YOU WIN SOME, YOU LEARN SOME
Assalam,
Hari ini saya mengharungi satu perbicaraan rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya yang agak unik dan memberikan seribu pengalaman berharga. Jadi mungkin nukilan kali ini agak berat dan sarat dengan terma perundangan. Agak lebih legal dan penal dari segi sifat dan akibatnya. Lebih legal daripada factual matrixnya.
Padanlah dengan kes yang saya kendalikan tadi. Kes berasal dari Mahkamah Majistret. Perayu disabitkan dan dipenjara 2 tahun. Naik ke pusingan berikutnya di Mahkamah Tinggi, sabitan dan hukuman kekal sehinggalah saya disapa untuk mengendalikan kes ini di peringkat Mahkamah Rayuan.
Dalam rangka usaha persediaan kes ini, saya terjumpa isu perundangan yang kuat untuk dihujahkan. Maka, berlarilah saya dan co counsel untuk membuat permohonan kebenaran (leave) di Mahkamah Rayuan untuk merayu ke Mahkamah Rayuan. 2017 episod ini berlaku dan Alhamdulillah permohonan leave itu berjaya dengan jayanya.
Fast forward 2 tahun kemudian barulah kes ini ditetapkan untuk bicara di Mahkamah Rayuan. Namun, kemenangan 'interlokutari' pada tahun 2017 tadi digegarkan dengan bantahan awal Puan TPR bijaksana bahawa pihak saya gagal memasukkan isu perundangan dalam Notis Rayuan dan Petisyen Rayuan yang difailkan pada tahun 2017 lagi. Satu autoriti Mahkamah Rayuan yang kukuh disandarkan pada hujahan. Memang terlepas pandang sungguh sehingga hampir 2 tahun kesilapan itu dibiarkan bertahta di dalam Rekod Rayuan.
Walaupun kaget, namun pihak saya berjaya mendapat talian hayat dan dibenarkan untuk memasukkan Notis Usul untuk meminda Notis Rayuan dan Petisyen Rayuan di luar tempoh masa. Maka bermulalah pula episod mengendalikan kes umpama sivil dalam sivil di mana pada tarikh bicara Notis Usul ketiga barulah ia dibenarkan dengan lafaz Order in Term. Inipun selepas Notis Usul 1.0 dan 2.0 dibatalkan dan diarahkan to be filed afresh. Tiada yang lebih sivil daripada itu melainkan sivil belaka dalam satu prosiding kes jenayah.
Di atas premis di atas, maka saya sampai ke tarikh bicara ke 5 (ya, baca lima) untuk kes ini pagi ini. Dihadapan 3 orang panel Hakim yang berpengalaman dan mempunyai temperament yang boleh dipuji, maka saya memulakan rayuan sebagai Perayu dengan penuh yakin. Segala usaha dan persiapan sebelum ini termasuklah berhujah seorang diri dalam kereta beberapa hari ini mula menampakkan hasil yang positif.
Namun, sekali lagi pihak saya digegarkan dengan satu pertanyaan berjurus sniper daripada salah seorang panel yang mempersoalkan adakah isu perundangan yang saya hujahkan ini boleh didengar oleh Mahkamah hari ni kerana ia tidak pernah dihujahkan di peringkat rayuan Mahkamah Tinggi? Saya agak terkejut dalam tenang cuba menjawab dan memohon agar ianya masih boleh didengar sebagai satu perbicaraan semula di peringkat Mahkamah Rayuan ini. Puan TPR pula seakan mendapat nafas baru telah menunjuk arah kepada panel Hakim adanya peruntukan di bawah Akta Mahkamah Kehakiman yang menghalang rayuan ini daripada didengar sama sekali.
Ada beberapa perkara yang saya belajar hari ini. Pertamanya, persediaan yang mampan dan diulang-ulang pasti memberikan kemudahan dalam menghadapi actual prosiding di Mahkamah. Percayalah bahawa masa tidur yang sedikit lewat itu yang disulami sedikit solat hajat yang memohon Yang Esa memudahkan urusan dan memberikan hasil yang terbaik, tidak sia-sia sama sekali.
Keduanya, apabila diajukan dengan jurus yang tidak disangka-sangka daripada Mahkamah, maka kita tidak perlu panik. Sentiasa yakin dengan kemampuan diri dan kekuatan hujahan yang telah dibuat persediaan rapi itu. Cuba dan cuba lagi untuk meyakinkan Hakim bahawa mereka wajar bersama kita dalam membuat keputusan kelak. Pelbagaikan jawapan dengan mencuba beberapa jurus asalkan tidak melangkaui garisan (mislead).
Ketiganya, yang mahal hari ini, terkadang bukannya fakta sesuatu kes atau kekuatan hujahan itu yang menjadi kayu ukur mutlak apakah keputusan yang bakal diberikan. Hari ini saya dapat merasakan bahawa usaha bersungguh kita, kejujuran kita untuk concede perkara yang nyata dan persistence kita untuk meyakinkan Mahkamah boleh membuka hati para Hakim untuk memberikan keputusan yang walaupun tidak memihak kepada kita, tetapi masih memberikan peluang dan harapan kepada anakguam. I might be right or I might be guessing.
Itulah yang berlaku hari ini. Walaupun hujahan saya hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit, panel Hakim mengambil masa lebih sejam untuk deliberate keputusan. Apabila sampai masanya, keputusan yang agak mengejutkan tetapi berkemanusiaan diberikan. Rayuan terhadap sabitan ditolak namun rayuan terhadap hukuman dibenarkan walaupun tadi saya tidak bersedia langsung dengan apa-apa autoriti untuk menyokong hujahan bahawa hukuman adalah manifestly excessive.
Mahkamah bahkan menyatakan dengan explicit bahawa hukuman ini hendaklah mengambilkira penjara lebih 3 bulan yang telah Perayu jalani sebelum saya berjaya mendapat stay of execution tempohari. Setelah dicongak, maka hukuman penjara 2 tahun yang sepatutnya dijalani kini hanya tinggal 18 hari sahaja untuk dihabiskan. Justice is served. Apa yang kita tidak menang kita sepatutnya belajar darinya dan bukannya kita tewas dan terduduk mengeluh. You win some and you learn the other. Wassalam.

terbaik
ReplyDeletemerayu atas aturan 1A kaedah kaedah mahkamah. saya yakin semua pihak dimaklumkan dan telah menerima dokumen yang telah diserahkan tanpa bantahan terdahulu. maka kita merujuk kepada mahkamah yang mulia didalam membuat penghakiman memandangkan kesemuanya telah tersedia.
ReplyDelete