Posts

Showing posts from October, 2009

TRAGEDI OKTOBER DI 1 MALAYSIA

Image
Salam, Marah, sedih, geram, sakit hati, tak puas hati dan bermacam-macam lagi perasaan timbul apabila kita mendapat tahu akan tragedi di Kem 1 Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Kampar, Perak. Satu nyawa lagi terkorban dan setakat posting ini dilancarkan ke alam maya, masih ada 2 lagi kanak-kanak yang hilang. Ramai juga pemimpin yang segera bergegas ke tempat kejadian seperti Timbalan 1 Malaysia, Menteri Besar "makruh" dan Lim Kit Siang. Cuma topi koboi ala2 JBL yang TPM pakai itu mungkin kurang sesuai di saat orang lain sedang gundah gulana dan kesedihan. Mungkin beliau baru balik dari merasmikan program 1 kandang kuda agaknya. He got the benefit of the doubt. Sekali lagi negara kita disajikan dengan berita hal-ehwal runtuh ini. Selain harga runtuh, akhlak remaja (dan juga orang tua) yang runtuh, toleransi beragama dan bermasyarakat yang kian runtuh; nampaknya banyak lagi perkara yang sinonim dengan runtuh di 1 Malaysia. Antaranya tanah runtuh, makmal komputer runt...

LINGAMGATE: MAKCIK BELACAN JUGA YANG MERANA

Image
Salam, Beberapa hari lepas tersepit antara celahan berita-berita lain adalah berita mengenai jawapan bertulis Menteri Nazri Aziz kepada soalan KM Pulau Pinang mengenai apakah hasil siasatan terhadap usul Suruhanjaya Diraja Lingam yang telahpun lebih setahun. Mungkin ada yang tidak sedar pun bahawa 4 kertas siasatan yang dibuka (3 dihantar ke AG dan 1 dengan MACC) telah diputuskan sebagai NFA (no further action). Mungkin sebagai damage limitation, berita ini tidak displashkan di front page media dan sekadar mendapat tempat setaraf dengan kolum obituary sahaja nampaknya. Mungkin juga kerana di hari yang sama keluarnya keputusan sabit dan salah ke atas penggigit polis iaitu Tian Chua yang dihukum penjara 6 bulan dan denda RM 3,000, sekaligus melayakkan untuk rakyat di Parlimen Batu pula menerima hujan rahmat jika rayuan ke mahkamah tinggi nanti tidak berjaya. Saudara Tian Chua mungkin terfikir alangkah eloknya jika beliau mengikut aksi Mike Tyson menggigit telinga Evander Holyfield, mungk...

GENTLEMAN ATAU FIGHTER?

Image
Salam, Dalam menyelusuri kehidupan sebagai seorang loyar, pelbagai cabaran dan dugaan datang silih-berganti. Kadang-kadang cabaran itu datang dalam bentuk yang menduga kesabaran. Ia datang untuk melihat adakah kita boleh menahan sabar dan bolehkah bersikap gentleman atau tidak. Hari ini episod mencabar perasaan loyar berjurus berlaku lagi. Selepas beberapa hari bersengkang mata menyiapkan hujahan kes rogol setebal 17 muka untuk dihujahkan; sekonyong-konyong DPP memaklumkan dengan takzimnya yang kertas siasatan dipanggil oleh Ketua Unit Pendakwaan atas tujuan apa tak diketahui. Dan sudah tentu beliau tidak menyiapkan hujahan beliau. Notis ini disampaikan kepada saya 5 minit sebelum kes dipanggil di zaman berleluasanya 3.5G, broadband, facebook dan twitter ini. Perlukah kita bersikap gentleman dalam keadaan sebegini atau memilih saja menjadi fighter? Di mahkamah, kita dihidangkan dengan perangai, karektor serta pembawaan yang macam-macam jika perhatikan aksi para loyar dan DPP. Ada yang ...

DALIL KENAPA KES JENAYAH TIDAK WAJAR DIKOMPROMI DENGAN KPI

Image
Salam, KPI (key performance index) bermula sebagai satu perkara yang positif. Di dalam arena kemahkamahan, saya percaya ia bertujuan untuk mempercepatkan proses pelupusan kes, menyaring mereka yang berkualiti untuk dipacu ke depan di samping mengenepikan tunggul -tunggul kayu yang wujud selama ini. Justru, dengan pengejaran yang bersungguh-sungguh kepada KPI ini, maka persepsi masyarakat terhadap mahkamah iaitu mahkamah seperti mahkamah kanggaru dan satu lagi komponen parti pemerintah dapat dikikis. Namun, selepas beberapa purnama ia berjalan, nampaknya penawar mujarab yang diharap-harap untuk mengubat kanser yang wujud di mahkamah; di masa yang sama mungkin menjadi racun berbisa yang boleh mengundang parah terutamanya jika dikaji perlaksanannya di dalam perjalanan kes-kes jenayah. Dalam keterbatasan ini, biarlah saya menyenaraipendekkan beberapa dalil kenapa KPI ini nampaknya lebih mendatangkan aspek negatif berbanding positifnya. Yang positif tak perlulah saya sentuh, lagipun saya ta...

HUJAHAN KES RASUAH

Image
A. PENDAHULUAN Pertuduhan- Seksyen 11(a) APR 1997. Elemen perlu dibuktikan; 1) Bahawa OKT adalah seorang agen kepada badan awam, 2) Bahawa OKT telah memperolehi suatu suapan daripada SP1, Selepas 2 elemen di atas berjaya dibuktikan barulah elemen ketiga pula iaitu; 3) Bahawa suapan itu adalah secara rasuah sebagai dorongan agar tindakan tidak diambil berkenaan dengan hal ehwal prinsipal OKT. Rujuk kes PP v. Rosli bin Mahat [2002] LNS 116. Rujuk kes PP v. Noordin Abu Bakar [2008] 8 CLJ 504. B. BEBAN PEMBUKTIAN PENDAKWAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN Kes prima facie – perlu kemukakan bukti credible . Kes PP v. Mok Kar Poh [2001] 5 CLJ 206. C. ELEMEN PERTAMA Elemen ini tidak dicabar oleh pembelaan. D. ELEMEN KEDUA Keterangan tidak mencukupi pada tahap prima facie; 1) KETERANGAN SP1 1. Peremp...