ada tingkatan iman berbeza-beza dan level-level berlainan untuk mengenalpasti peguam. Ada peguam yang berada dalam kategori merangkak-rangkak atau masih umpama bayi bertatih. Sudah tentu level ini akan selalu menempuhi kejatuhan, cabaran dek kerana kekurangan pengalaman. Namun janganlah susah hati dan gundah gulana terutamanya untuk peguam-peguam muda. Maqam ini pasti dilalui oleh semua peguam. Tanpa anak tangga pertama, tidak mungkin boleh naik ke anak-anak tangga yang lebih tinggi. Yang mustahak adalah maqam ini sewajarnya ada tempoh tertentu. Sementelah tempoh beginner, jika terlalu lama menjadi beginner, sudah tentu wujud masalah di mana-mana. Bukanlah menang atau kalah yang menjadi ukuran. Sebaliknya berapa banyak yang kita pelajari sepanjang menempuhi hari-hari di maqam terendah ini. Jika setiap pengalaman yang dikecap di maqam ini, kemarahan-kemarahan yang diterima, pembodohan-pembodohan yang d