TRAGEDI OKTOBER DI 1 MALAYSIA




Salam,

Marah, sedih, geram, sakit hati, tak puas hati dan bermacam-macam lagi perasaan timbul apabila kita mendapat tahu akan tragedi di Kem 1 Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Kampar, Perak. Satu nyawa lagi terkorban dan setakat posting ini dilancarkan ke alam maya, masih ada 2 lagi kanak-kanak yang hilang. Ramai juga pemimpin yang segera bergegas ke tempat kejadian seperti Timbalan 1 Malaysia, Menteri Besar "makruh" dan Lim Kit Siang. Cuma topi koboi ala2 JBL yang TPM pakai itu mungkin kurang sesuai di saat orang lain sedang gundah gulana dan kesedihan. Mungkin beliau baru balik dari merasmikan program 1 kandang kuda agaknya. He got the benefit of the doubt.

Sekali lagi negara kita disajikan dengan berita hal-ehwal runtuh ini. Selain harga runtuh, akhlak remaja (dan juga orang tua) yang runtuh, toleransi beragama dan bermasyarakat yang kian runtuh; nampaknya banyak lagi perkara yang sinonim dengan runtuh di 1 Malaysia. Antaranya tanah runtuh, makmal komputer runtuh, siling Mahkamah dan Parlimen yang runtuh, stadium kebanggaan rakyat Terengganu pun runtuh. Sekarang jambatan gantung pula yang runtuh. Mungkin kontraktornya minat sangat dengan lagu "london bridge" la ni sehingga ada nyawa tak berdosa yang hilang.

Banyak isu yang timbul akibat tragedi ini. Pertamanya kesesuaian program kem 1 Malaysia ini. Memanglah tidak salah untuk melaksanakan program berbentuk outdoor sebegini. Kita semasa sekolah rendah dahulupun biasa berkhemah di hutan, air terjun dan kem-kem bina semangat. Isunya, apakah aspek keselamatan dan persediaan untuk menjalankan program ada dikompromi dalam melaksanakan program ini?. Tidak kiralah apa tujuan murni penganjur program iaitu PPD Kinta Selatan sekalipun atau hendak mengejar sangat gagasan 1Malaysia PM tercinta; aspek keselamatan dan persediaan lokasi program itu sendiri perlu dipost mortemkan dengan terperinci laksana analisis pakar forensik Thailand, Dr Pornthip.

Jambatan gantung sepanjang 50 meter tersebut dikatakan baru siap 2 minggu sebelum kejadian menggantikan jambatan lama yang juga telah runtuh. Adakah ini satu indikasi bahawa program itu dijalankan dengan acuan bersifat tangkap muat untuk mengejar gagasan 1 Malaysia? Kenapa perlunya dibuat jambatan gantung? Bukankah lebih selamat untuk satu jabatan tidak gantung yang lebih kukuh dibina? Apatah lagi di bawahnya adalah Sungai Kampar yang memang terkenal dengan extreme river sports? Maknanya sungai itu walaupun hanya sedalam 1.5 meter di situ, arusnya adalah deras dan sangat berbahaya bagi kanak-kanak terutamanya pada waktu malam.

Yang lebih shocking lagi adalah pengumuman pihak JKR Perak bahawa tiada kelulusan diberikan oleh pihak JKR untuk membina jambatan maut itu. Satu lagi indikator kontraktor yang kerjanya tidak menepati spesifikasi dan berkompromi dengan aspek kualiti dan hingga berkompromi dengan nyawa? Jika kila lihat gambar jambatan tersebut, nampaknya tiang jambatan itu telah tercabut dengan base konkritnya sama sekali. Ini menunjukkan samada kanak-kanak itu kesemuanya terlalu obes, ataupun kontraktornya gagal matematik SPM hingga terlupa mengukur berapa berat kadar jambatan itu mampu menahan bebanan, ataupun satu lagi kes klasik penyelewengan dalam perlaksanaan kontrak sehingga kualitinya merudum sebegitu rupa.

Ini membawa saya kepada satu lagi aspek di dalam tragedi ini iaitu tendency untuk menyalahkan mangsa yang wujud. Diwar-warkan di dalam media juga bahawa ada antara kanak-kanak itu yang bermain dan melompat-lompat di atas jambatan. This is disgusting at its level best. Kanak-kanak memang naturenya suka bermain dan kalau yang ultra pasif itu yang perlu kita risaukan, full stop. Seterusnya, jika jambatan itu tidak mampu untuk menampung 20-30 kanak-kanak melompat (atau summersoult sekalipun); maka ia tidak patut dibina terus atau tidak patut dibenarkan untuk diguna. Malangnya, tidak ada apa-apa amaran atau peringatan tentang had berat yang wujud seolah-olah jika godzilla melompat sekalipun tidak ada apa-apa yang akan berlaku. Kita bernasib baik ada seorang guru dan seorang pak guard yang ada berhampiran yang telah menyelamatkan ramai kanak-kanak, jika tidak keadaan lebih teruk mungkin berlaku.

Jadi, what's next? Muka sedih sudah dipamerkan, wang simpati sudah diisytiharkan akan diberi, jawatankuasa khas siasatan sudah diumumkan akan menyiasat dengan penuh terperinci. Kita mengharapkan wujudnya satu urgency dan ketelusan untuk membongkar punca tragedi ini. Jika ada pihak yang salah atau cuai tidak kiralah siapapun, hendaklah dibawa ke muka pengadilan. Jika ada kompromi atas kualiti jambatan di pihak kontraktor, maka tindakan keras juga perlu diambil tanpa mengira kontraktor itu penyokong gagasan 1 Malaysia atau tidak. Jika tidak tragedi Oktober ini yang berlaku di negeri serba 2 ini, akan berlalu begitu saja tanpa pembelaan, tanpa pembalasan dan tanpa keadilan untuk si kecil yang terkorban itu. It could happen to us the next time. Wassalam.

Comments

  1. salam imam

    "...negeri serba 2..." haa its a good one!

    tapi jangan dok mengharap la imam, tak kemana kertas siasatan tu. yang sebesar linggam pun dibakulsampahkan inikan pulak anak2 ikan!

    ni hangat2 taik muhyiddin je ni, lama2 sok sejuk la... nak risau apa, melayu mudah lupa, well now 1 malaysia mudah lupa!

    ReplyDelete
  2. Salam Doremon,

    My verdict on this still not out, but as you have guessed the outcome might be the same ol story lah. Lame.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA