Posts

Showing posts from August, 2012

CERAH MASA DEPAN

Image
Salam, Arena perundangan jenayah digegarkan dengan keputusan dua mahkamah baru-baru ini yang melepaskan tertuduh dari tuduhan rogol dengan bon berkelakuan baik instead of menjatuhkan hukuman pemenjaraan yang diperuntukkan. Kes pertama melibatkan seorang pemain bowling harapan negara yang mengaku salah merogol seorang kanak-kanak berusia 13 tahun manakala kes kedua di mahkamah sesyen Pulau Pinang pula melibatkan orang biasa sahaja yang didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Mari kita letak perkara pada perspektifnya (let us put things into perspective). Pertamanya adalah sangat bagus dan positif apabila masyarakat memandang serius apa-apa hukuman atau perintah yang diberikan oleh mahkamah. Sikap ambil peduli (tidak sikap bukannya berkait dengan anak-beranak aku pun) adalah terpuji dalam masyarakat sivil. Hari ini ia mungkin tidak melibatkan kita atau saudara kita; tapi hari esok tiada siapa yang tahu. Persetujuan (approval) atau kemarahan (outrage) ...

ANGGAPANMU

Image
Salam, Jenis perbicaraan adversarial yang dipraktikkan dalam sistem kemahkamahan kita mempunyai hubungkait yang erat dengan taktik-taktik atau jurus-jurus yang digunapakai oleh kedua-dua pihak yang bertentangan; pendakwaan dan pembelaan. Dalam masa 'trial by ambush' yang cuba dielakkan bagi menjamin pertarungan yang berlangsung di atas padang yang sama rata (same level playing field) seperti pengenalan Seksyen 51A Akta Keterangan; ini tidak bermakna strategi- strategi untuk memenangi kes sudah tidak relevan lagi. Waima pesat sekalipun usaha mensivilkan kes jenayah (seperti pengenalan witness statement), advocacy skill masih menjadi trait atau karakter penting bagi peguam kes jenayah. Jika disedari atau tidak, undang-undang yang digubal seringkali dimasukkan lebih awal beberapa senjata ampuh atau arsenals  kepada pihak pendakwaan yang membantu dalam proses pembuktian kes. Senjata ini dipanggil anggapan (presumption). Sesetengahnya memang diperlukan dan masuk akal bagi...

ANTARA WISEL DAN VUVUZELA

Image
Salam, Sebagai peminat tegar sukan bolasepak, ada beberapa perkara yang menyakitkan hati dan telinga saya apabila berkunjung ke stadium sebenar mahupun sekadar berlingkar di depan stadium astro. Antaranya adalah kualiti pengulasan pengulas yang syok sendiri, play-acting atau simulasi oleh pemain dan yang agak terkini adalah makhluk bernama vuvuzela. Alat ini muncul dan menjadi sensasi semasa piala dunia 2010 di Afrika Selatan. Bunyinya memang bingit, tidak berseni langsung seperti gendang atau rebana dan mengganggu fokus menyaksikan bola. Umpama vuvuzela juga saya terma-kan apa yang berlaku berkaitan penangkapan dan pertuduhan yang maha pantas terhadap saudara Rafizi dari PKR di bawah BAFIA. Tiba-tiba juga selluorouhh umat menyebut-nyebut istilah BAFIA, peniup wisel (whistle blower) melampaui populariti pergaduhan sensasi dan basi Neelofa v Anzalna (siapa dioarang ni, ada ku kesah?). Umpama vuvuzela yang saya maksudkan adalah impak yang muncul gara-gara pendedahan Ra...