MERDEKA KE 52 DALAM SUASANA PENUH KELEMBUAN
Salam, Alhamdulillah negara kita mengorak langkah menjangkau usia ke 52 tahun ini. Salam kesyukuran kita ucapkan ke hadrat yang Esa dan ucapan terima kasih kepada semua pejuang kemerdekaan samada yang masuk ke dalam buku teks sejarah atau tidak serta ulama-ulama yang telah memperjuangkan Islam di bumi bertuah ini. Suram nampaknya sambutan merdeka tahun ini. Adakah kerana kebetulan kita berada di bulan Ramadhan (kurang syaitan untuk bersukaria-kecuali Red Devils) atau menularnya wabak H1N1 yang sudah hampir menjangkau 100 kematian ataupun kerana kita dapati masih ramai lagi belum merdeka jiwanya, mindanya dan semangatnya. Sepatutnya bila sudah menjangkau 52 tahun, maka kita sudah matang dan tiada lagi sikap-sikap yang terbit dari darah muda atau belum empuk lagi (bahasa ore kelate tok pok lagi). Malangnya, tanggal Jumaat lepas sebaik sahaja selepas solat Jumaat, sekonyong-konyongnya muncullah 50 orang (pejuang agama dan bangsa?) berarak dengan penuh kemarahan dan tanpa sebarang sekatan ...