HUJAHAN KES RASUAH




A. PENDAHULUAN

  • Pertuduhan- Seksyen 11(a) APR 1997.
  • Elemen perlu dibuktikan;

1) Bahawa OKT adalah seorang agen kepada badan awam,

2) Bahawa OKT telah memperolehi suatu suapan daripada SP1,

  • Selepas 2 elemen di atas berjaya dibuktikan barulah elemen ketiga pula iaitu;

3) Bahawa suapan itu adalah secara rasuah sebagai dorongan agar tindakan tidak diambil berkenaan dengan hal ehwal prinsipal OKT.

  • Rujuk kes PP v. Rosli bin Mahat [2002] LNS 116.
  • Rujuk kes PP v. Noordin Abu Bakar [2008] 8 CLJ 504.

B. BEBAN PEMBUKTIAN PENDAKWAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN

  • Kes prima facie – perlu kemukakan bukti credible.
  • Kes PP v. Mok Kar Poh [2001] 5 CLJ 206.

C. ELEMEN PERTAMA

  • Elemen ini tidak dicabar oleh pembelaan.

D. ELEMEN KEDUA

  • Keterangan tidak mencukupi pada tahap prima facie;

1) KETERANGAN SP1

1. Perempuan India nama Jaya pernah datang ke kilang beberapa kali untuk menyelesaikan masalah extension.

2. Tidak membuat permohonan extension sebab melibatkan banyak proses.

3. Rizal dapat bantu dengan memberi jaminan bahawa MPKJ tidak akan datang mengganggu kami.

4. Merancang untuk membeli satu hadiah untuk dihadiahkan kepada Rizal, tapi selepas itu memberi wang dan menyuruhnya membeli hadiah itu sendiri.

5. SP1 yang nak beri hadiah.

6. Pertemuan pertama 15 minit ditemani SP2.

7. Tak ingat 27/1/2006 samada Rizal ada datang ke kilang, cuma ingat ada datang 2-3 kali.

8. Masa penyerahan wang, tiada saksi kecuali SP1 dan Rizal.

9. Bila dan di mana penyerahan dibuat sudah lupa.

10. Tidak dapat mengecam Rizal samada ada di mahkamah.

11. Kata tak ada bagi dalam bentuk bukan tunai sebelum bagi 1,500 tunai.

12. Buat catitan dalam Bahasa Cina dalam P4 dan P5.

13. Dalam cross akui Jaya pernah minta wang untuk membuat extension.

14. Jumpa Rizal 2-3 kali tempat terbuka, kilang buka ada 30 orang pekerja.

15. Kata Rizal datang pakai uniform, tujuan asal datang untuk bantu extension.

16. Akui Rizal tak minta, SP1 yang nak bagi hadiah.

17. Pertemuan pertama tak bagi apa-apa kepada Rizal.

18. Lepas setahun jumpa Rizal baru siap extension dan Rizal tak ada datang check atau pantau atau bagi info dalam setahun.

19. P4 ada beri kepada Rizal semasa serahan cek, Rizal tandatangan pada received by tapi tak pasti.

20. Akui Rizal bukan orang Cina dan tak faham catitan dalam P4.

21. Bagi P4 kepada Rizal sebab kena ada payment voucher untuk kilang menunjukkan ada buat bayaran.

22. Buat P5 untuk cover payment voucher P4, sebenarnya tak wujud.

23. Tak buat laporan kepada BPR sebab perkara sendiri dan anggap sebagai hadiah.

  • Hujah;

1. Hujah- Tujuan pemberian wang itu sendiri adalah meragukan kerana ia bukanlah diminta oleh Rizal ataupun untuk tujuan tidak mengambil tindakan ke atas extension, tetapi sebagai hadiah daripada SP1.

2. Hujah- Fakta penting mengenai penyerahan wang iaitu bila dan di mana penyerahan pun tidak diingati oleh SP1, tambahan pula menurut SP1 tiada saksi yang menyaksikan penyerahan. Hujahkan timbul keraguan yang besar di sini.

3. Hujah- SP1 tidak dapat mengecam sesiapa di mahkamah sebagai Rizal yang dimaksudkan walaupun diminta sebanyak 2 kali pada 10/6/08 dan 6/7/09. Hujahkan on this score alone pertuduhan mesti gagal kerana identiti Rizal tersebut gagal dibuktikan sebagai OKT. Perlu diingat SP1 adalah orang yang mengatakan ada memberi wang dan beliau sendiri gagal mengecam siapakah Rizal. Sekiranya saksi-saksi lain dapat mengecam OKT sekalipun sebagai orang yang pernah pergi ke kilang; saksi-saksi sokongan itu hendaklah mengesahkan OKTlah sebagai Rizal dan juga menyaksikan penyerahan wang. Short of this, tidak mungkin mahkamah dapat membuat penemuan fakta bahawa Rizal adalah OKT.

4. Hujah- Pelbagai keraguan telah wujud di sini. Adakah hanya OKT yang pernah ke kilang tersebut memandangkan masa yang tepat kehadiran Rizal tidak diingati oleh SP1. Sebarang percubaan untuk link kedatangan Rizal yang menerima wang dengan kedatangan OKT yang disaksikan oleh SP2 dan SP3 tidak boleh berjaya kerana; pertamanya SP1 tidak mengesahkan OKT pernah datang ke kilang, keduanya SP2 dan SP3 tidak menyaksikan sebarang penyerahan wang semasa kedatangan OKT ke kilang dan ketiganya kegagalan SP1 mengingati tarikh yang tepat kedatangan Rizal ke kilang.

5. Hujah- Tambahan pula, SP1 hanya mengatakan SP2 menemani beliau semasa kedatangan Rizal pada pertemuan kali pertama di mana wang RM 1,500 itu tidak diberikan pada pertemuan pertama. Walaupun SP2 mengecam OKT sebagai orang yang pernah datang ke kilang, masih lagi mahkamah tidak dapat membuat penemuan fakta bahawa OKT adalah Rizal tersebut kerana tidak ada keterangan menunjukkan yang SP2 ada bersama SP1 semasa SP1 menyerahkan wang kepada Rizal kerana SP1 tak ingat tarikh penyerahan dan semasa pertemuan pertama yang ditemani oleh SP2, tiada penyerahan berlaku.

6. Hujah- Dihujahkan lebih dari satu inferens yang wujud daripada set of facts yang wujud dan yang memihak kepada OKT mesti dipilih oleh mahkamah. Kemungkinan bahawa Rizal dan OKT adalah orang yang berlainan tidak dapat diketepikan kerana SP1 gagal mengecam OKT sebagai Rizal dan tidak jelas daripada keterangan samada SP2 ada atau tidak semasa penyerahan. Keterangan SP2 sendiri juga tidak menyaksikan apa-apa penyerahan semasa beliau menemani SP1.

7. Hujah- Keterangan SP1 juga bahawa penyerahan wang yang tiada saksi itu berlaku di tempat terbuka di kilang di mana kilang beroperasi dan ada 30 orang pekerja.

8. Hujah- Keterangan SP1 yang beliau ada beri cek P3 kepada Rizal dan juga beri P4 bersama-sama. P3 didakwa dikembalikan oleh Rizal dan SP1 memberikan wang tunai RM 1,500 sebagai ganti.

9. Hujah- Adalah sangat-sangat meragukan adakah benar Rizal tersebut menerima wang rasuah daripada SP1 dalam keadaan tempat terbuka dan ramai pekerja. Adalah tidak munasabah seseorang yang menerima rasuah menurunkan tandatangan sebagai bukti penerimaan, dalam kes ini pada P4.

10. Hujah- Assuming Rizal adalah OKT sekalipun, adalah tidak lojik Rizal akan meninggalkan bukti ini. Tambahan pula, tiada keterangan pakar tandatangan atau sekurang-kurangnya orang yang familiar dengan tulisan OKT yang boleh mengesahkan tandatangan pada P4 adalah tandatangan OKT. Tiada pula keterangan dari pegawai bank contohnya yang mengesahkan OKT ada cuba menunaikan cek P3 dan apabila gagal, telah kembalikan P3 kepada SP1 untuk digantikan dengan tunai. Yang paling meragukan adalah wujudnya tulisan cina pada P4 sedangkan SP1 akui Rizal bukan berbangsa cina.

11. Hujah- Keseluruhan kes bergantung pada SP1 semata-mata yang mana adalah meragukan, tak konsisten dan tak disokong oleh saksi lain. Juga wujudnya lompang yang besar dalam kes pendakwaan berkenaan isu yang fundamental iaitu factum penyerahan wang dan juga identiti penerima wang rasuah.

12. Kes Nasrul Annuar Abd Samad [2005] 1 CLJ 193 dirujuk; jika keterangan yang hendak dicorroborate itu sendiri adalah defective, keterangan sokongan tidak boleh membantu.

13. Tidak boleh berdiri sendiri tanpa keterangan sokongan (corroboration)

Rujuk kes Balwant Singh v. PP [1960] MLJ 264 dan rujuk kes PP v. Datuk Hj. Abdul Khalik [1994] 2 CLJ 540 - Walaupun ada Seksyen 44 yang kata tidak illegal uncorroborated evidence of accomplice, mahkamah masih anggap tidak selamat, tambahan pula dalam kes kita SP1 adalah juga saspek yang lakukan kesalahan.

14. Tak ada keterangan sokongan berbentuk dokumentar seperti tape recording, wang perangkap, search list, gambar, rakaman cctv dsb untuk bantu.

15. Bahkan kesalahan meminta wang rasuah tidak dituduh menunjukkan awal-awal lagi sudah ada keraguan.

16. Rujuk kes PP v. Noordin Abu Bakar [2008] 8 CLJ 504.

2) TIADA SEBARANG KETERANGAN SOKONGAN KE ATAS SP1

1. Keterangan SP2 dan SP3

a. Keterangan SP2 ada mengubungi satu nombor yang diberikan oleh SP1 tetapi nama tidak diketahui.

b. Jumpa OKT di depan pintu kilang.

c. SP2 menyediakan cek P3, dan juga dokumen P4 dan P5.

d. Menurut SP2 beliau tidak tahu SP1 serahkan cek P3 kepada siapa.

e. SP2 tak nampak SP1 bagi duit kepada OKT sebab jarak yang jauh dari mereka berdua.

f. Dalam cross- sahkan OKT datang 2 kali dan kali kedua tak pasti buat apa.

g. Sahkan jumpa kali pertama di depan pintu utama kilang, kali kedua hanya nampak tapi tak jumpa.

h. Tak ada semasa P3 dan P4 diberi, tak tahu beri kepada siapa.

i. Sahkan semasa SP1 bagi tunai, beliau tiada bersama.

j. Keterangan SP3 pula pada 27/1/06 semasa jamuan raya cina di kilang OKT datang dan jumpa SP1.

k. Nampak SP1 bagi cek kepada OKT tapi tak jelas samada nampak OKT tandatangan atau tidak, tak tahu cek apa dan tak dengar perbualan antara mereka.

l. Semasa cross, sahkan SP2 ketika ada bersama-sama tapi sedang makan-makan dengan pekerja lain.

m. Sahkan SP1 sahaja jumpa OKT.

n. Sahkan OKT bagi sesuatu tapi dengan cara berdepan tidak sembunyi-sembunyi.

    • Hujah;

a. Hujah- adalah tidak jelas dari keterangan SP2 sendiri bilakah tarikh yang beliau menemani SP1 berjumpa OKT. Adakah tarikh yang sama Rizal dikatakan datang yang juga tidak diingati oleh SP1?

b. Hujah- keterangan SP2 tidak membantu bahawa wang RM 1,500 ada diserahkan kepada OKT. To begin with, tak jelas pun bila OKT datang ke kilang menurut SP2 dan berapa kali beliau temani SP1. Yang penting menurut SP2 juga, semasa OKT datang kali kedua, beliau tak pasti OKT buat apa. Jika kedatangan kali pertama tidak ada terima wang dan SP2 juga tak tahu apa berlaku kali kedua, apa value keterangan SP2 assuming mahkamah masih simpulkan Rizal adalah OKT? Hujahkan of no value at all. Walau apa-pun, SP2 tidak nampak apa-apa kerana jarak yang jauh dan berperanan menyediakan dokumen P3, P4 dan P5 sahaja.

c. Hujah- yang paling penting, SP2 sahkan yang beliau tiada bersama semasa penyerahan wang tunai RM 1,500.

d. Hujah- berdasarkan keterangan SP3 pula, tarikh kedatangan OKT adalah pada 27/1/2006 sedangkan keterangan SP1 dan SP2 tidak jelas bila tarikh. SP3 hanya nampak penyerahan cek tapi SP3 tidak pernah ditunjukkan kepada cek P3 samada cek yang sama. Tambahan pula, SP3 mengatakan SP2 ada bersama tetapi sedang makan-makan.

e. Hujah- keterangan SP3 juga tidak mampu menyokong keterangan SP1 bahawa ada penyerahan cek P3 dibuat oleh SP1 kepada OKT akibat ketidakjelasan mengenai tarikh ini.

2. Tiada wang perangkap

3. Tiada rakaman percakapan melalui pita rakaman

4. Ekshibit P3, P4 dan P5

a. Hujah- kesemua ekshibit tersebut tidak dapat membantu menyokong keterangan SP1 kerana tidak ada keterangan bebas lain seperti keterangan pakar tandatangan, keterangan pegawai bank, keterangan SP2 atau SP3 atau keterangan cctv yang boleh mengesahkan memang benar OKT ada menerima P3 dan P4.

b. Hujah- tambahan pula mahkamah dalam keadaan keraguan mengenai authenticity dokumen-dokumen ini kerana SP1 dan SP2 mengakui mereka menyediakan dokumen P5 yang mana transaksinya tidak wujud sama sekali. Apa jaminan bahawa P3 dan P4 juga tidak menerima nasib yang sama?

3) LAPORAN P8

a. Hujah- weight yang boleh diattached pada P8 adalah sangat lemah kerana ianya dibuat oleh IO kes sendiri, berdasarkan surat layang dan hanya dibuat lebih daripada 3 bulan daripada tarikh kejadian didakwa berlaku.

b. Hujah- laporan ini juga tidak berupaya untuk corroborate keterangan lisan SP1.

4) TIADA UNSUR SALAH GUNA KUASA YANG WUJUD

a. Menurut SP4, OKT semasa kejadian adalah sebahgai pembantu penguatkuasa kontrak di MPKJ dan bidang tugas adalah untuk melaksana undang-undang yang digunapakai MPKJ.

b. Semasa cross, SP4 akui OKT berada di bahagian operasi 2 dan akui ketuanya bernama Puan Bibi

c. Hujah- berdasarkan keterangan SP4, OKT bukanlah ketua bahagian mahupun penyelia yang ada kuasa berkenaan extension bangunan. OKT bahkan hanya pembantu penguatkuasa dan bertaraf kontrak sahaja.

d. Hujah- apabila dicadangkan bahawa OKT sebenarnya di bawah unit Cheras kanan di bawah Encik Ramli dan tiada bidangkuasa ke atas bangunan; SP4 menjawab tidak pasti.

e. Hujah- keterangan SP4 tidak membantu dalam menunjukkan samada OKT ada kuasa berkenaan extension bangunan atau tidak.

5) KETERANGAN IO KES

a. Mengatakan laporan P8 beliau buat berdasarkan surat layang.

b. Katakan pasti OKT adalah saspek yang pergi ke kilang berdasarkan maklumat ada mengatakan saspen menaiki kereta Kenari nombor pendaftaran WLF 1780.

c. Buat semakan di MPKJ dan dapati OKT yang gunakan kenderaan itu.

d. Tunjukkan OKT kepada SP1, SP2 dan SP3 yang mengesahkan OKT adalah saspek yang dimaksudkan.

e. Hujah- cara siasatan SP9 adalah secara keterbelakang ini adalah amat shoddy dan tidak lengkap. Di dalam P8 beliau jelas tidak dinyatakan identiti siapa saspek mahupun kereta yang dipakai.

f. Hujah- hanya tangkap OKT berdasarkan nombor plat kereta. Tiada keterangan dokumen menunjukkan OKTlah pemilik berdaftar kereta samada dari JPJ atau MPKJ. Yang lebih memburukkan keadaan adalah SP1, SP2 dan SP3 tidak dapat memberi keterangan mengenai kereta yang dipakai oleh Rizal ataupun OKT untuk link dengan siasatan SP5 ini. SP3 malah mengatakan OKT datang dengan kereta Kembara pula.

g. Hujah- tiada kawad cam yang teratur dibuat dalam keadaan tiadanya keterangan bahawa SP1, SP2 dan SP3 mengenali OKT sebelum kejadian. On this score alone, sudah menjadi fatal kepada kes pendakwaan. Mana mungkin pengecaman dibuat dengan cara tunjuk begitu sahaja tanpa kawad cam yang teratur?

h. Hujah- SP5 malah akui dalam cross bahawa OKT di bawah unit Cheras kanan di bawah ketua bernama Encik Hezri dan unit ini tidak terlibat dengan extension bangunan.

  • Hujah- keterangan SP1 tak boleh digunapakai sendiri, perlu ada keterangan sokongan, malangnya juga tidak wujud
  • Rujuk kes PP v. Noordin Abu Bakar [2008] 8 CLJ 504.
  • Rujuk kes Attan bin Abdul Ghani v. PP [1970] 2 MLJ 143.
  • Hujah- jelas terdapat berbagai keraguan dalam kes pendakwaan, keterangan SP1 tidak konsisten, tidak disokong oleh mana-mana saksi dan menyebabkan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen kedua pertuduhan.

E. ELEMEN KETIGA

  • Hujah- memandangkan elemen kedua gagal dipenuhi, anggapan di bawah Seksyen 42(1) tidak berbangkit sama-sekali dan tidak boleh membantu untuk membuktikan elemen ketiga iaitu penerimaan adalah secara rasuah
  • Kesan- OKT tidak perlu membela diri untuk mematahkan beban anggapan tersebut
  • Rujuk kes PP v. Noordin Abu Bakar [2008] 8 CLJ 504.

F. PENUTUP

  • Totaliti keterangan - pendakwaan telah gagal membuktikan kes pada peringkat prima facie lagi.
  • Secara kesimpulannya, keterangan pendakwaan yang dikemukakan adalah keterangan pengadu yang tidak mengecam saspek, keterangan SP2 dan SP3 yang tidak berupaya menyokong keterangan SP1 kerana tidak nampak penyerahan dan keterangan IO kes SP5 yang menunjukkan tahap penyiasatan yang sangat tidak mencukupi dan bersifat backdated. Pada tahap maximum evaluation, tidak mungkin adanya kes prima facie yang wujud.
  • Banyak keraguan yang telah timbul serta kecacatan yang wujud - tidak memungkinkan mahkamah ini untuk memanggil OKT membela diri - tugas mahkamah untuk membuat keputusan hanya berdasarkan “available evidence” - kes Krishnan Ramar v. PP [1987] CLJ (Rep) 145.
  • Pohon OKT-OKT dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan yang dikemukakan tanpa dipanggil membela diri.

Sekian, terima kasih,


Comments

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA