MERDEKA KE 52 DALAM SUASANA PENUH KELEMBUAN







Salam,

Alhamdulillah negara kita mengorak langkah menjangkau usia ke 52 tahun ini. Salam kesyukuran kita ucapkan ke hadrat yang Esa dan ucapan terima kasih kepada semua pejuang kemerdekaan samada yang masuk ke dalam buku teks sejarah atau tidak serta ulama-ulama yang telah memperjuangkan Islam di bumi bertuah ini. Suram nampaknya sambutan merdeka tahun ini. Adakah kerana kebetulan kita berada di bulan Ramadhan (kurang syaitan untuk bersukaria-kecuali Red Devils) atau menularnya wabak H1N1 yang sudah hampir menjangkau 100 kematian ataupun kerana kita dapati masih ramai lagi belum merdeka jiwanya, mindanya dan semangatnya.

Sepatutnya bila sudah menjangkau 52 tahun, maka kita sudah matang dan tiada lagi sikap-sikap yang terbit dari darah muda atau belum empuk lagi (bahasa ore kelate tok pok lagi). Malangnya, tanggal Jumaat lepas sebaik sahaja selepas solat Jumaat, sekonyong-konyongnya muncullah 50 orang (pejuang agama dan bangsa?) berarak dengan penuh kemarahan dan tanpa sebarang sekatan (ya betul line clear saudara) ke pejabat SUK Selangor membawa seekor kepala lembu membantah pemindahan kuil ke kawasan mereka.

Sebagai legally trained person, saya menyokong sebarang demonstrasi secara aman. Hak untuk bersuara dan menyatakan sikap adalah bagus dalam demokrasi yang sihat. Tapi kenapa demo kali ini saya sifatkan bersifat kelembuan dan uncalled for? Lihatlah sendiri rakaman video dalam youtube. Demo dibuat dengan penuh ketegangan, bahasa yang kasar, banner yang menghina dan perbuatan provokasi seperti memijak kepala lembu. Ini sebab utama, di mana demo bukan lagi secara aman dan bertujuan untuk mencapai maksud yang aman seperti menyerahkan memorandum kepada YDP Agong.

Keduanya, kenapa perlu membawa kepala lembu? Tak cukupkah dengan banner seperti Take Beer dan mengutuk pemimpin kerajaan? Ini adalah satu provokasi terlampau kepada masyarakat India kerana lembu adalah haiwan suci mereka. Di sini, analogi oleh KJ iaitu apakah reaksi kita jika al-Quran pula yang dipijak ada bernasnya (akhirnya daripada KJ). Ini ditambah dengan kata-kata amaran untuk bermandi darah, takkan bergerak seincipun dan sebagainya dengan nada kemarahan tahap gaban. Kalau nak bermandi darah, pergilah ke selatan Thai, ke Mindanao, ke Palestin, barulah jadi orang gedebe sungguh menentang kuffar laknatullah. Dan untuk mencuci tangan dengan mengatakan tidak tahu dari mana datangnya kepala lembu itu adalah seperti mengatakan Cristiano Ronaldo tidak tahu bagaimana untuk dive di dalam kotak penalti. Damage has been done saudara. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta lembu sekalipun boleh diundur, tapi terlajak kata, terlajak tindakan yang bersifat kelembuan, putarkanlah sahaja lagu dari kumpulan AXL (andai dapat kuundurkan putaran dunia).

Islam mengajar berlaku adil dan berhikmah kepada semua. Islam tidak mengajar menjadi samseng kampung dusun terhadap agama lain dan pengikutnya. Siapa yang hendak menanggung dosa jika mereka pula mencerca Allah dan agamanya? Jika sekalipun tidak berpuashati kepada pemerintah sekarang, fokus sahajalah kepada mereka, banyak cara boleh dibuat, kenapa perlu bermain dengan racial card? Hendak sangatkah pertumpahan darah berlaku? Tambahan pula bukankah sekarang bulan suci Ramadhan, takdakah perasaan hormat? Desperate sangatkah sampai perlu resort dengan tindakan begitu? Tak kajikah bahawa dalam Malaysia ini berapa banyak kuil atau pusat ibadat lain dibina di kawasan majoriti Islam, dan sebaliknya masjid di kawasan bukan majoriti Islam? Adakah sekecoh ini jadinya dengan tindakan yang bermesejkan; nak buat kuil tempat lain buatlah asal jangan tempat aku! Subhanallah ini bukan perangai orang Islam.

Seperkara lagi, sebagai pengamal undang-undang saya kecewa dengan tindakan (atau lack of tindakan) dari pihak polis. I'm sorry to all my good and Allah-fearing policeman (masih ramai yang baik). Kegagalan polis bertindak dalam keadaan demontrasi yang terlampau ini (bukan pramugara sahaja terlampau) menunjukkan sikap double standard dan pilih bulu. Alasan-alasan bersifat kelembuan seperti polis yang ada ketika itu hanya junior officer, kita perlu report dulu baru boleh bertindak dan kita tak boleh tangkap orang sesuka hati serta perlu wrap up siasatan dulu dan rujuk DPP; mengukuhkan lagi persepsi masyarakat bahawa polis adalah bias (sudah menjadi judical notice?). Please don't insult our intelligence.

Sehingga kini saya masih menaruh harapan kepada PM kita (ya dia masih PM saya juga) untuk mengambil sesuatu tindakan yang wajar bagi membendung pertelingkahan kaum berlaku. Kita tidak mahu episod Kg Medan berulang, jauh sekali 13 Mei wal'iyazubillah. Walaupun harapan saya itu semakin menipis dek kerana kesenyapan beliau (beliau mengatakan beliau fast & furious melalui SU MIC sahaja) dan juga kebisuan akhbar-akhbar perdana daripada menfrontpagekan insiden ini (hairan bin ajaib sungguh). Mungkin kita perlu minta saudara Ketua AMK Samsul Iskandar menghantar seekor lembu (masih bernyawa) lagi (seperti yang beliau buat kepada SPRM dulu) sebagai tanda ingatan tulus ikhlas kita rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan berjiwa patriotik serta sanggup mati syahid mempertahankan agama, bangsa dan negara. Ahhh lembu lagi! Wassalam.

Comments

  1. sebab tu lah anak2 kita digalakkan minum susu ibu.. bila banyak sangat minum susu lembu, mcm ni lah jadinye..

    ReplyDelete
  2. Saudara Alif Lam,

    Kesian kat lembu yang tidak berdosa itu...dah mati pun susah kepalanya diarak merata-rata.

    ReplyDelete
  3. panje lidoh lembu tu buat sup tak pun bakar cicoh air asam sedak sengoti la abe wei...duk sepak sajo wak nate apo...hahaha. loni umno tak dok isu lain nak tarik balik undi orang melayu..duk main pejuang bangsa dan agama...padahal selama ni duk jadi pejuang bangsat bukannya bangsa sebab banyak bangsat2 duk bejuang dalam tu untuk mendapat habuan bagi memperbaiki hidup yang bangsat...teruk sungguh bangsat yang bangsat...

    ReplyDelete
  4. salam imam

    wahhh semangat kali ni posting imam. kalau tak silap saya la kepala lembu tu nilai komersialnya adalah dalam lingkungan lima puluh hengget! rugi tu dok buat pijak main je. tapi pe pe pun mmg berakhlak sungguh saudara yang memijak kepala lembu itu, akhlaknya seindah peribahasa orang penang "memang kwang jaq"! mungkin dia tak perasan yang kepala yang dia pijak tu pun 2 x 5 je ngan kepala dia dari sudut kecerdikannya.

    he he he dalam slow2 tu ada jugak jurus2 sipi red devils no, amboiiih indah sungguh. BTW CR7 is a thing of past. biaq pi la dia nak dive sampai makan rumput pun la ni di Real nuh...

    ReplyDelete
  5. Saudara anonymous,

    Bahasa demo agak kasar tapi itulah realitinya. UMNO yang berjuang untuk agama, bangsa dan negara telah bertukar menjadi perjuangan mengisi perut sendiri dan kroni sahaja. Adakah ini penyumbang utama kepada kepupusan UMNO kelak?

    ReplyDelete
  6. Saudara Doremon,

    Terima kasih atas komen bernas itu. Itulah apabila kita memijak kepala, kita patut fikir bahawa status kepala itu lebih mulia dari kita kerana badannya tak pernah memijak kepala orang. Mungkin mereka ni perlu tengok cerita DO RE MI masa minta kerja di Pejabat Buroh (main pijak kertas). Mengenai Red Devils tu nak wat camno cek bukan tak soka UMNO saja. Red Devils pon cek tak gemaq.

    ReplyDelete
  7. ambo nak sentuh sikit pasal perjuangan UMNO yg koya (kononya) berasa gedebe dan baguh nak menentang penjualan arak di kawasan Shah Alam. secara zahirnya nampak bersemangat depa ni bila bersungguh2 nak menentang penjualan air kencing syaitan tersebut...tu pada zahirnya la. tapi pada batinya saya yakin majoriti rakyat tahu tujuannya adalh untuk politik semata-mata. maklumla dah ketandusan idea nak tarik undi. sampaikan sanggup menyamakan ungkapan TAKBIR dengan TAKE BEER...(jahil sungguh mereka tentang kemuliaan ungkapan TAKBIR tersebut). apalah nak diherankan sangat dengan isu penjualan arak dikawasan shah alam tersebut kerana kalau kita teropong atau selidik guna gps, sudah terang lagi bersuluh sebuah kilang bewarna hijau dengan logo sebesar gajah terpampang CARLSBERG sudah lama bertapak dan beroperasi di shah alam. jasa kilang tersebut sungguh besar di Malaysia kerana banyak menyumbang pendapatan disamping mengembungkan perut2 anak2 melayu sendiri sehingga bucit boya (termasukla anak2 malay politician sendiri). persolannya kenapa isu kilang tersebut tidak dibangkitkan wlhal melibatkan kawasan yang sama. siapa yang meluluskan kilang tersebut? tepuk perut tanya perut siapa yang paling buncit. bagitu juga dalam isu sebar kartika dewi yang mana saya salute beliau begitu bersungguh2 mahukan hukuman sebat di khalayak ramai demi memberi pengajaran kepada orang lain agar jangan melakukan jenayah meminum arak (undang2 syariah). tapi kita lihat ramai pemimpin2 UMNO yang melompat macam beruk makyeh apabila hukuman tersebut hendak dilaksanakan. macam2 kita dapat dengar kononnya hukuman sebat tidak boleh dibuat terhadap wanita di malaysia ni, sebat boleh merosakkan sistem peranakan dan sebagainya. namun ulasan dan saranan yang paling menarik adalah daripada band of idiot brothers yang menampilkan najib (PM = Punah Malaysia) dan Hishamudin (Menteri Keselamatan Diri Dalam Negeri). Najib kata (saya baca dalam paper utusan sambil membuka mata seluas2nya) 'kartika tidak patut pasrah terima hukuman tersebut, dia sepatutnya buat rayuan'. persolannya kenapa PM takut sangat sampaikan menaSIHATkan (padahal menJAHANAMkan) kartika agar jangan berserah sahaja; umpama katanya u should do something..please appeal on behalf of me cause me, my family and friends always drunk and we dont want to be stroked as u...please kartika buat something i dont want my ass being slap cause my ass still clean and white. itu ulasan PM. yang Hishamudin pula katanya (dalam paper yang sama juga) Jabatan Penjara tidak boleh menjalankan sebatan syariah kerana tiada sebatan tersebut. persoalan ini kemudian dijawab oleh ketua Pendakwa syarie Pahang yang mengatakan hukuman tersebut bukan dijalakan oleh jabatan penjara, tetapi oleh jabatan agama kerana kuasa dan consent untuk menjalankan hukuman sebatan syariah tersebut telah diberikan oleh jabatan penjara kepada jabatan agama...so, menteri keselamatan yang macam ni kah yang kita lantik? tak tahu hujung pangkal undang2 ikut sedap mulut je bagi ulasan. kan dah malu diri sendiri...hahaha..padan muka. jadi kenapa kedua2 pemimpin UMNO yang tertinggi ni bersungguh2 memberi saranan yang menggambarkan mereka tidak mahu hukuman sebat peminum arak tersebut terlaksana? adakah kartika itu awek mereka? atau mereka pernah meminum arak bersama kartika? atau mereka memang suka tonggang? atau mereka takut hukuman kes kartika tersebut menjadi pencetus kepada perlaksanaan hudud di Malaysia? atau menjadi precedent kes yang mana mereka takut lepas ni kut2 mereka atau ahli keluarga atau balaci2 mereka pula yang minum dan dikenakan sebat? biarlah mereka dan keluarga mereka yang menjawab...ambo dah letih nak menaip. mungkin hambo juga patut buat blog sendiri kerana komen ambo ini terlalu panjang..hhahah. JH (Justice Hurrie)

    ReplyDelete
  8. Saudara anonymous aka justice hurrie,

    Terima kasih atas ulasan panjang lebar demo.Mungkin betul demo patut buat blog sendiri kerana demo punya fikiran kritis yang menerowong masa lampau bukan macam pemimpin UBN yang memberi komen bersifat telur separuh masak, bermuka2 dan telunjuk lurus kelingking berkait sahaja.Syabbas!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA