Skip to main content

GENTLEMAN ATAU FIGHTER?




Salam,

Dalam menyelusuri kehidupan sebagai seorang loyar, pelbagai cabaran dan dugaan datang silih-berganti. Kadang-kadang cabaran itu datang dalam bentuk yang menduga kesabaran. Ia datang untuk melihat adakah kita boleh menahan sabar dan bolehkah bersikap gentleman atau tidak. Hari ini episod mencabar perasaan loyar berjurus berlaku lagi. Selepas beberapa hari bersengkang mata menyiapkan hujahan kes rogol setebal 17 muka untuk dihujahkan; sekonyong-konyong DPP memaklumkan dengan takzimnya yang kertas siasatan dipanggil oleh Ketua Unit Pendakwaan atas tujuan apa tak diketahui. Dan sudah tentu beliau tidak menyiapkan hujahan beliau. Notis ini disampaikan kepada saya 5 minit sebelum kes dipanggil di zaman berleluasanya 3.5G, broadband, facebook dan twitter ini. Perlukah kita bersikap gentleman dalam keadaan sebegini atau memilih saja menjadi fighter?

Di mahkamah, kita dihidangkan dengan perangai, karektor serta pembawaan yang macam-macam jika perhatikan aksi para loyar dan DPP. Ada yang suka bercakap kuat kononnya bagi menunjukkan ketegasan. Ada pula yang kerjanya membantah sahaja untuk menunjukkan kepada klien yang mereka ini membuat kerja. Ada yang jenis meminta klien mention on behalf (MOB) dengan ayat standard "lawyer tak senang". Ada DPP yang suka memberikan alasan IP belum sampai tak habis-habis. Ada pula yang memberikan alasan saksi tak dapat dikesan walaupun saksi ada tercegat di luar pintu mahkamah. Pendek kata atau panjang kata sekalipun, memang meriahlah mahkamah walaupun sebenarnya bagi orang awam ia adalah satu tempat yang sangat menggerunkan.

Terdapat 2 jenis personaliti yang berbeza jika kita perhatikan aksi-aksi para loyar dan DPP di mahkamah. Jenis pertama ini saya termakan (termed as) gentleman. Selalunya, mereka yang cenderung ke arah jenis ini nampak lebih tenang, cool, bersuara nada yang sederhana, jarang berkonfrontasi, sentiasa tidak ada bantahan, tidak suka mendesak dan agak popular. Sebaliknya jenis kedua adalah saya namakan fighter. Mereka ini biasanya dalam bahasa kelate lebih pongos, suka bertekak dan konfrontasi, tidak akan setuju dengan apa sahaja permohonan pihak lawan, suka melanyak saksi dan selalunya kurang disenangi walaupun mungkin beliau seorang loyar/DPP yang hebat.

Seperti pakaian yang boleh dicampurkan menjadi satu seperti kebaya + kurung = kebarung, binatang boleh dikacukkan seperti seladang + lembu = selembu, air boleh digabungkan seperti nescafe + milo + vico = nesloco; maka pendekatan di mahkamah juga boleh difusedkan juga. Ini bermakna di mahkamah ada masanya kita wajar bersikap gentleman namun ada masanya yang lain perlu memakai mantel seorang fighter pula. Dalam bahasa orang puteh dipanggil no hard and fast rule.

Bagi perkara-perkara yang kecil atau normal seperti permohonan menangguhkan kes yang munasabah, makluman dengan notis yang mencukupi, bantahan yang berasas, teguran hakim yang pedas tapi bertujuan memperbaiki kesilapan dan sebagainya, adalah lebih baik kita bersikap gentleman sahaja dan tidak memperbesar-besarkan isu yang kecil. Dalam jangka masa yang panjang, selalunya budi baik kita ini akan diingati dan dibalas dengan balasan yang gentleman juga. Dengan mengambil approach sebegini, kita akan dianggap sebagai seorang pegawai mahkamah yang matang, bertimbangrasa dan yakin dengan kebolehan sendiri tanpa perlu menangguk di air yang keruh di atas kesilapan atau masalah teknikal pihak lawan.

Sebaliknya, bagi hal yang menyentuh prinsip, keadilan, pengendalian kes yang saksama serta apa-apa serangan berbentuk peribadi; maka di sini tidak boleh lagi menjadi gentleman tetapi hendaklah menjadi fighter. Justru api hendaklah dilawan dengan api di sini. Contohnya pertikaman lidah yang melalut dan bersifat peribadi, makian atau ugutan hakim yang tidak berasas seperti nak cite for contempt, perubahan tarikh yang dibuat sesuka hati unilaterally dan cubaan hendak mislead mahkamah hendaklah responnya setimpal dan tegas. Barulah kita akan dihormati kerana memiliki sifat mempertahankan kebenaran, tidak mudah dipermainkan dan menunjukkan kita juga orang yang gedebe (yang bertempat).


Tidak ada jalan pintas untuk mengetahui bagaimana dan bila untuk kita memilih pendekatan yang mana satu untuk diaplikasikan. Ianya memerlukan pengalaman, usaha yang berterusan dan sikap ingin sentiasa maju sebagai pra-syarat untuk belajar the curves. Proses belajar ini hendaklah konsisten berjalan tanpa rasa jemu. Ini bagi mengelakkan daripada kita dianggap bodoh sombong apabila tersilap memilih hendak menjadi fighter dalam situasi yang tak memerlukannya. Sebaliknya, juga bagi mengelakkan kita dicop sebagai orang yang tidak berani mempertahankan apa yang hak apabila tiba masanya kita dituntut menjadi seorang pendekar, bersilat di mahkamah. Wassalam.


Comments

  1. sekonyong-konyong nya lebih kurang macam prinsip "i scratch your back,you scracth my back" le ni yek

    ReplyDelete
  2. Saudara Shahrin,

    Serupa tapi tak sama. Posting kali ini lebih kepada memperjelaskan pembawaan seseorang peguam/DPP di mahkamah yang pada saya perlu disesuaikan dengan keadaan. Tak boleh nak bertekak sepanjang masa atau angguk2 saja.

    ReplyDelete
  3. salam imam

    i think you miss something here... so, whats ur respond to the request to postpone the case! r u mr vanilla ice ice baby or super saiya oredi ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Saudara Doremon,

    Salam..ahhaa I left that part hanging to be guessed by you actuallt..like what Dr Pornthip said in Beng Hock's inquest; its 80% gentleman and 20% fighter!

    ReplyDelete
  5. i know, you maintain cool as ice but firing out a bull eyes sniper jurus that left the dpp's face kelat mace cicok tele kapo! m i right ha ha ha

    ReplyDelete
  6. Salam Doremon,

    Youre 80% right bro! The only difference that I used the jurus tai chi master (aura lembut tapi bisa) when replying to the judge's question on my stand..bisa berbisa!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

Dengan izin Yang Arif,
Hujahkan mahkamah yang mulia ini perlu mempertimbangkan beberapa faktor sebelum menjatuhkan satu hukuman yang adil.
1. Pengakuan salah Pengakuan salah ini bukan sahaja menjimatkan masa dan kos mahkamah, juga pihak-pihak lain iaitu pendakwaan dan saksiWalaupun pengakuan ini dibuat di peringkat pembelaan, masih lagi perlu dipertimbangkan kerana ia dibuat "at the earliest opportunity" dan dalam keadaan berat dadah yang bukan "substantial"PP v Ravindran & Ors [1993] 1 MLJ 452. Latar belakang OKT
Semasa ditangkap berusia 34 tahun dan bersekolah sehingga darjah 6 sahajaBelum berkahwin dan merupakan anak ke 3 dari 7 orang adik-beradikSebelum ditangkap bekerja sebagai peniaga pasar dengan upah harian sebanyak RM 30Ibu dan bapa masih hidup dan sudah uzur 3. Fakta kes
Daripada fakta kes yang telah sedia ada di hadapan mahkamah yang mulia ini, OKT telah memberikan kerjasama kepada pihak polis sehingga membawa kepada perjumpaan dadahTerdapat 5 lagi tangka…

VIRAL

Assalam,
Baru sahaja kes yang saya kendalikan iaitu satu kes bunuh telah diputuskan oleh Mahkamah. Keputusannya Mahkamah dapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Tewas dalam sesuatu perbicaraan bukanlah sesuatu yang tidak dijangka. Ada kes yang kita yakin boleh menang berakhir dengan kekalahan. Sebaliknya, ada kes yang kita berasa tidak ada peluang, namun akhirnya adalah kejayaan. 

Sebagai manusia biasa, peguam juga boleh beremosi bila tewas. Perasaan ralat, persoalan samada patutkah aku buat dengen lebih baik dan macam-macam lagi menyerbu diri. Apatah lagi jika yang tidak berjaya itu kes yang viral dan expected by majority of netizens to be a sure 99.9% win. Peguam namun mesti professional dan memahami bahawa tugas kita adalah untuk memastikan sistem keadilan tertegak. Jika itu dipasak dalam hati, maka kita tak perlu gundah gulana atau memurungkan diri.
Hakikatnya, kerjaya peguam terutamanya peguam jenayah bukanlah berpaksikan win-loss record. …

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

Salam,
Representasi adalah satu perkataan keramat yang selalu diungkapkan dalam arena kepeguaman jenayah. Terkadang, ia umpama satu penawar atau antidot yang teringin sangat didengar oleh telinga sang tertuduh yang saban hari dicengkam jeriji besi. Mereka yang tertekan samada tekanan kehidupan penjara yang serba menyesakkan itu, ataupun tekanan akibat ketidakpastian dalam hidup mereka. Berapa lamakah lagi aku akan hidup, adakah cahaya di hujung terowong ataupun adakah nyawaku akan berakhir di tali gantung.
Representasi sudah menjadi common word dan judicial notice bahkan di kalangan orang awam. Walaupun kadang-kadang sebutannya silap seperti ada yang menyebutnya lepresentasi atau represent atau lebih canggih lagi rap sahaja. Pokok pangkalnya, harapan yang disandarkan pada keajaiban representasi oleh seorang peguam jenayah begitu tinggi, bahkan dianggap boleh menyelamatkan nyawa.
Let's get the record straight. Pertamanya, menulis surat representasi samada memohon pertuduhan lebih ring…