Posts

Showing posts from October, 2020

PEGUAM DAN IBRAH COVID 19

Image
Banyak isu perundangan yang timbul akhir-akhir ini. Temanya pelbagai. Ada yang berkait rapat dengan integriti dan kebolehpercayaan rakyat terhadap wibawa pihak berkuasa. Pihak berautoriti di sini saya tidak maksudkan Menteri. Kerana, isu wibawa terhadap kredibiliti Menteri dewasa ini sudah acap kali disuarakan dengan sinis. Lagipun, ini bukan entri politik. Masih kekal sebagai tulisan perundangan diselit rencah kemanusiaan.   Isu acara lompat pagar di belakang bangunan SPRM Putrajaya antara yang mendapat perhatian ramai. Walau apapun penjelasan mahupun diagram yang dibentangkan kepada khalayak, isu ini nampaknya telah menghakis keyakinan masyarakat kepada pihak berkuasa dengan hebatnya.       Persepsi yang bermain di minda masyarakat kini tidaklah molek. Terlepasnya seorang Dato Seri daripada pagar serba canggih itu terlalu sukar untuk diterima. Walaupun, apa yang sebenarnya berlaku, berkemungkinan besar memang begitu.  Fly  daripada SPRM dengan diban...

TANAM POKOK GANJA

Image
Hobi bercucuk tanam adalah satu hobi yang mulia. Ia jauh lebih baik daripada hobi ikut-ikutan. Contohnya  trend  berbasikal sebagai gaya hidup yang menjadi pilihan artis dan marhaen masa kini.   Trend  di mana pakaian yang ketat umpama disarung nangka menjadi pilihan. Aset dan juga  excess baggage  pada tubuh, samada secara sengaja atau tidak, turut dipertontonkan kepada khalayak. Hobi ikutan begini mencemarkan imej pengayuh basikal sejati seperti saya dan ramai lagi rakan-rakan. Yang mengayuh demi unt uk kesihatan.               Berbalik kepada hobi bercucuk tanam tadi, bukan saja kita akan ada peluang bercanda dengan alam, tubuh badan juga boleh mengeluarkan peluh jantan yang sepatutnya. Tapi awas! Bukan semua pokok kayu yang boleh ditanam. Dalam negara kita, pokok ganja atau nama Bahasa Inggerisnya  cannabis , dilarang sama sekali untuk ditanam.      ...

SAKSI TERLINDUNG

Image
         Selama dua hari berturut-turut kes bunuh yang sedang saya kendalikan terhenti momentumnya. Perjalanan kes yang agak lancar sebelum ini dikejutkan dengan satu pendedahan eksklusif pihak pendakwaan. Mereka ingin membuat satu permohonan. Dua daripada saksi awam yang akan dipanggil, tidak ingin dipanggil secara biasa. Pendakwaan ingin menukar status mereka kepada kluster lain; sebagai saksi terlindung.               Memanggil saksi secara biasa bermaksud, saksi akan masuk ke kandang saksi, mengangkat sumpah dan memperkenalkan diri. Saksi bakal disoal oleh timbalan pendakwa raya dalam pemeriksaan utama. Kemudian, beralih pula kepada acara cabar-mencabar daripada peguam bela dalam tempoh soal balas. Akhirnya, saksi boleh diperbaiki sebarang kerosakan yang terbit daripada soal balas tadi. Proses terakhir yang dipanggil pemeriksaan semula.           ...