ALALALA LATOK JANGAN SAMAN
Salam,
1)Aspek perundangan; Akta Polis 1967 adalah akta yang memberikan kuasa kepada polis dalam melaksanakan tugasan mereka. Dalam Akta ini, satu bab khusus iaitu bab VII menjelaskan dengan terperinci kuasa-kuasa yang dibolehkan oleh undang-undang untuk pihak polis melaksanakannya. Sebagai contohnya Seksyen 20(3)(i) memberi kuasa untuk polis menangkap haiwan yang berkeliaran.
2)Spesifiknya kepada persoalan sekatan jalanraya yang dibuat oleh polis. Seksyen 21 Akta Polis memberikan kuasa secara umum kepada polis mengawal ketenteraman dan keamanan di jalan umum (public road). Manakala Seksyen 26 secara khusus memberi kuasa untuk polis membuat halangan lalulintas (road barriers). Menurut Seksyen 26 ini, pra-syarat untuk pihak polis hanyalah jika polis berpandangan halangan itu perlu untuk maintain dan preserve undang-undang. Peruntukan ini juga memberikan kuasa untuk polis mengambil tindakan yang munasabah (reasonable steps) untuk polis menghalang sesiapa atau mana-mana kend...