Skip to main content

CERAH MASA DEPAN

Salam,

Arena perundangan jenayah digegarkan dengan keputusan dua mahkamah baru-baru ini yang melepaskan tertuduh dari tuduhan rogol dengan bon berkelakuan baik instead of menjatuhkan hukuman pemenjaraan yang diperuntukkan. Kes pertama melibatkan seorang pemain bowling harapan negara yang mengaku salah merogol seorang kanak-kanak berusia 13 tahun manakala kes kedua di mahkamah sesyen Pulau Pinang pula melibatkan orang biasa sahaja yang didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.

Mari kita letak perkara pada perspektifnya (let us put things into perspective). Pertamanya adalah sangat bagus dan positif apabila masyarakat memandang serius apa-apa hukuman atau perintah yang diberikan oleh mahkamah. Sikap ambil peduli (tidak sikap bukannya berkait dengan anak-beranak aku pun) adalah terpuji dalam masyarakat sivil. Hari ini ia mungkin tidak melibatkan kita atau saudara kita; tapi hari esok tiada siapa yang tahu.

Persetujuan (approval) atau kemarahan (outrage) masyarakat dalam sesuatu keputusan mahkamah adalah sesuatu yang sihat. Mahkamah juga tidak bebas dari kritikan kerana mahkamah juga boleh (dan memang) melakukan kesilapan kadang-kadang. Namun, pandangan masyarakat tidak boleh menjadi tekanan pula kepada mahkamah (dan juga pendakwaan) dalam memutuskan sesuatu. Trial by media contohnya tidak boleh mempengaruhi mahkamah dalam membuat keputusan yang adil. Jika contohnya tertuduh itu sudah dijatuhkan hukuman sekalipun di dalam media; mahkamah harus fokus dan memutuskan hanya berdasarkan keterangan dan fakta yang khas dalam sesuatu kes. Pendakwaan juga tidak boleh membuat pertuduhan kerana masyarakat marah contohnya.

Keduanya, saya tidak kenal pun siapa "pemain bowling kebangsaan yang mempunyai masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang" itu sebelum ini. Dan saya tak peduli pun apa statusnya. Yang saya peduli sebagai pengamal undang-undang jenayah adakah keputusan mahkamah (dalam kes ini Mahkamah Rayuan) itu selari dengan keadilan. Adakah fakta dalam kes beliau begitu ajaib dan spesel sehingga mewajarkan hukuman binding over ini.

Perintah binding over samada di bawah Seksyen 294 mahupun 173A CPC bukanlah sesuatu yang janggal. Saya diajar bahawa ianya adalah hukuman berbentuk "suspended sentence" yakni hukuman asal (penjara misalnya) ditangguhkan dengan menggantikannya dengan bon jaminan berkelakuan baik dalam tempoh tertentu dengan cagaran tertentu. Dan bukannya tidak pernah ada sebelum ini kes-kes serius yang diberikan "rahmat" binding over ini.

Persoalan yang menjadi concern masyarakat kini adalah alasan atau justifikasi yang dikemukakan oleh Mahkamah Rayuan dalam memberikan perintah ini. Alasan yang kita jumpa adalah tertuduh telah menyesali perbuatan, tiadanya paksaan dan keganasan dan sebagainya. With greatest respect, alasan-alasan ini adalah maha biasa diberikan dalam mana-mana mitigasi. Persoalan samada ianya cukup kukuh untuk mengenepikan hukuman penjara mandatori adalah satu tanda tanya besar (big question mark). Tidakkah Mahkamah Rayuan berfikir bahawa keputusannya adalah mengikat mahkamah bawahan?

Apatah lagi ianya melibatkan kesalahan rogol dengan kanak-kanak bawah umur yang masih mentah dan undang-undang sendiri tidak memandang isu kerelaannya sebagai isu. Pindaan pada hukuman kes rogol yang dibuat beberapa tahun lepas sebenarnya adalah satu langkah positif untuk memastikan kategori kes rogol dihukum setimpal dengan jenisnya. Ia memberi budibicara lebih luas kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman yang sesuai. Sebab itulah hukuman minima 5 tahun ditiadakan yang mungkin sesuai untuk kes underage atau pesalah muda. Begitu juga Seksyen 376 (2) diperkenalkan untuk kategori yang lebih serius seperti melibatkan kecederaan yang mana hukumannya boleh sampai ke 30 tahun.

Di mana lagi protection yang ada untuk kanak-kanak di bawah umur jika mesej sebegini yang diberikan oleh mahkamah? Dalam kedua-dua kes, sabitan telahpun dicapai oleh mahkamah jadi tidak timbul lagi isu kredibiliti atau kerelaan kanak-kanak itu. Sebagai peguam yang mengendalikan kes jenayah termasuk kes rogol saya sepatutnya berasa gembira dengan keputusan ini kerana sudah terbuka floodgate untuk tertuduh-tertuduh lain mendapat hukuman serupa. Namun, saya berasa sebaliknya kerana tujuan kita mengendalikan kes bukan semata-mata untuk menang at all cost tapi juga untuk memastikan keadilan tertegak untuk semua pihak yang berhak. Jika kita sudah membuat pembelaan terbaik tetapi anakguam masih disabitkan; percayalah kita boleh tidur lena di malam hari kerana tanggungjawab kita sudah selesai.

Ironi bukan seorang peguambela bercakap nada begini? Jangan silap faham peranan seorang peguambela. Apabila dilantik, memang kita akan berusaha bersungguh-sungguh membela anak guam kita. Check and balance dengan keterangan pendakwaan sangat mustahak dalam memastikan mahkamah mendapat keterangan terbaik dan yang telah teruji sebelum membuat keputusan untuk mencabut nyawa atau liberty seseorang dengan menghumbannya ke dalam penjara.


Tapi seorang peguam bela juga inginkan  peluang sama rata diberikan kepada semua tertuduh dalam membela diri dan mendapat hukuman yang sewajarnya irrespective of status or background but solely based on facts and circumstances of each case. Persepsi yang terbina daripada keputusan pemain bowling cerah masa depan ini tidak membantu kepada noble notion ini. Apatah lagi mahkamah membuat escape clause mengatakan kes ini tidak semestinya menjadi precedent untuk kes yang serupa di masa depan. 

Jadi, what's next? Adakah para peguam akan dapat menggunakan kes ini sebagai panduan untuk meminta bound over dalam kes yang sama atau juga serius? Adakah mahkamah dalam kes di Pulau Pinang salah apabila memberikan alasan hampir serupa untuk kes rogol kedua itu pula? Prinsip saya mudah. Setiap kes perlu dinilai berdasarkan fakta khususnya sendiri individually. Tidak ada 2 kes yang serupa. Hukuman setimpal wajar dijatuhkan sesuai dengan kesalahan yang dilakukan. Begitu juga perintah pembebasan wajar diberikan jika keterangan yang dikemukakan tidak mencapai tahap yang diperlukan. In between, keputusan-keputusan "ajaib" sebegini akan terus menjadi skrutini masyarakat. Wassalam.  


Comments

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

Dengan izin Yang Arif,
Hujahkan mahkamah yang mulia ini perlu mempertimbangkan beberapa faktor sebelum menjatuhkan satu hukuman yang adil.
1. Pengakuan salah Pengakuan salah ini bukan sahaja menjimatkan masa dan kos mahkamah, juga pihak-pihak lain iaitu pendakwaan dan saksiWalaupun pengakuan ini dibuat di peringkat pembelaan, masih lagi perlu dipertimbangkan kerana ia dibuat "at the earliest opportunity" dan dalam keadaan berat dadah yang bukan "substantial"PP v Ravindran & Ors [1993] 1 MLJ 452. Latar belakang OKT
Semasa ditangkap berusia 34 tahun dan bersekolah sehingga darjah 6 sahajaBelum berkahwin dan merupakan anak ke 3 dari 7 orang adik-beradikSebelum ditangkap bekerja sebagai peniaga pasar dengan upah harian sebanyak RM 30Ibu dan bapa masih hidup dan sudah uzur 3. Fakta kes
Daripada fakta kes yang telah sedia ada di hadapan mahkamah yang mulia ini, OKT telah memberikan kerjasama kepada pihak polis sehingga membawa kepada perjumpaan dadahTerdapat 5 lagi tangka…

VIRAL

Assalam,
Baru sahaja kes yang saya kendalikan iaitu satu kes bunuh telah diputuskan oleh Mahkamah. Keputusannya Mahkamah dapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Tewas dalam sesuatu perbicaraan bukanlah sesuatu yang tidak dijangka. Ada kes yang kita yakin boleh menang berakhir dengan kekalahan. Sebaliknya, ada kes yang kita berasa tidak ada peluang, namun akhirnya adalah kejayaan. 

Sebagai manusia biasa, peguam juga boleh beremosi bila tewas. Perasaan ralat, persoalan samada patutkah aku buat dengen lebih baik dan macam-macam lagi menyerbu diri. Apatah lagi jika yang tidak berjaya itu kes yang viral dan expected by majority of netizens to be a sure 99.9% win. Peguam namun mesti professional dan memahami bahawa tugas kita adalah untuk memastikan sistem keadilan tertegak. Jika itu dipasak dalam hati, maka kita tak perlu gundah gulana atau memurungkan diri.
Hakikatnya, kerjaya peguam terutamanya peguam jenayah bukanlah berpaksikan win-loss record. …

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

Salam,
Representasi adalah satu perkataan keramat yang selalu diungkapkan dalam arena kepeguaman jenayah. Terkadang, ia umpama satu penawar atau antidot yang teringin sangat didengar oleh telinga sang tertuduh yang saban hari dicengkam jeriji besi. Mereka yang tertekan samada tekanan kehidupan penjara yang serba menyesakkan itu, ataupun tekanan akibat ketidakpastian dalam hidup mereka. Berapa lamakah lagi aku akan hidup, adakah cahaya di hujung terowong ataupun adakah nyawaku akan berakhir di tali gantung.
Representasi sudah menjadi common word dan judicial notice bahkan di kalangan orang awam. Walaupun kadang-kadang sebutannya silap seperti ada yang menyebutnya lepresentasi atau represent atau lebih canggih lagi rap sahaja. Pokok pangkalnya, harapan yang disandarkan pada keajaiban representasi oleh seorang peguam jenayah begitu tinggi, bahkan dianggap boleh menyelamatkan nyawa.
Let's get the record straight. Pertamanya, menulis surat representasi samada memohon pertuduhan lebih ring…