Posts

Showing posts from 2021

OUR PATHS WILL CROSS IN THE FUTURE

Image
Salam,   Insya Allah maybe our paths will cross in the future.  Itu kata-kata semangat yang saya titipkan untuk seorang bakal peguam. Seorang anak muda yang menulis secara peribadi, ingin menjadi anak didik saya. Menjadi seorang pelatih dalam kamar di dalam firma kecil saya. Ini bukan kali pertama saya menerima permohonan bersifat begini.    Namun, takdir dan  circumstances  terkini tidak menjadikan permintaan itu menjadi nyata. Saya agak tersentuh. Kegigihan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak muda ini begitu memukau. Bukan sekadar email biasa yang di  broadcast  kepada belasan firma semasa memancing firma mana yang hendak diceburi. Barangkali, nilai gaji paling tinggi menjadi kayu ukur utama, bagi bakal peguam yang memancing laut dalam begitu.    Tidak salah meletakkan asas wang ringgit sebagai kayu ukur utama. Sementelah zaman edan covid 19 yang tidak menentu ini. Ia menagih satu kepastian dalam kehidupan. Gaji atau elaun yang ...

MA QALLA WA DALLA

Image
Salam,   Antara  jobscope  utama seorang peguam adalah berhujah. Ada yang berlaku di peringkat awal. Contohnya, hujahan membantah reman. Contoh yang lain adalah hujahan permohonan jamin. Ini antara misalan klasik hujahan peringkat awal bagi seseorang peguam.   Tapi, sebenarnya, ada lagi hujahan yang berlaku jauh lebih awal. Dengan kata lain; bertaraf  prequel.  Yang saya maksudkan ini adalah hujahan untuk meyakinkan anak guam atau ahli keluarga mereka. Hujahan untuk menoktahkan persetujuan mereka agar melantik kita.   Hujahan ini boleh menjadi yang paling penting bagi seseorang peguam. Ia bakal menentukan samada hujahan-hujahan susulan yang lain akan benar-benar wujud. Jika hujahan ini ditolak, ia bermaksud tiada rezki yang tertulis untuk peguam. Bolehlah dihalakan usaha ke arah kes-kes yang lain pula. Ada hujahan yang berlaku di pertengahan kes. Misalnya, hujahan bantahan. Mungkin membantah perihal pertuduhan yang defektif. Boleh juga bantahan atas ca...

BUKU PEGUAM KRIMINAL

Image
 Assalam dan selamat sejahtera semua, Syukur ke hadrat Ilahi, buku sulung tulisan saya sudah diterbitkan. Buku "Peguam Kriminal" merupakan perkongsian kisah benar mengenai kehidupan seorang peguam yang mengendalikan kes-kes jenayah.  Buku ini sesuai dibaca untuk semua golongan samada pelajar undang-undang, peguam mahupun orang awam. Ia ditulis dalam bahasa yang santai dan mudah, namun penuh dengan mesej yang tersirat. Kandungan buku adalah 100% tulisan baru dan bukannya dikumpulkan daripada blog ini. Bagi yang berminat, bolehlah membuat tempahan dan pembelian melalui link di bawah; https://bukupeguamkriminal.brizy.site/ Selamat membaca buku ini. Semoga mendapat manfaat dan inspirasi. Terima kasih! !