Loyarberjurus

hanya untuk yang berjurus sahaja

Tuesday, January 12, 2010

HUJAHAN KES JAIS ORAL SEKS




PENGHUJAHAN PIHAK PEMBELAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN

BEBAN PEMBUKTIAN

1) Kes prima facie - Seksyen 180 (4) KAJ.

2) Kes - P.P v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457.

ELEMEN PERTUDUHAN

1) OKT dituduh di bawah 2 pertuduhan; Seksyen 377C dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

2) Pohon rujuk elemen pertuduhan Seksyen 377C dan 354 KK.

3) Rujuk kes PP v. Mohd Ridzwan bin Md Borhan [2004] 5 MLJ 300.

4) Seperti kes rasuah, kes-kes seksual termasuk dalam kategori “easy to accuse but difficult to defend”. Adalah menjadi satu keperluan (practice and prudence) di dalam kes-kes seksual, “corroboration” diperlukan bagi menyokong keterangan pengadu.

ANALISA KES PENDAKWAAN

1) Keterangan yang “crucial” bagi pertimbangan mahkamah adalah daripada SP1 (pengadu). Secara ringkas keterangan SP1 yang penting semasa pemeriksaan utama adalah seperti berikut;

a. Pada 31/7/2006 beliau telah ditangkap berkhalwat dengan teman lelaki bernama Samsuddin oleh pihak JAIS.

b. Pada 1/8/2006 beliau dan Samsuddin diminta hadir ke pejabat agama Keramat.

c. Di sana, mereka berdua telah berjumpa dengan OKT dan OKT meminta mereka membawa saksi masing-masing.

d. Sementara menunggu saksi sampai, OKT menemubual SP1 di dalam sebuah bilik dan Samsuddin menunggu di luar bilik.

e. Menurut SP1, sebelum masuk ke dalam bilik OKT, ada seorang cleaner dan rakan sepejabat OKT di luar bilik.

f. Selepas itu, saksi bagi Samsuddin datang dan masuk ke dalam bilik. Kemudiannya, saksi bagi SP1 iaitu sepupu beliau pula datang dan masuk ke bilik itu sebanyak 2 kali.

g. Menurut SP1, sepanjang masa ini iaitu lebih kurang 2 jam tidak ada apa-apa yang berlaku dan pintu bilik tidak berkunci hanya ditutup rapat.

h. Kemudiannya, SP1 mengatakan OKT telah tiba-tiba datang berdiri di sebelah beliau dan meletakkan tangan di atas kepala serta mencium bibir dan tangan kanan meraba buah dada SP1. Perbuatan ini berlaku dalam 10 minit.

i. SP1 tidak membantah kerana mendakwa takut OKT akan laporkan kejadian khalwat kepada ibu bapa SP1.

j. Kemudian, OKT dikatakan membuka zip seluar dan menyuruh SP1 menghisap kemaluannya. SP1 juga tidak melawan. Kejadian ini berlaku dalam setengah jam.

k. SP1 mengatakan selepas itu kedudukan berubah ke tepi dinding pejabat dan berlaku lagi kejadian menghisap kemaluan dalam 10 ke 15 minit. SP1 masih tidak melawan lagi.

l. Ketika kedudukan kedua ini ada ketukan di pintu dan SP1 kata beliau dan OKT kembali ke posisi di atas kerusi masing-masing. Kawan OKT telah membuka pintu bertanyakan sesuatu dalam 2 ke 3 minit.

m. Menurut SP1, selepas itu OKT datang balik dekat beliau di kerusi dan suruh sambung hisap lagi. Kali ini sampai keluar air dan SP1 muntah ke atas tangan OKT. OKT mengambil kain di dalam almari dan suruh SP1 lap muntah.

n. Selepas itu, OKT mengatakan yang SP1 kata beliau boleh balik. SP1 keluar bilik dan Samsuddin pula masuk. Sepupu SP1 masih belum balik kerana tunggu ayahnya. Mereka kemudiannya ke restoran berhampiran berempat iaitu SP1, sepupu, bapa kepada sepupu dan kawan kepada bapa saudara.

o. SP1 kemudian dihantar oleh Samsuddin ke tempat kerja. Di tempat kerja barulah SP1 mengadu kepada kawannya yang berkerja satu line dengannya.

p. Pada malam yang sama, SP1 berjumpa dengan Samsuddin dan memaklumkan kejadian. Mereka kemudiannya ke balai polis membuat laporan.

2) Hujah- keterangan SP1 pada peringkat pemeriksaan utama lagi tidak konsisten, berubah-rubah dan meragukan. Selepas diuji dengan soal balas dan juga dibandingkan dengan keterangan saksi pendakwaan yang lain terutamanya keterangan saksi Mohd Saifullah (SP6), dihujahkan keterangan SP1 menjadi lebih “unreliable” lagi. Kupasannya dapat dilihat seperti berikut.

3) Pertamanya, pertuduhan di bawah Seksyen 377C dan 354 KK menuntut elemen ketidakrelaan. Ini bermakna, segala “conduct” SP1 sebelum dan selepas kejadian adalah relevan berkaitan isu “consent” (Seksyen 8 Akta Keterangan). Selanjutnya, mahkamah perlu meneliti samada keterangan SP1 adalah konsisten sebagai seorang yang benar-benar diperlakukan secara paksa sekiranya mahkamah menerima keterangan SP1. Jika mahkamah ada keraguan mengenai isu “consent” dan “conduct” SP1 ini, maka mahkamah hanya mempunyai satu pilihan iaitu untuk membebaskan OKT pada tahap ini. Isu “consent” ini adalah “question of fact”. “Approach” yang perlu mahkamah ambil adalah; melihat samada keterangan SP1 kredibel atau tidak, barulah isu “corroboration” yang diperlukan dalam kes seksual timbul.

4) Keduanya, conduct SP1 sepanjang masa di dalam bilik tidak konsisten dengan seorang mangsa. Sebelum kejadian yang dikatakan iaitu dalam tempoh 4 jam, 4 kali pintu bilik dibuka dan ada orang masuk. SP1 memang tahu bilik tidak berkunci dan beliau juga duduk dekat dengan pintu. Tiada juga apa-apa halangan oleh OKT di dalam bilik. OKT juga tidak berjaga di pintu pada bila-bila masa. Begitu juga ada Samsuddin di luar sepanjang masa yang boleh diminta tolong.

5) Seterusnya SP1 ada banyak peluang untuk meminta tolong terutamanya apabila SP6 mengetuk dan membuka pintu. Begitu juga apabila OKT menjawab panggilan SP6. Sepanjang masa pula SP1 yang duduk dekat dengan pintu dan SP1 tahu ada 3 orang di luar yang beliau boleh minta tolong iaitu SP6, Samsuddin dan seorang cleaner. SP1 juga dalam pemeriksaan semula tidak tahu nak menjawab apa kenapa tidak ambil banyak peluang yang ada untuk melarikan diri atau mengadu.

6) Hujah- conduct yang tidak konsisten ini menimbulkan satu keraguan. Tambahan pula, penjelasan kenapa SP1 tidak berbuat apa-apa juga kurang meyakinkan sedangkan peluang terbuka luas kepada beliau.

7) Ketiganya, conduct SP1 selepas kejadian tidak konsisten dengan seorang yang baru menjadi mangsa. Tiada aduan dalam keadaan yang munasabah walau banyak peluang. Ada beberapa orang yang SP1 temui sebaik sahaja selepas kejadian iaitu Samsuddin, sepupu beliau, ayah saudara dan kawan ayah saudara. Malangnya, tiada aduan dibuat kepada sesiapa. SP1 adalah seorang dewasa dan bukannya kanak-kanak serta OKT tidak mengawal atau mengikut SP1 mahupun mengugut supaya tidak menceritakan kepada orang lain.

8) Hujah- lojikkah tidak ada seorang pun yang perasan keadaan seorang yang baru menjadi mangsa? Atau sememangnya beliau bukanlah mangsa?

9) Keempatnya, OKT sendiri tidak pernah mendatangkan sebarang ketakutan, ugutan, penggunaan senjata dan sebagainya. Dari awal lagi apabila SP1 diminta masuk ke dalam bilik, beliau tak membantah dan Samsuddin juga ada ketika itu.Keadaan bilik juga bukan terpencil, ada orang dikenali di luar dan ada akses serta peluang melarikan diri. Sukar untuk mahkamah simpulkan memang benar-benar wujud keadaan takut per se semata-mata disebabkan keadaan persekitaran. Ini berbeza contohnya di dalam balai polis, atau bilik seperti lokap, adanya ugutan dan sebagainya. SP1 juga akui dalam 3 jam itu beliau tidak terkurung.

10) SP1 juga akui OKT tidak mengugut cuma tanya nak mengadu kepada keluarga mengenai kes khalwat. Tambahan pula, pintu bilik dengan tempat Samsuddin duduk hanya 10 kaki jaraknya, pintu hanya jenis plywood yang mana suara kuat boleh didengar dan tiada kawalan di pihak OKT terhadap siapa yang hendak masuk. Hanya perlu ketuk sudah boleh masuk bilik. Tambahan pula Samsuddin memang diarahkan oleh OKT untuk tunggu di luar. Untuk apa? Untuk menjadi saksi kesalahan yang mungkin OKT ingin buat?

11) Hujah- dalam keadaan tiada wujudnya keadaan yang menimbulkan ketakutan kepada SP1, apakah alasan untuk beliau tidak berbuat apa-apa seperti melawan, menjerit, melarikan diri, membaling peralatan, atau apa-apa saja tindakan yang boleh menunjukkan ketidakrelaan beliau?

12) Kelimanya, SP1 bukanlah mangsa yang “bebas”, iaitu tiada sebarang motif untuk membuat laporan polis. Beliau akui tidak tahu boleh dibuang kerja 24 jam akibat khalwat. SP1 juga memang tidak puas hati dengan tindakan JAIS yang melayan beliau secara kasar semasa tangkapan. SP1 juga akui malu dengan tangkapan khalwat, beliau harapan keluarga yang susah, tidak mahu keluarga tahu pasal kes khalwat kerana akan memalukan keluarga. Berdasarkan keterangan beliau sendiri, beliau akui memang beliau yang mula bercakap nak setel.

13) Yang paling jelas adalah pengakuan SP1 yang beliau ada meminta “favour” daripada OKT pada hari itu untuk menyelesaikan kes. Selanjutnya, SP1 juga mengakui yang motif sebenar membuat laporan P3 adalah untuk meringankan pertuduhan khalwat di mahkamah syariah.

14) Hujah- dalam keadaan ini, mahkamah perlu treat keterangan SP1 dengan waspada berbanding keterangan seorang mangsa yang “genuine” yang tiada apa-apa motif untuk menganiayai OKT atau melepaskan diri beliau sendiri.

15) Keenamnya, SP1 memberikan keterangan yang berubah-ubah dan beliau sendiri akui adakalanya tidak munasabah. Contohnya dalam EIC lagi SP1 telah tidak pasti tangan OKT yang mana yang meraba buah dada beliau di mana beliau mengubah jawapan dalam EIC lagi. Juga keterangan mengenai laporan P3 yang dibuat juga meragukan di mana beliau melaporkan tarikh yang silap sebagai tarikh kejadian. Penjelasan beliau yang beliau diajar oleh polis di balai berbuat demikian juga tidak berasas. Keterangan mengenai berapa kali beliau muntah samada 2 atau 3 kali juga diubah sendiri oleh SP1.

16) Begitu juga dalam EIC beliau mengatakan beliau tidak beri nombor telefon semasa diminta OKT diakui tidak benar kerana beliau ada beri dalam borang yang disediakan. SP1 juga tidak bercakap benar dalam beberapa isu. Walaupun kecil tapi digabungkan mendatangkan keraguan besar atas kredibiliti beliau. Contohnya dalam EIC beliau katakan tidak tahu waktu kerana dalam bilik tiada jam sedangkan dalam gambar P1 (d) jelas ada jam dinding dalam bilik. Beliau malah akui keterangan beliau ada di dalam bilik sekurang-kurangnya 3 jam tanpa diyaki sesiapa adalah tak munasabah.

17) Antara keterangan lain yang tidak munasabah daripada keterangan SP1 adalah; dalam 10 minit meraba SP1, kemaluan OKT belum tegang. Juga 30 minit SP1 menghisap kemaluan OKT tidak keluar sebarang air. Juga posisi kedua iaitu di tepi dinding adalah lebih berisiko berbanding posisi pertama di atas kerusi kerana jika dibuka sahaja pintu bilik memang sesiapa akan nampak. Juga kejadian menghisap kemaluan kali ke 3 yang berlaku walaupun selepas SP6 masuk ke dalam bilik bertanya dengan OKT. Juga keterangan SP1 pergi minum di restoren tanpa membasuh mulut selepas kejadian berlaku.

18) Hujah- jika digabungkan cerita ini wujud keraguan tentang kemunasabahan cerita. Yang menarik sekali dalam pemeriksaan semula, SP1 merujuk kejadian yang berlaku sebagai kejadian onani pula. Adakah yang berlaku sebenarnya onani dan bukan seks oral atau cabul?

19) Ketujuh, wujud banyak percanggahan material dalam keterangan SP1 samada beliau sendiri mengubah versi atau dengan saksi lain atau dengan keterangan dokumen. Contohnya SP1 mengatakan keadaan beliau dan OKT tidak terurus semasa SP6 masuk ke bilik tetapi percakapan SP6 mengatakan tidak ada apa-apa yang mencurigakan beliau pula. Percakapan SP6 beliau sepanjang masa berada di pejabat beliau iaitu sebelah sahaja dengan bilik kejadian. SP6 yang ada masuk ke bilik kejadian terus masuk selepas ketuk 3 kali dan dapati OKT sedang soal siasat SP1. Tiada senggang masa antara ketuk dan buka pintu.

20) Menurut SP6, reaksi SP1 adalah tunduk sahaja, pakaian tidak ada yang mencurigakan. SP6 juga ada susuli dengan panggilan telefon. Menurut SP6 beliau nampak SP1 semasa keluar keadaannya biasa sahaja. Menurut SP6 juga seorang lagi bernama Ustaz Rohimi yang biliknya setentang dengan bilik kejadian juga bekerja hari itu. Tambahan lagi, pintu bilik SP6 sentiasa terbuka hari itu. Menurut SP6 tiada apa-apa diletak di lubang kunci pintu. Beliau tidak perasan apa-apa yang mencurigakan. OKT juga dalam keadaan biasa. Menurut SP6 juga tindakan OKT menemubual SP1 tidak salah kerana tiada penguatkuasa wanita di pejabat itu.

21) Hujah- daripada keterangan SP6 inilah yang menyangkal sama sekali keterangan SP1 berkenaan kejadian. Jika benar kejadian berlaku, sudah tentu SP6 akan dapat mengesan sesuatu. Sebaliknya keadaan adalah amat biasa sekali. Percanggahan ini adalah antara saksi pendakwaan sendiri dan fatal kepada kes pendakwaan.

22) Yang paling fatal kepada kes pendakwaan adalah percanggahan yang wujud antara keterangan SP1 dengan keratan akhbar IDD4 hingga IDD8. Percanggahan ini material dan fatal kerana kesemua percakapan SP1 kepada pihak akhbar diberikan dalam masa beberapa hari sahaja selepas kejadian dan semasa OKT masih dalam reman. Ini bermakna kejadian masih lagi fresh dan tindakan SP1 ini juga mengganggu siasatan kerana menyebabkan kes ini menjadi sensasi sedangkan OKT masih direman.

23) Keduanya, percanggahan adalah pada perkara yang sangat material. Contohnya, di mahkamah SP1 mengatakan kejadian oral seks sebanyak 3 kali sedangkan dalam akhbar 2 kali. Begitu juga cerita SP1 dikurung dan dibebaskan selepas 3 jam jelas bercanggah dengan yang diberi di mahkamah. Juga dakwaan di dalam akhbar OKT telah tarik kepala, paksa melutut juga tidak diceritakan di mahkamah. SP1 malah akui beliau membesar-besarkan cerita kepada pihak wartawan.

24) Hujah- tindakan SP1 mengheret kes beliau ke pihak media menimbulkan seribu tanda tanya dan mengundang rasa curiga tentang motif beliau.

25) Kelapan, keterangan SP1 dibesar-besarkan (exzaggerate) dan tidak disokong oleh keterangan saksi lain atau keterangan dokumen. Contohnya SP1 mengatakan OKT ada masukkan kertas dalam lubang kunci seolah-olah untuk mengelak orang mengintai. Yang peliknya, pintu tidak dikunci yang dibuktikan dengan bebasnya orang keluar masuk dan OKT tidak menghalang SP1 dari keluar dan posisi SP1 yang dekat dengan pintu. SP1 kata ada maklum kepada IO tentang kertas ini tetapi IO dan juga SP6 tidak jumpa apa-apa. Contohnya SP1 mengatakan beliau muntah ke dalam tong sampah dan ada maklumkan kepada IO tapi keterangan IO juga tidak ada apa-apa.

26) Kesepuluh, tiada keterangan sokongan berkenaan keluarnya air mani dan juga kesan muntah SP1. Wujud gap di sini, invoke 114 (g)

27) Hujah; secara keseluruhannya, berdasarkan “surrounding circumstances” dan “conduct” SP1 sebelum dan selepas kejadian, wujud satu keraguan yang munasabah dari keterangan SP1 sendiri samada kejadian benar-benar berlaku. Dihujahkan keterangan SP1 adalah jauh dari mencapai tahap yang kredibel dan telah pun dihancurkan oleh percanggahan beliau sendiri dengan saksi-saksi pendakwaan lain dan juga terlalu banyak persoalan yang meragukan sebagaimana yang disenaraikan di atas. Tanpa keterangan pengadu yang kredibel, kes pendakwaan tidak boleh “sustain”. Ini adalah prinsip yang jelas. Rujuk kes Ab Malek bin Atan v PP [2002] 4 MLJ 84. Tambahan pula, pihak pendakwaan tidak memperbaiki keterangan SP1 in di dalam re exam.

28) Jika sekalipun mahkamah mendapati keterangan SP1 yang sebegini masih lagi kredibel, adakah wujud sebarang “corroboration” bagi menyokong keterangan SP1 ini? Kedudukan autoriti mengenai kewujudan “corroboration” ini adalah “settled”. Rujuk kes. Fakta dalam kes ini; keterangan berkenaan “consent” atau tidak mangsa perlu dicorroborate. Rujuk kes. Ini dibezakan dengan kes yang “genuine” yakni OKT perlu “rebut” atas imbangan kebarangkalian.

29) Keterangan “corroboration” yang pertama sekali yang boleh wujud adalah samada wujudnya “evidence of distress” pada SP1 sebaik sahaja selepas kejadian. Dalam kes kita, mahkamah telah “deprived” daripada mendapat keterangan terbaik apabila Samsuddin tidak dipanggil. Namun, dari keterangan SP1 sendiri, Samsuddin tidak perasan apa-apa. Begitu juga SP6 yang nampak SP1 di dalam bilik mengatakan keadaan beliau biasa dan tiada apa-apa yang mendatangkan syak. Sudah tentu akan wujud sekelumit tanda dari SP1 samada suara, reaksi tubuh, keadaan persekitaran yang mencurigakan yang dapat dilihat oleh SP6 dan Samsuddin. Malangnya keterangan tersebut tidak wujud. Perlu diingat, SP6 melihat SP1 selepas SP1 diraba 10 minit, disuruh menghisap kemaluan selama 30 minit dan sedang menghisap kemaluan di tepi dinding (kedudukan kedua).

30) Begitu juga tiada keterangan yang dikemukakan melalui saksi yang ada berjumpa SP1 seperti sepupu, bapa saudara dan kawan kepada bapa saudara yang mungkin dapat mengesan sesuatu. Sebaliknya, keterangan SP1 mereka semua pergi minum di restoren di hadapan tempat kejadian seolah-olah tiada apa yang berlaku pula.

31) Seterusnya, SP1 juga tidak membuat aduan at the earliest opportunity. Rujuk kes PP v Mardai [1950] MLJ 33. Aduan SP1 kepada SP2 juga adalah terlewat. Reaksi dari SP2 iaitu beliau geli sebab SP1 boleh buat juga meragukan.

32) Seterusnya, tiada keterangan sokongan lain seperti laporan perubatan dan laporan kimia dikemukakan. Pihak pendakwaan hanya mengemukakan statement from the bar berkenaan kedudukan ahli kimia yang tidak dapat dikesan. Ini adalah tidak mencukupi sama sekali. Adalah tidak boleh menjadi satu excuse bagai kakitangan awam untuk tidak dapat dikesan memberikan keterangan. Rujuk kes. Begitu juga dengan kegagalan pihak pendakwaan untuk comply dengan Seksyen 399 CPC sekaligus menyebabkan kandungan laporan kimia tidak dapat diterima; tidak wajar ditanggung oleh OKT.

33) Seterusnya, kegagalan pendakwaan untuk mengemukakan saksi bernama Samsuddin adalah “fatal” kepada kes pendakwaan. Pertamanya, saksi ini adalah saksi yang material. Beliau ditangkap khalwat bersama SP1, pergi ke tempat kejadian dan menunggu di luar bilik sehingga selesai dan adalah orang yang pertama sekali berjumpa SP1 selepas kejadian yang didakwa. Justru, keterangan beliau akan “shed some light” dan mampu menyokong atau sebaliknya menyangkal keterangan SP1.

34) Kegagalan pihak pendakwaan menjelaskan melalui mana-mana saksi kedudukan Samsuddin dan tiada keterangan mengenai usaha mengesan serta keengganan pihak pendakwaan untuk cuba memasukkan percakapan Samsuddin di bawah Seksyen 32(1)(i); membolehkan mahkamah menyimpulkan mungkin wujud elemen “suppression” di sini. Dengan kata lain, jika Samsuddin dipanggil atau percakapannya dikemukakan, mungkin ia akan merosakkan kes pendakwaan. Dengan itu, Seksyen 114(g) “operates here” atas kombinasi unsur peranan saksi dan juga “suppression”. Jelas dari keterangan pendakwaan, satu “gap” wujud apabila Samsuddin tidak dipanggil. Bukanlah tugas pembelaan untuk mengisi “gap” ini. Rujuk kes PP v Amir b Mahmood [1996] 5 MLJ 159. Oleh itu, pihak pendakwaan tidak boleh dikatakan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie jika Seksyen 114(g) ini terpakai.

35) Tambahan pula, tiada usaha langsung di pihak IO mengesan saksi ini. SP4 hanya mengatakan ada cuba hubungi melalui handphone, ada pergi alamat tak ingat dan tidak ada usaha lain seperti hebahan akhbar. Sikap acuh tak acuh ini tidak wajar ditolerate oleh mahkamah.

36) Selanjutnya adalah kecacatan lain yang wujud. Di dalam kawad cam melalui SP3 adalah jelas “irregular” kerana salah seorang peserta adalah berbangsa Cina. Juga gap umur dengan beberapa orang peserta adalah terlalu besar sehingga ada yang berusia bezanya 15 tahun dengan OKT.

37) Seterusnya keterangan IO kes iaitu SP4 juga tiada value untuk diattachkan. Semasa berjumpa SP1, SP4 kata yang SP1 dalam keadaan risau. SP4 tak ingat apa yang dirampas dari tempat kejadian. Beliau tidak ingat bilik kepunyaan siapa. SP4 dakwa forensic ada membuat pemeriksaan polilite ke atas langsir dan ada kesan air mani tetapi keterangan hanya berhenti setakat itu. Laporan kimia hanya ditandakan sebagai ID kerana ahli kimia tidak dipanggil dan Seksyen 399 not complied with. Jadi mahkamah tidak boleh rely apa-apa kandungan laporan kimia ini.

38) Sebagai pelengkap kepada kelemahan kes pendakwaan adalah ekshibit D15 iaitu percakapan beramaran OKT yang dirakamkan semasa reman lagi yang mana OKT awal-awal lagi telah menyatakan pembelaan beliau dan menafikan segala tuduhan ke atas beliau. Malangnya, pembelaan OKT ini tidak disiasat dengan teliti oleh IO kes.

PENUTUP

1) Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan, adalah dihujahkan setelah penilaian yang maksimum diberikan secara keseluruhannya pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT dan dengan itu kami memohon agar OKT dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri.

2) Walau bagaimana sensasi sekalipun pertuduhan terhadap OKT telah terjadi, mahkamah hanya boleh memutuskan berdasarkan keterangan yang dikemukakan. Sad to say gabungan keterangan SP1 yang tidak kredibel, tiadanya keterangan corroboration dan juga tiadanya keterangan mengenai ujian DNA telah menghasilkan satu jawapan sahaja iaitu kes ini tidak mampu untuk dibuktikan even pada tahap prima facie.

3) Tugas mahkamah yang mulia ini adalah untuk memutuskan berdasarkan keterangan yang “available” sahaja. Ketiadaan keterangan pengadu atau “gap” yang timbul di kes pendakwaan bukanlah sesuatu yang mahkamah perlu untuk memperbaikinya. Rujuk kes PP v Saimin & Ors. [1971] 2 MLJ 16.

Sekian, terima kasih.

3 comments:

  1. a good submission..thanx..your submission help me a lot..

    ReplyDelete
  2. encik ke peguam bela tersebut.realy good

    ReplyDelete