RODA-RODA KEHIDUPAN




Salam,

Saya masih teringat kata-kata bekas boss saya semasa melaporkan diri sebagai DPP lebih kurang 8 tahun yang lalu; pertamanya "every man has his own vice (apabila saya mengatakan yang saya tidak merokok), dan keduanya "we choose you to be a DPP because you are the top of the barrel". Sefaham saya maknanya cream de la cream atau terpilih dari yang terpilih. Peliknya semasa temuduga kemasukan ke Jabatan Peguam Negara, saya mengatakan ingin menjadi majistret (salah satu profesion kegemaran ibu mertuaku-ala Kassim). Terasa hebat sungguh memegang title itu, terasa andalah yang paling terrorist sekali dalam arena kemahkamahan.

Fastforward 8 tahun kemudian, saya kini telah menjadi satu lagi profesion kegemaran ibu mertuaku (loyar, bukannya ahli musiq) dan hari ini mewakili bekas seorang DPP yang dituduh di mahkamah. Apabila kami menikmati lontong di Klang tadi, timbul pula cerita mengenai seorang lagi rakan DPP yang dituduh di mahkamah beberapa bulan lepas.

Nah, inilah bukti hidup ini umpama roda. Sekejap kita di atas, kemudian di tepi dan mungkin ke bawah terus. Kalau diikut terminologi kemahkamahan; sekarang mungkin on the bench, esok dicampak jadi DPP, lusa mungkin menjadi saksi dan tulat mungkin di kandang salah sebagai OKT.

Pangkat adalah satu godaan yang sangat besar. Tak percaya? Dengan pangkatlah anda disembah dan diperajakan (istilah ore kelate), dengan pangkat jugalah anda dirapati untuk dikamcengkan (atau dijual nama), dengan pangkat juga membuka jalan-jalan "kenakalan" dan seterusnya kejahatan, dan dengan pangkatlah anda akan disuap atau sekurang-kurangnya digoda dengan pelbagai "perks" dan "benefits". Ia boleh termasuk yang dihukumkan makruh seperti "write-off" saman, hadiah dari pihak berkepentingan seperti hadiah ikan, buah-buahan, DVD dan segala macam lagi. Ia juga boleh terdiri daripada yang jelas haram (dari segi agama, bangsa dan tanahair). Apa benda yang haram itu? Tepuk dada tanya iman dan heartbeat anda.

Menjadi seseorang yang berjawatan begitu powerful boleh membutakan seseorang. Buta siapa sebenarnya sahabat atau musibat. Buta dengan kemampuan diri dan di mana harus berhenti. Buta juga menginsafi bahawa kedudukan, pangkat dan jawatan yang disalahgunakan itu ibarat perangai samseng-samseng di penambang, boleh dihilangkan kehebatannya hanya dengan jurus Pendekar Mustal sahaja. Perangai samseng di penambang yang saya maksudkan di sini adalah seperti virus-virus bongkak, memperlekehkan orang lain (termasuk memakihamun IO), cintakan hiburan dan yang paling kotor sekali adalah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan habuan.

To be fair, mereka yang hanyut dengan jawatan ini minoriti jumlahnya (ramai lagi yang beriman). Ramai yang terselamat dari godaan pangkat dan berjaya dengan penuh cemerlang, gemilang dan terbilang (tanpa had-hari) dan hasilnya jawatan itu mendatangkan keberkatan. Buah sabitan yang diperolehi di mahkamah adalah hasil tuaian bukti yang kukuh dan bukannya bukti yang diadd-onkan. Orang-orang di bawah mendapat rahmat, orang-orang di atas sesetengahnya menggelupur kepanasan kerana orang-orang sebegini tidak reti menyejukkan mereka dengan kipas atau air-cond.

Rakan-rakan yang tidak hanyut di lautan sepi ini, moga diberi kekuatan menyongsang arus godaan pangkat yang dahsyat ini dan berjaya menjadi penjawat awam yang beriman, beramanah dan berjurus. Tak perlu jurus anfusana anfusini, sengih sana tikam sini, pijak sana hentam sini.

If you're good enough, then there must be someone up there (who is sane enough) who will notice you. If still you feel you're not appreciated, you're most welcome to swim with me outside that gold pond, that is in the big ocean outside. Though sometimes it may be rough and not always smooth sailing, believe me its all upon you, your hard work and your tawakkal. You may get a bilis today but maybe a blue whale the next day, instead of getting the same kerapu or tuna every month when the bank pecah (hari gergaji). If material is your utmost consideration though.

Hidup memang umpama roda, bersedialah dan elakkan perasaan tinggi diri dan merendahkan orang lain kerana satu hari, kita mungkin beralih paksi roda itu dari atas ke tepi atau ke bawah. Wassalam.

Comments

  1. Lagi berat kalu masa keno kita roda di bawah, terpijak tahi lembu pulok, pah tu terpijak paku payung lagih.

    ReplyDelete
  2. salam imam

    hang takpa la jurus aura pelindung tinggi pokok nyoq. kalau aku, sure hanyut punya. sbb tu la masa dapat offer jd DPP (or APP? ntah la aku pun x ingat dah) last year, aku tolak. aku pi interview tu pun saja test market je, sudahnya setelah kena torpedo dgn 2 judges dan segala jurus penampan aku gunakan, i was offered the job. ha ha ha. aku ada terpikir jugak bab2 ni kalau aku accept the offer and I tell you my friend, mesti hanyut punya. apart from that it was a short notice some more. one of our mgstrt friend told me how rugi i was. tak pa la mungkin dah rezeki aku kot ni... to swim in the ocean as you said. so, here we are, swimming in the ocean and until today yet to meet a blue whale... but bersyukur dgn bilis and temenung. (i will tell you if one fine day i bumped the blue whale, i promise)

    ReplyDelete
  3. Anonymous,

    Memang kalu berada di bawah lah selalu yg akan kena segala macam musibat,maka beringat2lah sebelum kena.

    ReplyDelete
  4. Saudara Doremon,

    Setiap kita mempunyai skrip hidup yang berlainan. Terdapat insiden penting yang menentukan hala tuju hidup kita. baik pilihan kita, baiklah hasilnya. Jadi, pilihan saudara untuk tidak join service anggaplah itu pilihan yang membawa kebaikan. Tiada ruginya, di sebelah manapun kita boleh mencari keuntungan. Cuma hati2 dengan polis marin dan jugak ubur2 bila berenang di lautan luas, Insyaallah ikan paus itu senang dicari sebab saiznya yang besar cuma kita kena pesatkan usaha baru cukup kuat untuk menjerutnya.

    ReplyDelete
  5. Salam,
    good job...mungkin kita boleh buat satu meeting antara criminal loyar melayu (ikut FC)la kan..
    pendidikan berterusan memang diperlukan..

    about dpp tu, tak dapat nak tlg la, tepuk dada tanyalah iman masing2..kadang2 jumpa kwn2 takkan tak boleh..

    loyar hensem kajang...

    ReplyDelete
  6. Salam saudara anonymous aka loyar hensem kajang,

    Alhamdulillah saudara semakin cekap untuk google. Saya setuju perlu ada perbincangan antara peguam jenayah Melayu Islam untuk saling ingat mengingati dan juga upgradekan ilmu yang ada. Berkenaan dpp tu, sebagai kawan kita kena simpati dan tidak menjauhkan diri. Tapi sebagai profesional, perlu ada batasan apabila berkawan, pilihlah yang hensem dan juga beriman.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA