Skip to main content

ANGGAPANMU

Salam,



Jenis perbicaraan adversarial yang dipraktikkan dalam sistem kemahkamahan kita mempunyai hubungkait yang erat dengan taktik-taktik atau jurus-jurus yang digunapakai oleh kedua-dua pihak yang bertentangan; pendakwaan dan pembelaan. Dalam masa 'trial by ambush' yang cuba dielakkan bagi menjamin pertarungan yang berlangsung di atas padang yang sama rata (same level playing field) seperti pengenalan Seksyen 51A Akta Keterangan; ini tidak bermakna strategi- strategi untuk memenangi kes sudah tidak relevan lagi. Waima pesat sekalipun usaha mensivilkan kes jenayah (seperti pengenalan witness statement), advocacy skill masih menjadi trait atau karakter penting bagi peguam kes jenayah.

Jika disedari atau tidak, undang-undang yang digubal seringkali dimasukkan lebih awal beberapa senjata ampuh atau arsenals  kepada pihak pendakwaan yang membantu dalam proses pembuktian kes. Senjata ini dipanggil anggapan (presumption). Sesetengahnya memang diperlukan dan masuk akal bagi mengurangkan kemustahilan dalam pembuktian sesuatu kes. Contohnya anggapan di bawah Seksyen 114(a) Akta Keterangan yang membolehkan pembuktian prima facie melalui anggapan ini bagi kes-kes kecurian contohnya di mana barang curi dijumpai pada milikan tertuduh 'soon after' the theft.

Kategori kes sebegini nampaknya menunjukkan anggapan sememangnya wajar untuk digunakan dalam keadaan jarang sekali kes kecurian mempunyai eye witness atau saspeknya ditangkap red-handed. Apatah lagi kesan pemakaian anggapan ini hanya memindahkan evidentiary burden kepada tertuduh untuk mematahkan anggapan tersebut melalui penjelasan yang probable tanpa memindahkan burden of proof yang sentiasa terletak di bahu pihak pendakwaan. Saya sendiri pernah berhujah mengenai anggapan ini dalam kes [2007] 5 CLJ 708.

Namun ada juga kategori anggapan yang kelihatan memberi advantage kepada pendakwaan seolah-olah kes tersebut deemed to be called for defense. Anggapan-anggapan begini dilihat sebagai bertentangan dengan prinsip natural justice bahawa pembuktian mestilah sentiasa di pihak yang mendakwa (albayyinatu 'alalmudda'i walyaminu 'ala man ankara). Contohnya anggapan di bawah Seksyen 50(1) MACC Act (atau dulunya Seksyen 42(1) APR) yang mengaggap penerimaan wang sebagai wang rasuah jika dibuktikan penerimaannya dan beban beralih kepada tertuduh untuk membuktikan yang beliau tidak menerimanya sebagai rasuah pula.

Begitu juga kategori anggapan yang pada saya sepatutnya sparingly used kerana melibatkan hukuman mati iaitu yang terkandung di dalam Akta Dadah Berbahaya. Di bawah Seksyen 37 ada 12 anggapan yang sangat-sangat membantu pihak pendakwaan dalam pembuktian kes pengedaran dadah ataupun pemilikannya. Anggapan Seksyen 37 (da) contohnya yang melibatkan berat dadah yang dianggap untuk tujuan pengedaran, tidak mengenal jenis tertuduhnya samada tokey dadah yang besar atau orang yang pertama kali menghantarnya dengan upah serendah beberapa ratus ringgit.

Bagaimana dengan anggapan Seksyen 114A yang mana hari ini 14 Ogos 2012 ramai yang menukarnya menjadi hari blackout sebagai sokongan menghentikan Seksyen 114A ini?Seperti yang saya misalkan di atas, anggapan-anggapan ini memang sudah lama dan berselirat dalam banyak akta. Seksyen 114A ini bukanlah yang terulung namun menjana banyak kritikan lantaran betapa mudahnya beban pembuktian beralih kepada pihak yang didakwa. 

Berbeza dengan anggapan seperti Seksyen 114(a) yang memerlukan pembuktian pemilikan barang curi terlebih dahulu dalam keadaan fairly recent; nampaknya Seksyen 114A ini tidak memerlukan apa-apa pembuktian yang sukar pun sebelum beban pembuktian beralih. Diteliti seksyen ini, contohnya penama yang digunakan dalam penerbitan, pemilik akaun atau registered owner ditaklifkan dengan beban untuk membuktikan sebaliknya iaitu bukan mereka yang menerbitkan apa-apa penerbitan itu.

Kerisauan masyarakat berkenaan Seksyen 114A ini adalah berasas. Ia boleh membuka kepada floodgate dengan mudah kerana penerbitan itu dibebankan kepada pihak-pihak yang dinyatakan walaupun yang menerbitkannya sebenarnya adalah pihak lain seperti pelawat blog, rakan dalam FB atau twitter mahupun pihak ketiga yang mengambil kesempatan. Saya tertarik  untuk melihat bagaimana mahkamah interpret peruntukan ini apabila ada test case yang dihadapkan ke mahkamah kelak. Dalam keadaan undang-undang yang digubal sudah nampak bertentangan dengan keadilan, maka mahkamahlah tempat terakhir untuk orang ramai bergantung harapan dan keyakinan.

Akhirnya, apa yang salah wajar ditolak. Undang-undang yang oppressive sifatnya yang merupakan knee-jerk reaction  untuk menyekat kebebasan bersuara juga perlu ditentang. Bukankah keadilan yang mana semua pihak canangkan untuk dicapai? Tidak perlu menuding jari kepada peguam yang menggunakan isu teknikal untuk melepaskan tertuduh jika sabitan (termasuk mencabut nyawa) juga dicapai melalui cara teknikal (anggapan ini) dan bukannya keterangan yang kukuh. Bertarunglah secara adil dan bermaruah samada di gelanggang mahkamah mahupun politik. Wassalam.



Comments

  1. As Salam, saya nak tanya, adakah peruntukan ini tetap diteruskan juga walaupun terdapat bantahan dari banyak pihak? setakat hari ini (2014), ada tak sebarang kes-kes mahkamah yang melibatkan peruntukan ini?

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. Wsalam Aimi,

    Maaf lambat reply. Peruntukan-peruntukan masih digunakan di Mahkamah. Banyak kes-kes yang saudari boleh cari menggunakan anggapan-anggapan ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

Dengan izin Yang Arif,
Hujahkan mahkamah yang mulia ini perlu mempertimbangkan beberapa faktor sebelum menjatuhkan satu hukuman yang adil.
1. Pengakuan salah Pengakuan salah ini bukan sahaja menjimatkan masa dan kos mahkamah, juga pihak-pihak lain iaitu pendakwaan dan saksiWalaupun pengakuan ini dibuat di peringkat pembelaan, masih lagi perlu dipertimbangkan kerana ia dibuat "at the earliest opportunity" dan dalam keadaan berat dadah yang bukan "substantial"PP v Ravindran & Ors [1993] 1 MLJ 452. Latar belakang OKT
Semasa ditangkap berusia 34 tahun dan bersekolah sehingga darjah 6 sahajaBelum berkahwin dan merupakan anak ke 3 dari 7 orang adik-beradikSebelum ditangkap bekerja sebagai peniaga pasar dengan upah harian sebanyak RM 30Ibu dan bapa masih hidup dan sudah uzur 3. Fakta kes
Daripada fakta kes yang telah sedia ada di hadapan mahkamah yang mulia ini, OKT telah memberikan kerjasama kepada pihak polis sehingga membawa kepada perjumpaan dadahTerdapat 5 lagi tangka…

VIRAL

Assalam,
Baru sahaja kes yang saya kendalikan iaitu satu kes bunuh telah diputuskan oleh Mahkamah. Keputusannya Mahkamah dapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Tewas dalam sesuatu perbicaraan bukanlah sesuatu yang tidak dijangka. Ada kes yang kita yakin boleh menang berakhir dengan kekalahan. Sebaliknya, ada kes yang kita berasa tidak ada peluang, namun akhirnya adalah kejayaan. 

Sebagai manusia biasa, peguam juga boleh beremosi bila tewas. Perasaan ralat, persoalan samada patutkah aku buat dengen lebih baik dan macam-macam lagi menyerbu diri. Apatah lagi jika yang tidak berjaya itu kes yang viral dan expected by majority of netizens to be a sure 99.9% win. Peguam namun mesti professional dan memahami bahawa tugas kita adalah untuk memastikan sistem keadilan tertegak. Jika itu dipasak dalam hati, maka kita tak perlu gundah gulana atau memurungkan diri.
Hakikatnya, kerjaya peguam terutamanya peguam jenayah bukanlah berpaksikan win-loss record. …

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

Salam,
Representasi adalah satu perkataan keramat yang selalu diungkapkan dalam arena kepeguaman jenayah. Terkadang, ia umpama satu penawar atau antidot yang teringin sangat didengar oleh telinga sang tertuduh yang saban hari dicengkam jeriji besi. Mereka yang tertekan samada tekanan kehidupan penjara yang serba menyesakkan itu, ataupun tekanan akibat ketidakpastian dalam hidup mereka. Berapa lamakah lagi aku akan hidup, adakah cahaya di hujung terowong ataupun adakah nyawaku akan berakhir di tali gantung.
Representasi sudah menjadi common word dan judicial notice bahkan di kalangan orang awam. Walaupun kadang-kadang sebutannya silap seperti ada yang menyebutnya lepresentasi atau represent atau lebih canggih lagi rap sahaja. Pokok pangkalnya, harapan yang disandarkan pada keajaiban representasi oleh seorang peguam jenayah begitu tinggi, bahkan dianggap boleh menyelamatkan nyawa.
Let's get the record straight. Pertamanya, menulis surat representasi samada memohon pertuduhan lebih ring…