


Dengan izin Yang Arif,
Hujahkan mahkamah yang mulia ini perlu mempertimbangkan beberapa faktor sebelum menjatuhkan satu hukuman yang adil.
1. Pengakuan salah
- Pengakuan salah ini bukan sahaja menjimatkan masa dan kos mahkamah, juga pihak-pihak lain iaitu pendakwaan dan saksi
- Walaupun pengakuan ini dibuat di peringkat pembelaan, masih lagi perlu dipertimbangkan kerana ia dibuat "at the earliest opportunity" dan dalam keadaan berat dadah yang bukan "substantial"
- PP v Ravindran & Ors [1993] 1 MLJ 45
2. Latar belakang OKT
- Semasa ditangkap berusia 34 tahun dan bersekolah sehingga darjah 6 sahaja
- Belum berkahwin dan merupakan anak ke 3 dari 7 orang adik-beradik
- Sebelum ditangkap bekerja sebagai peniaga pasar dengan upah harian sebanyak RM 30
- Ibu dan bapa masih hidup dan sudah uzur
3. Fakta kes
- Daripada fakta kes yang telah sedia ada di hadapan mahkamah yang mulia ini, OKT telah memberikan kerjasama kepada pihak polis sehingga membawa kepada perjumpaan dadah
- Terdapat 5 lagi tangkapan di dalam rumah tempat kejadian
- Dadah tidak dijumpai pada milikan fizikal OKT dan tiada juga "direct evidence of trafficking"
- Rujuk kes PP v Jamaluddin Mokhtar [2006] 6 CLJ 288 yang mana Yang Arif Hakim telah mengambilkira fakta kes yang terlibat dan tidak "rule out" kemungkinan OKT hanyalah sentri atau pemegang sementara sahaja kepada dadah dan ini "goes to reduce the quantum of sentence imposed"
4. Pesalah pertama
- OKT adalah pesalah pertama yang wajar diberi peluang dengan tempoh penjara serendah mungkin
- Saya percaya pendakwaan bercadang mengemukakan rekod tahanan OKT di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam
- Walaubagaimanapun saya hujahkan rekod ini tidak boleh dipertimbangkan kerana ia bukanlah satu sabitan dan hanya satu hukuman berbentuk "administrative" dan tidak melalui satu proses sabitan yang sempurna di mahkamah
- Rujuk kes Surentheran Selvarajoo v PP [2005] 2 CLJ 264
5. Character dan antecedent OKT
- OKT telah insaf dan bersedia mengaku salah "at the earliest opportunity" dan bertanggungjawab atas kesalahan beliau
- Tempoh reman selama 2 tahun 4 bulan sejak tarikh tangkap sudah cukup menyedarkan beliau akan keperitan hidup di penjara
- Rujuk kes Lian Kian Boon v PP [1991] 1 MLJ 51
6. Jenis dan berat dadah
- Dadah yang dipertuduhkan adalah dari jenis ganja. Walaupun diakui tetap dadah yang berbahaya; namun ia tidak seberbahaya dadah lain seperti heroin, morphin dan MDMA. Ini dimanifestasikan dengan wujudnya perbezaan berat statutori minima antara jenis-jenis dadah yang berlainan ini
- Rujuk kes PP v Mohd Abbas Said [2006] 6 CLJ 579 di mana Yang Arif Hakim memutuskan berdasarkan berat dan jenis dadah, ia bukanlah keadaan "worst case scenario" yang saya hujahkan juga sama keadaannya dalam kes kita
- Berat dadah juga hanyalah 513.8 gram yang saya percaya tidaklah "substantial" dan bersifat "borderline" sahaja. Kesan dari faktor berat ini membawa kepada pengurangan jumlah hukuman yang bakal dijatuhkan
- Rujuk kes Zaidon Shariff v. PP [1996] 4 MLJ
7. Kepentingan awam
- Adalah diakui kepentingan awam adalah "paramount consideration" di dalam menjatuhkan hukuman; namun kepentingan awam juga menuntut supaya pesalah yang telah insaf diberi peluang meneruskan hidup selepas mereka menjalani hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka
- Pohon mahkamah juga memberikan pertimbangan kepada aspek "reformative" selain faktor "deterrent" semata-mata dalam menjatuhkan hukuman
- Rujuk kes PP v Hairul Din bin Zainal Abidin [2001] 6 CLJ 480
Sebagai penutup, dikemukakan beberapa kes untuk panduan mahkamah yang mulia ini berkenaan "quantum" yang sesuai bagi jenis dan berat dadah yang bersamaan dengan kes kita. Rujuk kes PP v Baharudin Mustaffa [2005] 8 CLJ 445 dan PP v Jamaluddin Mokhtar yang dirujuk tadi. Hujahkan wajar memberi tumpuan kepada kes-kes terkini dan di Shah Alam bagi mengelakkan "disparity" daripada wujud. Hujahkan juga kes-kes yang bakal dirujuk oleh pihak pendakwaan yang mana kebanyakannya adalah melibatkan kes yang telah melalui bicara penuh serta adalah di peringkat mahkamah rayuan; tidak sesuai untuk diambilkira.
Hujahkan walaupun terdapat sedikit variasi di antara keputusan mahkamah sebelum ini, hukuman yang adil dan wajar untuk kes ini adalah 8 tahun penjara dari tarikh tangkap dan sebatan minima 10 rotan. Hukuman yang melebihi 10 tahun hanya sesuai untuk berat dadah yang melebih 1 kg dan telah sampai ke peringkat mahkamah rayuan sahaja. Sekian terima kasih.
Nota; Yang Arif Hakim menjatuhkan hukuman penjara 9 tahun dari tarikh tangkap dan sebatan minima 10 rotan. Pihak pendakwaan telah memohon hukuman penjara sekurang-kurangnya 12 tahun dikenakan.
Thanks bro for the sampel. Keep it up!
ReplyDeleteSalam saudara/i anonymous,
ReplyDeleteThanks for visiting, please keep the knowledge flowing to others too.
boleh sesiapa di sini jawab pertanyaan saya?
ReplyDeleteBenarkah tertuduh di bawah seksyen 39A(2) ni tidak boleh dijamin
Salam Ieda,
ReplyDeleteTertuduh di bawah Seksyen 39A(2) memang tidak boleh dijamin dan termasuk di bawah kategori 'unbailable' yakni kesalahan2 yg mana undang2 itu sendiri secara specific (dlm konteks ini Akta Dadah Berbahaya) telah menafikan jamin.
Contoh kes2 kategori 'unbailable' yg lain adalah seperti kes2 senjata api di bawah Akta Senjatapi (penalti lebih berat).
Ini hendaklah dibezakan dengan kesalahan2 di bawah Kanun Keseksaan yg mana samada boleh dijamin (bailable) atau tidak boleh dijamin (non-bailable). Kategori non bailable ini boleh dijamin jika pra-syaratnya dipenuhi sehingga ke yg serius seperti kes bunuh sekalipun terdapat keputusan2 mahkamah dlm kes2 yg khas membenarkan jaminan. Begitulah secara ringkasnya.
saya ada satu masalah la kat 39a2 ni.abg saya telah di perangkap,dan di dakwa sbgai pengedar.dia telah di paksa untuk meletakkan ganja itu pada celah sluar dalam nya.....jika tidak di ikuti,maka segala beg dan dokumen keja abg saya tidak akan diberi.blh ka saya ingin memohon ikat jamin terhadapnya?
ReplyDeleteAnonymous,
ReplyDeletePertuduhan Seksyen 39A(2) adalah kesalahan memiliki dadah dan bukannya mengedar (39B). namun, seperti saya tulis sblm ini, seksyen 39A(2) menafikan jamin disebabkan undang2 dadah itu sendiri digubal secara khusus untuk menafikannya. Oleh itu, sehinggalah kes selesai atau pertuduhan diringankan, jaminan tidak boleh dipohon.
boleh saya tanya,
ReplyDeletebolehkah hukuman 39A diringankan hingga 5 tahun atas faktor kesalahan pertama/dianiaya.
Anonymous,
ReplyDeleteSeksyen 39A mempunyai 2; 39A(1) dan 39A(2). mungkin saudara bermaksud 39A(2) yang hukumannya 5 ke 20 tahun. walaupun undang-undang membenarkan minima 5 tahun, pengamatan saya mahkamah kurang memberikan hukuman minima kecualilah kes mengaku salah dan adanya alasan mitigasi yang kukuh.