KISAH GULA DAN GULA-GULA
Salam,
Kronik sungguh masalah kepupusan gula akhir-akhir ini. Misteri ghuyubnya gula dari rak paling bawah kedai-kedai runcit masih belum terungkai. Adakah ini satu lagi konspirasi yahudi seperti penyebaran wabak H1N1? (dan B1N1? juga). Mamak di kedai runcit berhampiran rumah saya pun sudah membuat kawad cam yang positif terhadap saya setiap kali saya cuba membeli sekampit lagi gula dengan taktik gerila (membeli jajan 50 sen untuk membeli gula). Gula juga kini sudah naiktaraf apabila dikuarantin di bawah kaunter jurujual secara tersorok, seolah-olah hendak membeli barang yang makruh seperti mercun pula.
Tapi langit yang mendung itu tak semestinya membawa ribut petir semata-mata. Mungkin ada juga tiupan badai sepoi-sepoi bahasa yang datang. Sekurang-kurangnya kita belajar berpada dengan air kosong sahaja tanpa sebarang pemanis. Gula itu memang penyedap makanan tetapi jika overdose boleh menjemput penyakit menziarahi tubuh badan kita.
Seorang pakar Qi Gong pernah memberi amaran semasa saya mengikuti kursus tidur dalam kubur di Kuala Kubu Bharu (Khir Toyo pun pernah masuk kubur yang sama); amalkanlah minum teh tarik dan roti canai selalu, nescaya anda akan berkawan dengan penyakit kencing manis sebelum anda berumur 40 tahun. Satu lagi kata-kata amaran beliau yang wajar kita renungi adalah; amalkanlah makan mee segera, nescaya anda juga akan mati segera.
Jadi, kepada orang-orang pantimur (pantai timur) terutamanya negeri tadahan wahyu termasuklah saya yang berbangga dengan kemanisan makanan, berhati-hatilah di jalan raya. Walau sesedap manapun jala mas (golden fishing net), nekbat, tahi itik (yes duck's shit), akok dan lompat tikam (jump and stab), mengambilnya secara berlebihan akan mengundang kencing manis. Budu pun tak boleh meneutralkannya kembali.
Selain kisah gula, saya percaya kisah gula-gula juga akan menjadi terhangat di pasaran. Ini bukan gula-gula Hacks hakim manggosteen tapi gula-gula pilihanraya. Biasalah setiap kali pilihanraya kecil (mahupun besar), maka gula-gula ini akan dapat dilihat ditabur ke semerata pelusuk kawasan pilihanraya terbabit. Permatang Pasir juga tidak terlepas daripada daripada gula-gula ini. Jika Manik Urai mendapat (betul ke dapat) gula-gula jambatan baru, apa pula nikmat dunia yang akan menghujani penduduk Permatang Pasir?
Taburan gula-gula berbentuk gerimis, renyai-renyai dahpun bermula. Tak lama lagi turunlah yang berbentuk banjir kilat dan mungkin berbentuk hujan anjing dan kucing (raining cats and dogs) juga. Pengumuman TPM bahawa Permatang Pasir akan menjadi anak emas kerajaan persekutuan dan akan dipastikan kawasan itu masuk dalam rancangan pembangunan Malaysia ke 9 atau ke 10. Wah besar sungguh ceklat ini. Adakah mafhum mukhalafah pengumuman itu bahawa undi dulu baru kasi? Tak undi dianggap biting the hands that has been feeding you? Bukankah semua kawasan dalam 1Malaysia (sorry PM pinjam istilah) sewajarnya dianggap sebagai anak emas? (walaupun Kelantan memang dah lama dianaktirikan)
Let me say it loud and clear. Wakil rakyat adalah wakil kepada rakyat dan bukannya penguasa atau bangsawan. Wakil rakyat yang patut menghambakan diri kepada rakyat dan bukan rakyat yang menyembah pemimpin. Kalau hendak menjadi kaya, jadilah usahawan. Bahkan 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan, walaupun ramai orang politik yang telah membisneskan perjuangan politik. Kerajaan pula adalah pengurus kekayaan negara untuk dinikmati oleh rakyat (semua bukan suku-sakat sendiri sahaja). Ini sifir-sifir politik mudah yang difahami oleh makin ramai penduduk negara 1Malaysia.
Sebab itulah mengikut acuan Islam, kita sepatutnya bergaduh untuk tidak mahu ditolak ke atas menjadi pemimpin. Realitinya, pergaduhan yang berlaku adalah untuk menjadi pemimpin. Bak kata Vince AF1, berkobar-kobar sungguh semuanya nak jadi wakil rakyat. Jika kita tahu amanah yang bakal dipikul dan soal-jawab mahkamah mahsyar yang kita akan dicross-examine setiap zarah perbuatan kita, nescaya ramai yang akan menikus dari menawarkan diri menjadi pemimpin.
Pemimpin haruslah boleh memimpin dan dilihat boleh untuk memimpin (can lead and seen able to lead). Secomel-comelnya, bakal pemimpin perlulah ada rekod bersih selain akhlak yang sah kena bersih (contohnya tidak pernah distruck off daripada roll of advocates and solicitors kerana misconduct (i'm sorry rujuklah statement s/u Bar Council). Tak kesahlah samada kena bar itu sebab partner beliau (victim of circumstances) ataupun memang bersubahat. In politics, perception is everything bukan. Ingatlah hadith nabi, setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipersoalkan ke atas orang yang dipimpinnya. Jika diri sendiri pun tidak berupaya dipimpin, bagaimana hendak memimpin orang lain?. Bak kata Nabil raja lawak, lu pikirla sendiri. Wassalam.

adakah tahap populariti ataupun profession seseorang mengatasi akhlak dan nilai-nilai murni dalam menentukan seseorang pemimpin? sejarah telah membuktikan seorang penjual ikan mampu menewaskan lulusan universiti.lu pikirla sendiri!
ReplyDeleteimam yang berjurus
ReplyDeleteUntuk makluman imam, saya la ni dok di Pmtg Pasir! yes u hear it right. Permatang Pasir, the hottest place in the country for the moment. hari2 saya memuji dan memuja traffic jam, hari2 jugalah saya melihat kak timah dan kak bedah berselendang merah dan pink menjaja ceklat dari rumah ke rumah.
Peliknya ceklat yang dijaja tak perlu dibeli, tapi dikasi free, malah buleh dapat duit lagi! yang menjaja pun bukan pencacai kuli, tapi bapak2 menteri!
tengok la kalau ada insiden2 first hand yang berlaku di Pmtg Pasir yang TAK SEMPAT dilaporkan oleh TV3, saya akan habaq imam. tu pun kalau imam berkenan nak tau.
Anonymous,
ReplyDeleteBagi saya, akhlak yang paling utama, diikuti bakat kepimpinan dan sekiranya kebetulan adalah seorang yg educated, itu adalah bonus.
Saudara doremon sahabatku,
ReplyDeleteJika ada 1st hand info yang mustahil keluar di tv1,2,3..bolehlah maklumkan agar kita dapat konsgsi dengan masyarakat setempat..btw berapa banyak dah ceklat yang saudara dapat?
nak dapat camano imam, dah depan pagar rumah ada sang purnama! ha ha ha mungkin depa silau kot tu yang kona kot lain ha ha ha.
ReplyDeleteinsyaallah imam kalau ada apa2 berita first hand yang GAGAL disiarkan di saluran perdana, saya akan share. apa yang jadi pada gobala kemarin pun ada version yang tak ditunjuk dalam berita perdana. berita cuma tunjuk sampai dia pelempang polis tu aje. tak pulak disebut kenapa dia tampar polis tu padahal kawan tu dok belakang dr polis yang dok pegang dia dan tak pulak ditunjuk apa yang terjadi lepas dia pelempang polis tu. Oleh kerana saya tak ada dilokasi kerana dok nun jauh dicelah ribuan yang lain, saya tak mau komen apa2 la. tapi apa yang saya dengar dari kawan-kawan yang ada disitu tersangatlah tak best. tapi tu dah dikira second hand info, so takyah la saya komen lebih2. lagipun mungkin semua tu akan didedahkan masa pertuduhan nanti. panel lawyers pun memba2 kita jugak! nanti la saya update.
Saudara Doremon,
ReplyDeleteWah anda bertuah berada dalam limpahan ceklat yang akan menghujani anda. Bak kata TGNA, bagi kain pakai, bagi gula kacau, bagi lembu sembelih tapi pangkah apa? tepuk dada tanya iman. saya percaya anda tahu apa yang benar. ada apa2 info terkini lagi sensasi boleh dikongsi dengan kita semua. wassalam.
nampaknya dalam limpahan gula-gula ni, bekalan gula masih tetap sukar didapati...nampaknya hujan gula-gula di permatang pasir tapi kemarau gula di seluruh negara.
ReplyDeleteSaudara Shahrin,
ReplyDeleteItulah lumrah hidup..dan saya percaya ramai semut2 akan berkerumun di sekitar gula2 di permatang pasir nanti.
Nampaknya rakyat Permatang Pasir tak makan sangat gula-gula Umno tu. Cokelat tu sebenarnya cokelat getah je. Mane boleh telan. Kena kunyah sampai lunyai dan habis manis je. Lepas tu kena ludah dalam longkang. Kalau sapa-sape yang telan cokelat getah tu, akan terima nasib macam pengundi di Manek Urai la. Jadi anak angkat kerajaan pusat konon. Bukan anak angkat tapi anak tiri kerajaan pusat bujil!!
ReplyDeleteSaudara Abd Rashid Yah loyar tersohor kelate,
ReplyDeleteTepat sungguh komen demo, rakyat Permatang Pasir sudah melihat apa natijah yang penduduk MU dapat...jangan kata jambatan, tiang jambatan pon takdok...dari anak emas dah jadi anak pungut...sesungguhnya janji tinggal janji.