RUMAH YANG ABADI (TRIBUTE TO ARWAH REZAL @ CALOK)
Salam,
Bagi peminat filem P.Ramlee, lawak beliau bukan sahaja tidak mengeringkan gusi tetapi juga tidak mengeringkan minda. Selalunya lawak beliau penuh bermesej dan juga satu sindir-perli kepada masyarakat. Di dalam cerita Seniman Bujang Lapok contohnya, Ajis dan Sudin telah mengadakan sessi petir minda (brain-storming) mengenai status mereka yang mungkin terpaksa berpindah ke rumah lain lantaran tidak dapat konsentrate dalam menghafal skrip. Lalu keluarlah lawak bermesej (bukan lawak bo seperti Senario) dari Sudin; aku ada bilik kalau kau nak, panjangnya 6 kaki, lebarnya 2 kaki, dalamnya pun 6 kaki. Ajis menjawab; luas jugak ye..itu kubur!
Nah, dalam cerita P. Ramlee pun ada seruan ke arah mengingati mati. Ramai kalangan kita tidak gemar bila disebut pasal mati sehingga klip video sakaratul maut menjadi isu besar kononnya menakutkan kanak-kanak. Lahaulawala, itulah tujuan apa-apapun yang berkaitan dengan mati, supaya takut, beringat dan menginsafi diri. Kalau mengharapkan sesuatu yang selamat (playsafe) , tidak menakutkan kanak-kanak dan tidak menggusarkan jiwa mana-mana orang (yang berdosa lah tu); lebih baik tonton sahaja cerita encik kacang (mr bean).
Walhal, kita sudah tahu yang hidup di dunia ini adalah untuk bercucuk tanam sahaja, menuainya di akhirat nanti. Dengan mengingati mati, sebenarnya akan mencatapultkan lagi daya usaha kita untuk mengejar akhirat yang abadi, di samping tidak melupakan dunia sebagai tapak semaiannya. Salah satu cara yang dianjurkan nabi SAW adalah dengan selalu menziarahi kubur. Melihat dengan mata kepala sendiri batu nisan yang kaku, suasana hening di kuburan dan apatah lagi melihat jasad orang yang disayangi diletakkan di dalam liang lahad, dihadapkan ke kiblat dan akhirmya dikambus dengan tanah; bisa meruntun mana-mana jiwa yang keras kekkong (sorry bahasa kelate) sekalipun.
Sebab itulah, jika berpeluang; masuklah ke dalam liang lahad itu (semasa kita bernyawa lagi) untuk cuba mendapat idea (kalaulah boleh), bagaimanakah rasa berada di rumah abadi. Saya sendiri berkesempatan dikambus (dengan plywood la) di dalam lubang kubur selama satu jam di tengah malam di KKB. Pelbagai cerita didengar apa yang berlaku oleh mereka yang sebelumnya. Ada yang meraung bila keluar, ada yang rasa berpusing seperti dalam mesin basuh (pernah masuk ke dalam mesin basuh) dan ada pula yang dapat melihat wajah ibu/bapa yang sudah tiada. Natijahnya, beberapa kerat sahaja yang memberanikan diri dan ramai termasuk yang bertaraf Ketua Jabatan dan hampir ke usia the golden age (warga emas) pun tak berani mencuba. Apa yang saya alami biarlah saya simpan rapat di dada saya (keep it close to my chest). Cukuplah saya katakan, tengah malam itu seorang brader yang macho dan bercakap agak ultra confident menangis berjujuran air mata semasa sesi pasca masuk kubur. Lalu sessi muhasabah bertukar menjadi sessi muhabasah.
Bagi yang kematian keluarga terdekat juga, ambillah peluang masuk ke liang lahad sebagai salah seorang daripada 3 orang yang menyambut jenazah di dalam liang. Pengalaman saya sendiri melaluinya semasa kematian abah, datuk dan nenek saya tidak dapat diucapkan dengan kata-kata kerana terlalu bermakna dalam hidup saya dan menginsafkan jiwa. Cubalah bila berkesempatan, mungkin episod sebegini dalam hidup anda dapat menjadi salah satu stimulus untuk anda terus mempersiapsiagakan diri menghadapi kematian yang pasti datang itu.
Seperkara lagi, haruslah kita menginsafi bahawa malaikatulmaut setiap hari menjenguk kita, bahkan kubur menyeru kita sebanyak 5 kali sehari (ikut bacaan sayalah). Kalau dalam filem Hollywood pun mereka ada terfikir mengenai jengukan malaikat maut melalui cerita Meet Joe Black (Brad Pitt jadi malaikat maut buat lawatan sambil belajar dulu sebelum cabut nyawa Anthony Hopkins); maka kita sebagai orang Islam lebih-lebih lagilah perlu beringat sokmo. Cukuplah berpegang dengan kata-kata keramat (atau keparat) iaitu life begins at 40. Life ends when it ends as prescribed in Luh Mahfuz which we don't now maybe until the last minute. By then it may have been too late moreover if we are among those still believing in Duran Duran's song; Forever Young.
Dalam kita memerah otak untuk mencantikkan rumah seperti saranan Eric Leong atau merenovate rumah untuk dimasukkan ke dalam majalah Anjung Seri atau kita mengumpul wang untuk menaiktarafkan rumah kita ke rumah yang lebih luas; maka janganlah kita lupa untuk mengumpul wang atau pitis juga untuk rumah kita yang abadi di alam barzakh. Bak kata Tok Guru Nik Aziz dalam filpen (filem pendek) bertajuk The Tree; untuk hidup akhirat kita juga perlu pitis dan pitisnya dipanggil pahala.
Untuk arwah Rezal @ calok yang dipanggil menghadap penciptanya pada 9/9/09; moga diberi keluasan dan kelapangan oleh Allah semasa berada di rumah yang abadi sementara menunggu masa dibangkitkan menghadap Allah Rabbul Jalil di mahkamah mahsyar kelak. Dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan golongan yang dikasihi Allah. Wassalam.

maksud Hadis Rasulullah SAW yang pernah saya baca lebih kurang begini 'orang yang paling bijak adalah orang yang selalu mengingati mati'..Jika kita hayati & berfikir secara mendalam maksud hadis ini, amat lah benar kata2 Rasulullah itu. menurut pendapat saya yang tohor ini, dengan mengingati mati sudah pasti kita takut dan gusar tentang jumlah bekalan yang bakal kita bawa ke akhirat, maka kita pasti bersungguh2 mengerjakan amal ibadat. Tapi bagaimana pula dengan kehidupan dunia? dimana terletaknya kebijaksanaan bagi insan yang mengingati mati agar mendapat kemewahan atau kebahgiaan di dunia ini. Cuba kita selak hadis Rasulullah yang lain. ingatkah kita tentang pesan Rasulullah yang menyuruh kita menulis wasiat harta sehinggakan Rasulullah turut berpesan meninggalkan waris dalam keadaan berharta lebih baik daripada membiarkan mereka meminta2 (saya amik mafhum je, ayat yang betul tak ingat sebab banyak makan otak udang dan ikan sehinggakan bos saya suruh makan ubat akibat sifat pelupa yang berdo'oh lalu). Nah! melalui pesanan tersebut jelas Rasulullah menggalakan kita agar meninggalkan harta kepada waris yang masih hidup. So, macam mana nak tinggalkan harta jika seseorang itu langsung tidak berusaha atau malas untuk mencarinya dan dek kerana takutkan mati, seseorang itu sanggup tinggalkan segala2nya demi untuk beribadat khususan semata-mata.Maka, perlulah seseorang itu disamping kuat beribadat (untuk dapat pahala) , beliau juga perlu kuat bekerja (untuk harta dunia)- disinilah terletaknya 'bijak' seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah. "Beibadatlah seolah-olah kamu akan mati esok hari, dan bekerjalah seolah2 kamu akan hidup 1000 tahun lagi". Wallahua'lam. renung2kan dan selamat beramal. Tazkirah itu tadi disampaikan oleh prof. hurrie dan dibawakan oleh hot fm...
ReplyDeleteSalam Prof Hurrie,
ReplyDeleteNampaknya ilmu agama saudara juga agak mendalam dan adalah sangat baik saudara berkongsi dengan orang lain. Kita umpamakan hidup di dunia ni umpama menaiki kapal untuk ke pulau akhiratlah. Ini bermakna mind setting kita dan priority kita sewajarnya tepat iaitu kita hendak hidup di pulau bukannya di atas kapal yang sebenarnya hanyalah wadah untuk ke pulau itu. Malangnya, ramai antara kita yang hanyut dengan kemewahan kapal atau tidak tahan dilambung ombak dunia, menyebabkan kita terlupa destinasi abadi kita yang menunggu di pulau akhirat. P/s ini tidak bermakna saudara boleh bermalas2 bekerja untuk mencari rezki atas alasan mengejar akhirat.