HUJAHAN SEKSYEN 32(1)(i) AKTA KETERANGAN (INTERMEDIATE LEVEL)




HUJAHAN PENERIMAAN MASUK ID39 MELALUI SEKSYEN 32 (1)(i) AKTA KETERANGAN

  • Pembukaan- fundamental rule adalah untuk best evidence rule dikemukakan, jika tidak maka beban adalah ke atas pendakwaan untuk memuaskan mahkamah secara ketat (strictly). Mahkamah perlulah berpuashati dengan stringent conditions ini kerana keterangan ini adalah exception kepada hearsay rules. Pihak pembelaan tidak berpeluang untuk menyoalbalas saksi dan mahkamah akan deprived daripada meneliti kredibiliti saksi yang sepatutnya diuji dengan soal balas.
  • Kes PP v. Lam Peng Hwa [1996] 5 MLJ 405 dan PP v Mohamad Said [1984] 1 MLJ 50
  • Tambahan lagi, OKT-OKT menghadapi satu capital charge, maka usaha yang lebih serius adalah dituntut. Kes PP v Chow Kaw Meng [2001] 7 CLJ 387.
  • Hujahan kenapa tidak boleh diterima- Pertamanya, usaha pihak polis adalah tidak lebih daripada mematuhi prosedur yang rutin semata-mata. Sofiyyah adalah saksi paling penting pendakwaan dan fakta ini telah diketahui sejak awal-awal lagi. Jika diteliti keterangan saksi-saksi lain di mahkamah, jelas satu-satunya link yang menjadi asas kepada pertuduhan di bawah Seksyen 302 KK adalah percakapan Sofiyah ini. Apakah usaha yang telah dibuat sejak awal-awal untuk memastikan saksi ini tidak menghilangkan diri? Bon 118 CPC juga tidak dipohon. Polis juga tahu hubungan kekeluargaan saksi dengan OKT Mohd Nasir yang memungkinkan lagi untuk saksi ini menghilangkan diri.
  • Kes PP v Mogan Ayavoo [2004] 3 CLJ 623.
  • Contoh dalam kes Mogan Ayavoo, usaha masih dianggap semata-mata rutin (signal kepada KPD seluruh Negara, rujuk JPN, iklan dalam 2 akhbar Melayu dan Cina, usaha kesan di alamat lain dan juga tempat kerja). Mahkamah tolak kerana tiada usaha interview keluarga atau rakan sekerja atau penghuni rumah yang lain, tidak menggunapakai seksyen 34 dan 35 CPC serta usaha kesan dibuat pada saat akhir selepas perbicaraan bermula. Sekurang-kurangnya saksi dalam kes ini diletak dibawah police bond sedangkan kes kita tidak sama sekali seolah-olah kedudukan saksi ini tidak penting.
  • Jika diikut prinsip kes Mohammad Said pula, jika saksi itu adalah saksi yang material maka adalah tugas pihak polis untuk keep track whereabouts dan mengambil precautionary measures untuk apa-apa perubahan alamat yang mungkin berlaku. Malangnya ia tidak dibuat dalam kes kita, di mana saksi dilepas begitu sahaja selepas percakapan beliau diambil. Perlu diingat, percakapan beliau disambung sebanyak 3 kali maka tiada alasan polis untuk tidak keep track beliau.
  • Usaha terawal SP17 adalah; sediakan sapina dan cuba serah pada 19/6/2008. Malangnya ia cuba diserah ke alamat tempat kejadian yang sudah tentu akan gagal. Juga tiada ID dari penyampai sapina berkenaan percakapan penghuni lain alamat itu. SP17 juga maklum ada cuba serahkan sapina pada 3 lagi tarikh di alamat Kampung Ujung Permatang yang diambil dari IC saksi. Malangnya, sekali lagi SP17 hanya dimaklumkan oleh penyampai sapina yang saksi tidak mendiami rumah. Tiada sebarang ID dikemukakan untuk menunjukkan usaha penyampai sapina.
  • Keduanya, usaha yang dilakukan adalah terlambat. Tiada apa-apa usaha oleh IO asal ASP Juhari (SP16). Dalam keterangan SP16 beliau menyerahkan kepada SP17 usaha mengesan pada 1 Mei 2008. SP16 hanya maklumkan ada berhubung sendiri dengan saksi melalui handphone di mana beliau dapat berhubung pada peringkat awalnya tetapi gagal apabila perbicaraan bermula. Ini bermakna IO asal kes ada akses dengan saksi ini tetapi tidak berbuat apa-apa untuk memastikan apa-apa perubahan alamat atau nombor telefon beliau akan tahu. Perbicaraan kes telah bermula pada 30 Jun 2008 apabila SP1 dipanggil. IO ganti hanya memulakan usaha selepas menerima kertas siasatan yakni selepas perbicaraan bermula.
  • Ketiganya, polis hanya menumpukan satu aspek sahaja iaitu mencari alamat terkini daripada pelbagai agensi. SP17 menyemak dengan 3 syarikat telekomunikasi, JAIS, JPN, Imigresen dan KWSP. Malangnya, usaha melalui pelbagai agensi ini menemui kegagalan. Sepatutnya, aspek usaha ini dipelbagaikan dengan menemubual saksi-saksi, hebahan akhbar yang benar-benar dibuat berserta gambar yang sangat efektif.
  • Malangnya, hanya ada dokumen ditandatangani KPD untuk hebahan media tetapi tiada pengesahan ianya benar-benar dihebahkan. SP17 tidak follow up dan tidak pasti hebahan benar-benar keluar atau tidak. Penjelasan beliau sekadar ada menyemak beberapa akhbar arus perdana adalah sangat menyedihkan. Ini adalah satu kegagalan yang nyata. Usaha hebahan akhbar ini adalah usaha yang asas dan efektif tapi tidak disempurnakan oleh SP17. Mahkamah tidak wajar untuk tolerate sikap acuh tak acuh ini. Jika hebahan akhbar sudah dibuat tetapi masih tiada hasil, bolehlah dikatakan yang usaha yang mencukupi telah dibuat. Oleh itu, sebenarnya usaha SP17 nampak banyak tapi tidak balance dan jauh sekali dari efektif.
  • Keempatnya, kegagalan merakam percakapan daripada ahli keluarga yang lebih berautoriti selain adik saksi. Tidak adakah ahli keluarga lain yang lebih dewasa atau berautoriti dan lebih boleh dipertanggungjawabkan? Adik saksi ini hanya berumur 21 tahun sekarang, adakah boleh dipertanggungjawabkan? Tambah buruk lagi, SP17 hanya temubual adik saksi tetapi tidak merakam percakapan. Hujahkan tidak mencukupi sama sekali. Penjelasan SP17 bahawa beliau tidak merakam percakapan ahli keluarga lain iaitu kerana beliau tidak mengenali mereka dan mereka tiada dalam senarai siasatan kes adalah shocking. Ini juga tidak wajar ditolerate oleh mahkamah ini.
  • Begitu juga dengan ahli keluarga atau jiran di alamat yang sudah sedia ada iaitu di kampong dan juga kegagalan merakam percakapan tuan punya rumah di alamat lain yang mana sapina cuba diserah. Adakah bermakna saksi benar-benar tidak tinggal di situ atau hanya tiada semasa polis sampai? Keterangan SP17 sendiri bahawa beliau dimaklumkan oleh penyampai sapina bahawa alamat di Kg Ujung Permatang adalah rumah keluarga saksi. Usaha juga sebanyak 3 kali di alamat ini. Tidak adakah sesiapa pun ahli keluaga saksi yang ada dalam 3 kali ini? Tidak mungkin, bagaimana pula dengan jiran tetangga? Di kawasan kampong surely ada keluarga dan jiran yang tahu serba sedikit. Tiada rakaman percakapan sesiapa diambil. Tiada juga sebarang ID anggota yang melawat setiap alamat dikemukakan untuk membantu dalam keadaan SP17 tidak secara personal melakukan usaha mengesan, cuma memberi arahan sahaja.
  • Begitu juga usaha ke atas satu lagi alamat yang ada di dalam ID 39 iaitu di Bukit Antarabangsa. SP17 hanya katakan beliau dimaklumkan yang saksi tidak tinggal di situ. Tiada ID penyerah sapina dikemukakan dan tiada rakaman percakapan penghuni mahupun pemilik yang diambil.
  • Begitu juga alamat terakhir yang SP17 dapat melalui sumber beliau iaitu di Tanjung Karang. Hasilnya sama, dimaklumkan tidak lagi tinggal di situ. Tiada ID pihak JSJ Kuala Selangor ataupun rakaman percakapan penghuni atau tuan rumah dikemukakan. SP17 sendiri percaya saksi ada di sekitar kawasan itu tetapi mengelakkan diri. Jika percakapan penghuni/tuan rumah atau jiran diambil, mungkin dapat memberi petunjuk.
  • Bare statement mengatakan saksi tiada atau tidak tinggal di ketiga-tiga alamat yang dicuba kesan adalah sama sekali tidak cukup. Jika percakapan penghuni atau tuan rumah atau keluarga atau jiran tidak diambil, bagaimana pihak polis boleh pasti yang mereka ini tidak tahu whereabouts saksi?
  • Penutup- ID39 tidak wajar diterima masuk sebagai ekshibit. Usaha yang dilakukan oleh pihak pendakwaan bukan sahaja tidak mencukupi, malah tidak disempurnakan dan sudah terlewat. Saksi yang begitu penting yang tidak sukar untuk dihubungi pada peringkat awalnya, tidak hadir ke mahkamah bukan kerana beliau tidak dapat dikesan sepertimana peruntukan Seksyen 32(1) Akta Keterangan, sebaliknya kerana kegagalan pihak polis melaksanakan tugas mengesan yang mencukupi. Mahkamah tidak wajar untuk relaxkan stringent requirements yang digariskan autoriti terdahulu apatah lagi OKT menghadapi pertuduhan yang boleh membawa hukuman mati. Terima kasih.

Nota; Pada 6 Januari 2010 YA Hakim Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan pendakwaan untuk menerima masuk percakapan di bawah Seksyen 112 ini.

Comments

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA