PEGUAM WATCHING BRIEF-A BRIEF NOTE




Salam,

1)Saya melihat peranan lawyer watching brief (WB) disalahertikan. Puncanya banyak kes melibatkan lawyer watching brief berakhir dengan pertelingkahan antara lawyer WB dengan defense counsel atau WB dengan pendakwa. Ini mungkin kerana WB yang hadir itu mungkin ada agenda lain yang lebih besar seperti political milage, publisiti diri sendiri, ada civil suit yang akan difailkan spt dalam kes wrongful killing by police cthnya. Hasilnya, mereka hadir ke mahkamah bukan dalam keadaan memahami tugas WB tetapi lebih kepada mencapai agenda tersirat mereka itu. Drama dan aksi2 untuk impress pihak yang diwakili akan sering muncul. Apatah lagi kehadiran WB seringkali melibatkan media bersama yang memberikan coverage. Maka bertambah2lah lagi usaha keras untuk menunjukkan mereka ini bekerja.

2)Benar lawyer WB ini hanya hadir sebagai pemerhati seperti maksud literalnya sendiri. Untuk menanyakan soalan pun hendaklah melalui mahkamah yakni mahkamah hendaklah membenarkan dan juga tiadanya bantahan dari pihak2 lain. Lazim berlaku 2 keadaan yang ekstrem; samada WB ini dihalang/terhalang terus dari berperanan ataupun kebenaran blanket consent diberikan untuk WB seolah2 mereka ini pihak sebenar prosiding pula. Pada saya keduanya tidak tepat kerana matlamat untuk mencari keadilan tidak menjadi dasar sebaliknya aspek apa yang rugi/untung pada pihak sendiri diutamakan. Peranan mahkamah penting disini bagi mengawal WB agar tidak melampaui kedudukannya di samping membenarkan peranan yang boleh membantu keadilan.

3)Ramai yang tidak nampak peranan WB ini di luar mahkamah, kerana persepsi umum bahawa WB hanya hadir di mahkamah mewakili pihak yang ada kepentingan dalam prosiding seperti mangsa, keluarga mangsa, pihak kerajaan, badan seperti SPRM dsb. Peranan WB sebelum bicara amat penting dalam memastikan hak dan kepentingan pihak yang diwakili dijaga. Nasihat dan panduan yang diberikan pra-bicara ini perlu dimaksimakan kerana di mahkamah WB mungkin dihalang terus dari bersuara. Peranan ini sangat penting bagi WB yang mewakili saksi/mangsa yang vulnerable juga agar bersedia secara mental menghadapi bicara. Selalunya bagi saksi vulnerable spt mangsa kes rogol, kanak2 cthnya; DPP akan berperanan menenangkan, memberi panduan dan guide saksi. Namun, tidak semua DPP itu mahir menangani saksi sebegini bahkan ada DPP yang garang (walaupun DPP perempuan) dan ditakuti saksi! Justeru, peranan WB sangat mustahak pada peringkat pra bicara ini dalam memberi kefahaman, keyakinan dan panduan kepada saksi dan ahli keluarga.

4)Satu aspek lagi yang boleh dipertingkatkan adalah kerjasama antara WB dengan DPP yang mengendalikan kes. Pada saya, WB tidak harus dilihat membantu DPP dalam perbicaraan. Pernah peguam WB dalam satu kes saya kendalikan ditegur mahkamah kerana melihat kertas siasatan yang ditunjukkan oleh DPP. Peguam WB harus bijak memberikan kerjasama kepada DPP disamping tidak menunjukkan campurtangan beliau dalam pendakwaan kerana beliau bukanlah DPP yg mengendalikan kes. After all, WB hadir bukan untuk membantu jauh sekali untuk mengajar DPP cara mengendalikan kes. Tugas beliau hanya untuk memastikan prosiding berlaku adalah adil untuk orang yang diwakili dan hak mereka tidak dicompromise oleh apa juga sebab seperti defense counsel yang suka mengherdik saksi, hakim yang tidak protect saksi mahupun mutu pendakwaan yang mengecewakan saksi.

Kesimpulannya, saya berpandangan peranan WB boleh dipertingkatkan dan diperbetulkan pemahaman dan keberkesanannya. Tujuan perlantikan WB yang betul tanpa agenda yang tersembunyi saya percaya mampu membantu dalam menegakkan keadilan. Walau peguam WB ini hadir membisu saja pun di mahkamah, peranan beliau pra bicara, memberikan sedikit confident kepada saksi mahupun mengundang sedikit kegentaran di hati pihak lawan mungkin berbaloi untuk justify perlantikan seseorang peguam WB itu. Wassalam


Lontaran idea ini adalah sebagai menjawab persoalan mencabar minda dari seorang rakan FB bakal PHD holder.

Comments

  1. apa maksud DPP?

    ReplyDelete
  2. Anonymous,

    DPP adalah singkatan kepada Deputy Public Prosecutor atau Timbalan Pendakwa Raya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA