Posts

Showing posts from October, 2019

YOU WIN SOME, YOU LEARN SOME

Image
Assalam, Hari ini saya mengharungi satu perbicaraan rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya yang agak unik dan memberikan seribu pengalaman berharga. Jadi mungkin nukilan kali ini agak berat dan sarat dengan terma perundangan. Agak lebih legal dan penal dari segi sifat dan akibatnya. Lebih legal daripada factual matrixnya. Padanlah dengan kes yang saya kendalikan tadi. Kes berasal dari Mahkamah Majistret. Perayu disabitkan dan dipenjara 2 tahun. Naik ke pusingan berikutnya di Mahkamah Tinggi, sabitan dan hukuman kekal sehinggalah saya disapa untuk mengendalikan kes ini di peringkat Mahkamah Rayuan. Dalam rangka usaha persediaan kes ini, saya terjumpa isu perundangan yang kuat untuk dihujahkan. Maka, berlarilah saya dan co counsel untuk membuat permohonan kebenaran (leave) di Mahkamah Rayuan untuk merayu ke Mahkamah Rayuan. 2017 episod ini berlaku dan Alhamdulillah permohonan leave itu berjaya dengan jayanya. Fast forward 2 tahun kemudian barulah kes ini ditetapkan untuk ...

GABRA

Image
Assalam, Gelanggang mahkamah bukan gelanggang untuk semua orang. Setiap profesion ada gelanggang dan petarungnya masing-masing. Bagi para doktor dan jururawat, hospital adalah gelanggang mereka, tempat mereka bertarung saban hari. Begitulah pula para peguam, mahkamah adalah gelanggang mereka tempat mereka berpencak dan bersilat hari demi hari. Oleh itu, hormatilah gelanggang itu apatah lagi jika gelanggang itu bukan kita yang menjadi ahlinya. Kendatipun begitu, para peguam tidak terlepas daripada merasa gundah apabila hadir di mahkamah. Percayalah bahawa perasaan berdebar-debar ke mahkamah bagi para peguam itu benar. Kebimbangan dan mungkin juga keseraman ke mahkamah juga benar. Berasa gementar atau gabra di gelanggang sendiri itupun maha benar. Inilah yang berlaku dalam perbicaraan kes bunuh yang saya kendalikan yang melibatkan beberapa orang peguam. Salah seorang peguam menampakkan ciri-ciri dan sifat-sifat kegabraan sejak awal-awal di mahkamah majistret lagi sehingga...

UNDER PROMISE, OVER DELIVER

Image
Assalam, Hari ini saya menyelesaikan satu tugasan mewakili anakguam dengan penuh kepuasan. Puasnya seperti menyambut kemenangan pasukan Magpies menewaskan Red Devils di St James Park tempohari. Hukuman yang tidak disangka-sangka iaitu lebih ringan daripada yang dihujahkan oleh saya sendiri memberikan sedikit elemen kejutan dalam prosiding hari ini. Air mata kesyukuran anakguam dan ucapan terima kasih bertalu-talu daripada anak-anak warga emas yang dibawa ke Mahkamah dengan menaiki wilcha yang dipinjamkan oleh polis Mahkamah ini tambah mengesankan jiwa. Anak guam warga emas malah turut mencium tangan saya semasa saya ingin beredar tadi. Satu gesture yang sungguh hebat dari seorang yang jauh lebih berusia menandakan kesyukuran yang tak mampu diucap. Bukan saya seorang yang menahan emosi tadi, bahkan dari kata-kata Hakim semasa menjatuhkan hukuman saya dapat mengesan elemen kesebakan dalam penuturan beliau. Bahkan 'musuh' saya tadi iaitu timbalan pendakwa raya yang mem...