HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA

PENGHUJAHAN PIHAK PERAYU PEMBUKAAN 1) Rayuan oleh pihak Perayu adalah terhadap keputusan Majistret yang telah mensabitkan Perayu di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya yang dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama. Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan dari tarikh sabitan dan 3 kali sebatan. 2) Perayu dalam kes ini telah didakwa bersama-sama dengan 4 lagi tertuduh yang telah dilepas dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan. Pertuduhan yang dikemukakan adalah seperti berikut; HUJAHAN PERAYU Alasan para (a) hingga (f) Petisyen Perayu; Majistret terkhilaf apabila memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie. 1) Pertamanya, Majistret telah khilaf apabila bersandarkan kepada keterangan dengar cakap ( hearsay ). 2) Secara asasnya, Majistret telah mendapati adanya kes prima facie terhadap Perayu atas 3 sebab; adanya maklumat tentang pengedaran dadah terhada...