Loyarberjurus

hanya untuk yang berjurus sahaja

Friday, November 6, 2009

HUJAHAN KES ROGOL (UNDERAGE)




PENGHUJAHAN PIHAK PEMBELAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN

BEBAN PEMBUKTIAN

1) Kes prima facie - Seksyen 180 (4) KAJ.

ELEMEN PERTUDUHAN

1) Di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, pihak pendakwaan perlu membuktikan adanya “penetration”.

2) Rujuk kes PP v. Mohd Ridzwan bin Md Borhan [2004] 5 MLJ 300.

3) Seperti kes rasuah, kes-kes seksual termasuk dalam kategori “easy to accuse but difficult to defend”. Adalah menjadi satu keperluan (practice and prudence) di dalam kes-kes seksual, “corroboration” diperlukan bagi menyokong keterangan pengadu.

4) Rujuk kes Abdul Malek b. Atan v. PP [2002] 4 MLJ 84 dan kes Din v. PP [1964] 30 MLJ 300.

ANALISA KES PENDAKWAAN

§ Keterangan yang “crucial” bagi pertimbangan mahkamah adalah daripada SP1 dan SP4 (pengadu-pengadu). Analisa keterangan SP1 dan SP4 yang penting semasa pemeriksaan utama adalah seperti berikut;

1) Peruntukan Seksyen 133A Akta Keterangan

· SP1 telah diuji oleh mahkamah samada melepasi pra-syarat Seksyen 133A namun telah gagal. Infact diuji 3 kali; pertama dan ketiga gagal manakala kedua lulus. Ini bermakna keterangan SP1 adalah diambil sebagai satu deposisi menurut Seksyen 269 CPC dan as a rule of law memerlukan keterangan material lain yang menyokong dan melibatkannya (corroboration).

· Manakala bagi SP4 pula mahkamah berpuashati untuk memberikan keterangan bersumpah, namun as a rule of practice and prudence masih lagi memerlukan corroboration.

· Rujuk kes.

· “Approach” yang perlu mahkamah ambil adalah; melihat samada keterangan SP1 dan SP4 kredibel atau tidak, barulah isu “corroboration” samada wujud atau tidak timbul. Perlu juga dijelaskan di sini, bahawa SP1 dan SP4 bukanlah mangsa yang “bebas”, iaitu tiada sebarang motif untuk membuat laporan polis. Bahkan laporan polis P2 dibuat oleh bapa SP4 lebih kurang setahun selepas kejadian dan disebabkan pihak sekolah memanggil pelajar berkenaan khabar angin yang tiada kaitan langsung dengan OKT1. Khabar angin itu adalah seorang pelajar bernama Mohd Fadli dikatakan membuat hubungan seks dengan pelajar darjah 5. Mohd Fadli adalah adik kepada OKT2.

· Rujuk kes Nasrul Annuar Abd Samad v. PP [2005] 1 CLJ 193.

2) SP1 dan SP4 sendiri tidak memahami maksud “rogol”

· Keterangan SP1 dalam EIC, mengatakan Seman rogol tetapi diam sahaja apabila ditanya makna rogol atau rogol itu macamana. Bahkan apabila ditanya semasa tarikh yang lain juga tidak faham apa maksud rogol.

· Di dalam cross, SP1 katakan beliau tidak faham maksud perkataan rogol dan dengar daripada orang.

· Keterangan SP4 pula dalam EIC “Saya tidak tahu rogol itu macam mana. Saya tidak tahu maksud rogol tapi cikgu yang beritahu”.

· Dalam cross, SP4 akui teacher Nurina yang beritahu makna rogol dan tidak faham sebelum itu.

· Hujah – mahkamah perlu berhati-hati dalam menerima keterangan SP1 dan SP4 dalam keadaan mereka sendiri tidak memahami maksud rogol. Perlulah dilihat keterangan mereka secara keseluruhan semasa EIC, cross dan re-exam sebelum mahkamah membuat penemuan fakta samada keterangan mereka mencukupi untuk mencapai elemen “rogol” sebagaimana seksyen 375 Kanun Keseksaan iaitu mesti adanya penetration. Ini hendaklah dibezakan dengan saksi dewasa yang sedia memahami maksud rogol.

· Hujah - mahkamah juga perlu appreciate fakta bahawa mereka diajar oleh guru mereka (SP2) akan maksud rogol semasa mereka diconfront berkenaan khabar angin berkaitan Mohd Fadli selepas setahun kejadian dan bukannya secara rela hati menceritakan kejadian. Mereka malahan masih tidak faham maksud rogol semasa memberikan keterangan di mahkamah. Keterangan SP4 “Saya tidak tahu rogol itu macam mana” manakala SP1 hanya berdiam diri bila ditanya maksud rogol.

3) Keterangan SP1 tidak mampu untuk corroborate keterangan SP4 dan sebaliknya terutamanya pada fakta berkaitan penetration

· Di dalam EIC, SP1 mengatakan “Zuraina dikurung di dalam bilik dan saya di luar”.

· Juga mengatakan kemudiannya “Saya dikurung di dalam bilik. Zuraina ditarik pergi keluar bilik. Saya tidak tahu apa jadi pada Zuraina.”

· Keterangan SP4 semasa EIC pula “Saya tidak tahu apa jadi pada Liza...selepas itu dia suruh Liza keluar. Dia letak saya di dalam bilik. Selepas itu saya tidak tahu apa jadi lagi pada Lizawati”.

· SP4 juga mengatakan keadaan bilik adalah gelap.

· Juga mengatakan dalam kejadian ketiga beliau tidak tahu apa jadi dengan Liza.

· Dalam cross, SP4 akui semasa di rumah beliau tidak tahu apa berlaku kepada Liza dan sebaliknya bagi kejadian pertama dan ketiga.

· Hujah- berdasarkan keterangan SP1 dan SP4, mereka tidak berupaya untuk saling menyokong keterangan masing-masing tentang isu penetration. Ini kerana perbuatan yang dikatakan dilakukan oleh Seman dibuat di ruang tamu semasa yang seorang lagi berada di dalam bilik. Bilik itu pula keadaannya adalah gelap. Tiada keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwaan bahawa dalam keadaan begini mereka masih mampu melihat apa yang berlaku di luar. At most mereka hanya saling menyokong berkenaan fakta bahawa mereka tahu seorang lagi dikurung di bilik dan seorang lagi di ruang tamu, dan sebaliknya.

· Hujah – dalam keadaan begitu, mahkamah yang mulia ini wajar membuat penemuan fakta bahawa keterangan mereka memerlukan corroboration lain yang independent untuk menyokong.

4) Keraguan mengenai wujud atau tidak “penetration”

· Untuk mahkamah ini menilai keterangan samada wujud atau tidak, penilaian maksimum hendaklah dibuat kepada keseluruhan keterangan SP1 dan SP4 semasa EIC, cross dan re-exam.

· Rujuk kes PP v Rajan Sinniah [2007] 8 CLJ 674.

· Keterangan SP1 dalam EIC, semasa Seman rogol pada masa itu Seman pakai baju dan seluar.

· Keterangan SP1 juga kejadian pertama berlaku di ruang tamu yang gelap sedikit sahaja. Juga katakan Seman baring atas badan dan burung dia dekat pepek. Katakan juga tidak nampak burung Seman. Nampak masa Seman masuk burung di dalam pepek.

· SP1 dalam EIC katakan kejadian kedua juga berlaku di ruang tamu yang juga gelap sedikit. Katakan burung Seman letak atas pepek. Burung Seman ada masuk dalam pepek. Masa ini tidak nampak burung Seman.

· Diteliti daripada keterangan EIC SP1, langsung beliau tidak menceritakan mengenai kejadian ketiga. Oleh itu, pertuduhan ketiga untuk kes 62-63-2006 mestilah gagal untuk dibuktikan pada tahap prima facie.

· Dalam cross SP1, mengatakan pada kejadian pertama tidak pernah lihat kemaluan lelaki dewasa sebelum itu. Tidak tahu keras atau tidak bagaimana. Juga kata masa ini tidak lihat burung Seman. Semasa Seman baring atas badan, muka lihat ke atas dan jijik, memang tidak hendak tengok.

· Dalam cross juga SP1 katakan beliau sendiri tidak nampak masa burung Seman masuk, rasa sakit sahaja di kemaluan.

· Dalam cross juga SP1 akui semua tingkap dan pintu tutup masa kejadian pertama dan rumah jadi gelap.

· SP1 semasa cross katakan ketika kejadian kedua semasa Seman baring atas badannya adalah rapat dan Seman pakai seluar tidak pakai baju. Katakan tidak nampak burung Seman apabila Seman baring atasnya. Akui yang beliau mengatakan burung Seman masuk adalah kerana rasa sakit di kemaluan walaupun beliau sendiri tidak nampak.

· Juga akui Seman baring semua badan atasnya, tidak nampak tangan Seman.

· Hujah – jika dilihat keterangan SP1 semasa EIC seolah-olah elemen penetration itu berjaya dibuktikan dengan semudah SP1 menggunakan perkataan masuk. Namun, apabila tested dengan cross examination; maksud masuk itu menjadi sangat meragukan dan perincian jawapan SP1 di peringkat ini menunjukkan kemasukan itu berkemungkinan tidak berlaku pula atas pelbagai faktor antaranya tidak biasa, tidak nampak, posisi badan yang rapat, posisi muka semasa ditindih dan keadaan ruang tamu yang gelap.

· Hujah – jelas apabila diuji dengan soal-balas, wujud 2 inferens mengenai elemen penetration dan mahkamah mesti memilih inferens yang memihak kepada OKT iaitu berkemungkinan bahawa SP1 menganggap sahaja berlakunya kemasukan. Ini perlu dibezakan dengan surrounding circumstances yang berbeza contohnya mangsa seorang wanita dewasa ataupun posisi adalah bukan dalam keadaan menindih yang memungkinkan mangsa jelas nampak kemasukan berlaku.

· Rujuk kes Nasrul Annuar bin Abd Samad v. PP[2005] 1 CLJ 193.

· Hujah - yang paling penting, di dalam re-examination SP1, pihak pendakwaan tidak cuba memperbaiki keraguan yang wujud mengenai keterangan SP1 tentang penetration pada kejadian pertama dan kedua ini. SP1 hanya menjelaskan 2 perkara mengenai penetration; iaitu masa Seman masuk burung Seman tidak memakai seluar dan tidak nampak tangan Seman di mana semasa baring. Bagaimana dengan keraguan-keraguan lain yang wujud semasa cross?

· Hujah - kegagalan ini tidak wajar ditanggung oleh OKT dan bukan tugas OKT untuk memberi penjelasan. Keterangan SP1 mungkin masih boleh diselamatkan jika adanya percubaan yang mencukupi di peringkat re-exam untuk memperjelaskan keraguan yang timbul semasa soal-balas. Rujuk kes Nasrul sekali lagi.

· Keterangan SP4 pula mengatakan dalam EIC kejadian pertama, semasa Seman masuk burung dalam pepek, keadaan ruang tamu adalah gelap. Juga mengatakan nampak kemaluan Seman masa Seman buat perkara ini kepadanya.

· Juga mengatakan ruang tamu itu gelap tinggal ada cahaya masuk ikut tingkap dan boleh nampak kemaluan Seman.

· SP4 walaubagaimanapun mengatakan kejadian kedua beliau tidak ingat.

· Mengatakan dalam kejadian ketiga, nampak burung Seman masuk ke dalam pepek. Keadaan ruang tamu adalah gelap. Masa Seman masuk burungnya ke dalam pepek, keadaan baring terlentang. Kata tidak nampak tangan Seman dekat mana. Ada cahaya masuk sikit daripada tingkap dan boleh nampak burung Seman.

· Dalam cross, SP4 akui kejadian pertama berlaku dalam bilik. Pintu dan tingkap semua tutup. Keadaan di dalam bilik gelap.

· Dalam cross, SP4 akui tidak tahu kemaluan lelaki keras atau tidak bagaimana. Juga tidak pernah lihat kemaluan lelaki sebelum itu. Akui bila katakan lihat kemaluan Seman tidak tahu keras atau tidak. Katakan juga nampak kemaluan itu sebelum Seman naik atas badan dan bukan masa atas badan. Juga masa terbaring terlentang muka hadap ke atas, tidak tahu tangan Seman di mana ketika itu dan tak sanggup tengok apa Seman buat serta tidak tahu bagaimana rasa burung itu masuk.

· SP4 sahkan dalam cross kejadian kedua beliau tidak ingat.

· SP4 dalam cross kata kejadian ketiga di ruang tamu di mana tingkap dan pintu tutup. Kata tidak ingat samada ada lihat burung Seman atau tidak.

· Katakan masa Seman masukkan kali ini juga tidak ingin lihat, muka tengok ke atas, tangan Seman tidak tahu di mana. Juga katakan semasa Seman masuk burung tidak tahu keras atau tidak dan tidak ada lihat masa masuk. Juga akui kata pasti masuk sebab rasa sakit di kemaluan.

· Hujahberdasarkan keterangan SP4 sendiri yang tidak mengingati langsung kejadian kali yang kedua; maka pertuduhan kedua terhadap OKT1 di dalam kes 62-64-2006 mesti juga gagal dibuktikan pada tahap prima facie.

· Hujah – sebagaimana SP1, keterangan SP4 juga seolah-olah sudah cukup melalui EIC beliau mengenai elemen penetration. Namun, selepas diuji dengan soal balas, penjelasan beliau sebenarnya menunjukkan keraguan yang besar samada adanya penetration semasa kejadian pertama dan ketiga. Ini berdasarkan keterangan beliau antaranya tidak melihat sendiri kemaluan Seman ketika masuk, posisi badan dan muka semasa kemasukan itu dan keadaan ruang tamu yang gelap.

· Hujah – bagi kejadian pertama, adalah lebih teruk kerana SP4 juga tidak pernah melihat bagaimana rupa kemaluan lelaki dan tidak tahu bagaimana keadaan kemaluan semasa keras. Ini ditambah dengan fakta bahawa rasa sakit di kemaluanlah yang menyebabkan SP4 menyimpulkan adanya kemasukan. Bagi kejadian ketiga pula, juga sangat meragukan kerana jelas SP4 mengakui tidak lihat kemaluan Seman.

· Di dalam re-exam SP4, pihak pendakwaan ada cuba untuk memperbaiki keraguan mengenai kejadian pertama. SP4 menjelaskan masa kejadian kali pertama ada nampak burung Seman sebelum dia masuk. Tidak ingat bagaimana keadaan burung Seman pada masa itu. Tidak nampak apa yang berlaku dekat bawah itu. Tidak ingat kedudukan tangan dan kaki Seman pada masa kejadian.

· Hujah – re-exam SP4 mengenai kejadian pertama ini bukan sahaja gagal menghilangkan keraguan yang timbul; malahan mengukuhkan lagi inferens bahawa SP4 pun tidak pasti adanya kemasukan atau tidak.

· Hujah- manakala pihak pendakwaan tidak re-exam langsung untuk kejadian ketiga jadi ini bermakna keterangan SP4 mengenai kejadian ketiga menjadi tergantung dan tidak diperbaiki. Manakala bagi kejadian kedua pula SP4 tidak ingat.

· Hujah – jika dilihat kes Nasrul, mahkamah menolak keterangan pengadu dan memutuskannya sebagai tidak kredibel. Kes kita adalah lebih teruk di mana keraguan yang pelbagai wujud semasa cross dan tidak ada usaha untuk memperbaikinya di dalam re-exam.

· Hujah – tidak mungkin mahkamah dapat berpuashati even pada tahap prima facie bahawa elemen penetration pada setiap pertuduhan yang diceritakan telah berjaya dipenuhi.

· Hujah- pada tahap evaluasi maksimum di akhir kes pendakwaan, keterangan SP1 dan SP4 yang telah dikoyakkan semasa soal-balas dan tidak cuba atau berjaya diselamatkan semasa re-exam; tidak wajar dianggap sebagai keterangan yang kredibel untuk mahkamah ini menerimanya on the face value sebagai benar dan mencukupi.

· Hujah – atas kelemahan keterangan mengenai elemen penetration ini; maka pertuduhan terhadap OKT1 bagi kesemua pertuduhan juga mesti gagal dibuktikan pada tahap prima facie. Keperluan penetration adalah mandatori bagi kes rogol dan sebarang keraguan yang dibiarkan tergantung hanya menyebabkan satu jawapan sahaja di akhir kes pendakwaan iaitu perintah lepas dan bebas.

5) Conduct SP1 dan SP4 yang tidak konsisten dengan seorang mangsa rogol

· Keterangan SP1 dalam EIC “apabila balik ke rumah saya tidak beritahu kepada emak dan ayah. Saya takut untuk beritahu emak dan ayah. Takut Seman marah.”

· Dalam cross SP1 katakan kejadian pertama tidak keluar darah walaupun cara Seman buat adalah kasar dan sakit di kemaluan.

· Dalam cross SP4 akui kedai burger Kak Mazni buka dan jika jerit orang di kedai boleh dengar. Jarak adalah 30-40 meter.

· Juga katakan yang kedai Encik Hussain buka dan kedai itu menghadap rumah kejadian.

· Keterangan SP4 kata di dalam EIC “dia orang tarik saya dan Liza masuk ke dalam rumah”.

· Keterangan SP4 dalam EIC selepas kejadian pergi beli burger dahulu.

· Juga mengatakan rasa sakit di kemaluan dan sebelum itu perkara sebegitu tidak pernah berlaku kepadanya.

· Dalam cross, SP4 akui ada kedai runcit Encik Hussain dalam jarak 25 ke 30 kaki dari rumah tempat kejadian dan kedai buka semasa kejadian pertama. Ada keluarga Encik Hussain tinggal bersama.

· Dalam cross juga akui, kedai burger menghala makin jauh dari rumah.

· Dalam cross juga katakan ada jumpa Kak Mazni yang menjual burger tetapi tidak mengadu sebab takut Kak Mazni marah dan beritahu kepada emaknya.

· Dalam cross juga katakan gerai burger menghadap ke depan macam rumah Seman.

· Dalam cross katakan tidak cerita kepada keluarga awal sebab takut dimarahi sedangkan tak tahu beliau buat salah apa.

· Akui cerita kepada teacher sebab tersebar cerita adik Ong iaitu Mohd Fadli. Setuju tidak akan cerita kepada sesiapa jika cerita Mohd Fadli ini tidak tersebar.

· Dalam cross SP4 kata tiada darah keluar walaupun cara Seman masuk burung kasar dan rasa sakit. Balik ke rumah tidak adu kepada sesiapa.

· SP4 katakan simpan cerita satu tahun sebab tidak berani. Takut emak dan ayah marah betul-betul dan mungkin dipukul.

· Hujah – jika dihalusi keterangan SP1 dan SP4 adalah meragukan tindakan mereka yang masih ke gerai burger walaupun setelah didakwa dirogol. Peluang untuk menceritakan kejadian kepada saksi-saksi di sekitar rumah tempat kejadian juga tidak dibuat, bukan setakat kali pertama bahkan untuk kejadian-kejadian yang berikutnya.

· Hujah – adalah meragukan dan tidak konsisten juga apabila tiadanya kesan darah atau sesiapa yang perasan apa-apa evidence of distress yang sepatutnya wujud (terutamanya Kak Mazni yang mereka jumpa sejurus selepas kejadian). Apatah lagi mereka ketika itu hanya kanak-kanak, pertama kali diperlakukan begitu dan mengakui tahu apa yang dibuat itu salah; maka sudah tentu mesti wujud apa-apa kesan samada pada pakaian ataupun tubuh badan ataupun conduct SP1 dan SP4. Jika kejadian adalah seserius keterangan mereka, sudah tentu akan ada saksi atau kesan yang wujud. Malangnya, keterangan samada tidak wujud ataupun telah luput kerana kelewatan membuat laporan (setahun kemudian).

6) Keterangan SP1 dan SP4 tidak konsisten dan bercanggah dengan saksi pendakwaan lain

· Dalam EIC SP4 mengatakan dalam kejadian ketiga, di ruang tamu ada Liza, Ong dan Seman. Pada masa Seman buat pada saya, Liza ada sekali dekat dengan Ong di ruang tamu.

· Dalam cross, SP4 mengatakan tidak suka dengan perlakuan Seman dalam semua kejadian sedangkan cikgu iaitu SP2 jelas mengatakan mereka mula-mula tidak setuju tapi kemudiannya menyukai perbuatan tersebut.

· SP4 juga kata tidak beritahu kepada teacher yang kemudiannya beliau suka dengan perbuatan.

· SP4 dalam cross tegaskan bukan pergi lagi ke rumah Seman sebab suka dengan perbuatan.

· SP1 juga katakan tidak suka dengan semua perbuatan Seman dan ada beritahu teacher mengenainya walhal keterangan SP2 berlainan sama sekali.

· SP1 katakan teacher tidak beritahu makna rogol sedangkan keterangan SP2 adalah sebaliknya iaitu..

· SP1 juga katakan dalam cross tidak tahu tujuan teacher panggil disebabkan cerita Mohd Fadli buat hubungan seks dengan pelajar sekolah sedangkan keterangan SP2 dan SP4 adalah berlainan.

· Hujah – percanggahan keterangan pengadu dan SP2 adalah pada perkara yang material iaitu samada mereka merelakan perbuatan selain kejadian yang pertama. Percanggahan ini tidak diperbaiki oleh pihak pendakwaan.

7) Adakah wujud keterangan independent corroboration yang lain?

· Menurut SP2, beliau memanggil pelajar perempuan tahun 5 setelah dimaklumkan cerita bahawa murid perempuan sekolah dirogol oleh pelajar bernama Mohd Fadli. SP2 telah memanggil pelajar perempuan termasuk SP1 dan SP5. Di dalam sessi kaunseling itu juga, SP2 menerangkan kepada murud-murid apa maksud rogol. Daripada sessi inilah, keluar pula cerita bahawa SP1 dan SP4 pernah dirogol oleh OKT1 dan OKT2.

· Dalam cross, SP2 mengesahkan bahawa nama SP1 dan SP4 keluar dalam cerita berkaitan Mohd Fadli.

· Menurut SP2 juga kejadian berlaku sebanyak 8 kali. Namun menurut SP2, SP1 dan SP4 menceritakan yang kejadian berlaku di ruang tamu dan boleh nampak pasangan masing-masing berempat. SP4 semasa menceritakan menangis sedangkan SP1 hanya mendiamkan diri.

· Hujah – keterangan SP2 mempunyai weight yang sedikit pertamanya kerana kejadian itu bukanlah diceritakan secara rela oleh SP1 dan SP4 sebaliknya akibat dipanggil mengenai cerita kejadian hubungan seks dengan orang lain. Keduanya, cerita kepada SP2 ini bukanlah dibuat dalam masa yang reasonable walaupun bagi kanak-kanak darjah 5 iaitu selepas lebih kurang setahun.

· Hujah - adalah diakui kanak-kanak mungkin takut dan tidak tahu kepada siapa hendak diadukan, tetapi SP1 dan SP4 dalam keterangan mengatakan mereka tahu ketika itu lagi perbuatan tersebut salah. Namun, tiada keterangan bahawa SP1 atau SP4 ada menceritakan kepada ahli keluarga atau rakan dalam masa yang reasonable. Apa yang berlaku adalah mereka sendiri akui tidak akan cerita jika tidak dipanggil oleh SP2.

· Hujah – tambahan pula, keterangan SP2 juga bercanggah dengan keterangan SP1 dan SP4 iaitu pada fakta di mana kejadian adalah dalam keadaan mereka berempat sama-sama berada di ruang tamu. Juga percanggahan paling ketara adalah samada SP1 dan SP4 menyukai perbuatan itu kemudiannya walaupun tidak menyukainya pada kali yang pertama.

· Hujah – membandingkan keterangan SP2 dan SP1 serta SP4 tentang isu kerelaan ini adalah crucial walaupun pengadu-pengadu adalah di bawah umur kerana ia merosakkan kredibiliti SP1 dan SP4 sekaligus menjadikan cerita mereka tidak probable. Dihujahkan bahawa keterangan SP2 bahawa kejadian yang berikutnya direlakan oleh SP1 dan SP4 adalah lebih kepada kebenaran. Adalah tidak mungkin SP1 dan SP4 masih pergi ke kawasan rumah Seman untuk kesekian kali tanpa memberitahu sesiapa tentang kejadian pertama. Tambahan pula, keterangan SP1 dan SP4 sendiri mengatakan cara Seman buat adalah secara kasar dan mereka sakit setiap kali kejadian, sudah tentu akan disedari mereka di sekitar dan juga ahli keluarga.

· Hujah – ini dikuatkan dengan keterangan SP6 yang mengatakan SP4 ada beritahu yang beliau suka dengan perbuatan itu setelah beberapa kali. Dihujahkan atas fakta ini, jelas SP1 dan SP4 telah tidak bercakap benar dan keterangan mereka wajar dilihat dengan waspada.

· Hujah – kredibiliti SP1 dan SP4 telah terjejas teruk akibat percanggahan material dengan SP2 ini.

· SP2 sendiripun tidak mengambil tindakan segera selepas mendengar cerita SP1 dan SP4 malahan mengambil masa memujuk, kemudian barulah maklum guru HEM, kemudian guru besar dan akhir sekali selepas beberapa ketika baru memanggil ibu bapa. Menurut SP2 lagi, pihak sekolah termasuk guru besar tidak mahu terlibat sama sekali. SP2 juga tidak memanggil Mohd Fadli untuk disoal dan tidak maklum kepada pihak polis kerana murid tidak mengaku.

· Hujah - Keterangan SP3 iaitu bapa kepada SP1 juga mempunyai nilai yang sedikit kerana beliau hanya dimaklumkan oleh guru besar dan SP2 mengenai kejadian sesudah lebih kurang setahun. Menurut beliau, SP1 tidak pernah mengadu apa-apa kejadian atau sakit di mana-mana.

· Keterangan SP6 iaitu IO kes mengatakan tidak buat siasatan mengenai Mohd Fadzli. Beliau juga tidak ambil keterangan Kak Mazni penjual burger. Juga tidak pasti samada ada kedai runcit milik Encik Hussain atau tidak.

· Juga mengatakan tidak mengambil statement anak OKT1 walaupun katakan beliau ada semasa dua kali melawat ke rumah OKT1. Tidak membuat sebarang rajah kasar kedudukan di luar rumah. Percakapan beramaran OKT iaitu D10 dikemukakan melalui SP6.

· SP6 juga tidak merujuk SP1 dan SP4 kepada pakar kanak-kanak atas alasan umur mereka yang tender years untuk sahkan kebenaran cerita. Hanya membuat surat memohon ujian ereksi ke atas OKT1 tetapi berhenti selepas ditolak oleh hospital. Setuju bagi saspek lebih 50 tahun, ujian ereksi wajar dibuat.

· Menurut SP6 juga, tiada ujian DNA dilakukan dan setuju berpuas hati dengan percakapan mangsa sahaja dan laporan perubatan sahaja tanpa ada keterangan yang lain.

· Hujah – siasatan yang dilakukan oleh SP6 adalah shoddy dan tidak mencukupi bagai mengesahkan kesahihan cerita pengadu. Apatah lagi beliau bersikap sambil lewa dalam menyiasat pembelaan OKT1 seperti dalam D10 yang diberikan semasa tempoh reman iaitu pada hari ketiga tangkapan lagi. Adakah keputusan yang negatif mungkin diperolehi jika ujian ereksi diteruskan dan ini menyokong pembelaan OKT1 pula? Hujahkan kecuaian IO kes tidak wajar ditanggung oleh OKT1.

· Keterangan SP7 iaitu doctor mengatakan pada kedua-dua mangsa ada koyakan lama dan tiada kecederaan tangkis.

· Hujah – keterangan SP7 ini bersifat neutral disebabkan koyakan lama sahaja yang diperolehi. Beliau tidak dapat menentukan usia kecederaan atau berapa kali kejadian berlaku. Yang penting adalah SP7 memberikan keterangan bahawa semasa mengambil history SP1 dan SP4, mereka mengatakan mereka dicabul oleh 2 orang lelaki yang tinggal di kampong mereka. Ini menambahkan lagi keraguan kerana menurut SP7 kedua-dua SP1 dan SP4 dapat menceritakan dengan baik walaupun agak takut pada awalnya.

§ Hujah – secara keseluruhannya meneliti keterangan SP1 dan SP4 adalah jelas elemen penetration gagal dibuktikan pada tahap prima facie. Keterangan mengenai elemen ini sangat meragukan dan tidak diperbaiki oleh pendakwaan. Di di samping itu, tiada keterangan independent corroboration samada daripada SP2, SP3, SP6 atau SP7 serta tiada juga corroboration daripada SP1 dan SP4 sendiri seperti evidence of distress, aduan at the first opportunity dan sebagainya.

§ Hujah – tanpa keterangan corroboration, keterangan SP1 dan SP4 semata-mata tidak boleh sustain apatah lagi keterangan SP1 yang gagal melepasi pra-syarat Seksyen 133A Akta Keterangan.

§ Hujah – kredibiliti SP1 dan SP4 juga telah hancur akibat percanggahan material dengan keterangan SP6 dan juga SP2.

§ Hujah - pihak pendakwaan juga tidak mengemukakan sijil beranak SP1 sebagai keterangan menunjukkan umur beliau dan ini adalah fatal kepada kes pendakwaan. Rujuk kes Jamaluddin Hashim v. PP [1999] 3 CLJ 640. Bagi SP4 walaubagaimanapun kad pengenalan beliau dikemukakan sebagai P4 dan pihak pembelaan tidak membantah atas perkara ini.

§ Hujah – oleh itu mahkamah yang mulia ini tiada pilihan lain selain daripada melepas dan membebaskan OKT1 daripada kesemua pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

§ Hujah – secara alternatifnya, sekiranya mahkamah berpandangan bahawa kredibiliti SP1 dan SP4 masih intact walaupun keterangan mengenai penetration adalah lacking; dihujahkan bahawa hanya pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan sahaja berjaya dibuktikan pada tahap prima facie. Ini berdasarkan keterangan SP1 dan SP4 bahawa OKT1 ada menarik mereka ke dalam rumah dan menindih badan mereka.

§ Hujah – memandangkan keterangan SP2 dan SP6 mengatakan bahawa SP1 dan SP4 merelakan perbuatan OKT1 selain daripada kejadian pertama; dihujahkan bahawa hanya pertuduhan pertama sahaja berjaya dibuktikan pada tahap prima facie kerana keterangan konsisten semua saksi pendakwaan adalah kejadian pertama berlaku tanpa kerelaan. Ini kerana peruntukan Seksyen 354 memerlukan perbuatan kekerasan jenayah itu dilakukan tanpa kerelaan tanpa mengira had umur iaitu menurut Seksyen 350 Kanun Keseksaan.

PENUTUP

1) Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan, adalah dihujahkan setelah penilaian yang maksimum diberikan secara keseluruhannya pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT1 dan dengan itu kami memohon agar OKT1 dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri.

2) Tugas mahkamah yang mulia ini adalah untuk memutuskan berdasarkan keterangan yang “available” sahaja. Ketiadaan keterangan pengadu atau “gap” yang timbul di kes pendakwaan bukanlah sesuatu yang mahkamah perlu untuk memperbaikinya. Sebagaimana berat sekalipun tuduhan yang dikenakan, OKT1 hanya boleh disabitkan berdasarkan keterangan yang dikemukakan. Rujuk kes PP v Saimin & Ors. [1971] 2 MLJ 16.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:


Peguambela OKT

21 Oktober 2009.

2 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM...
    SORY MENYAMPUK DAN TERSAMPUK APA..KES YANG LOYAR BERJURUS KITA PAMERKAN DI BLOGNYA ...SETELAH BACA KETERANGAN...KETERANGAN SAKSI DAN PENGADU MUNGKIN NAMPAK MENYEBELAHI OKT TAPI PADA PENDAPAT SAYA APA YANG PENGADU CERITAKAN APA YANG TERJADI PADANYA ADALAH KEMUNGKINAN BERLAKUNYA DI PERKOSA ATAU DI ROGOL WALAUPUN BERLAKU DITEMPAT YANG GELAP ..Dalam cross juga SP1 katakan beliau sendiri tidak nampak masa burung Seman masuk, rasa sakit sahaja di kemaluan...INI KATA-KATA PENGADU ..JIKA PENGADU MENGATAKAN KEMALUANYA SAKIT BERMAKSUD ADA OBJEK KERAS MASUK KEDALAM KEMALUANNYA ..DAN PENGADU BERKATA DIA TIDAK NAMPAK BURUNG SEMAN MASUK BERMAKNA KEJADIAN ITU BERLAKU DI TEMPAT GELAP DAN KEMUNGKINAN DIA TIDAK TAHU MACAMANA BENTUK KEMALUAN LELAKI .. JIKA INI BERLAKU DI TEMPAT TERANG KANAK..KANAK BERUMUR EMPAT TAHUN PUN JIKA DI SURUH LUKIS DIA AKAN MELUKIS KEMALUAN LELAKI ....INI YANG SEBENARNYA .TERJADI .DISINI JUGA KEKELIRUAN YANG BERLAKU DI SEBABKAN KETAKUTAN PENGADU SEMASA DI TANYA ...KERANA DI TUNGANG TEBALIKKAN PERTANYAAN....SEKIAN TERIMA KASIH..

    DARI PENGERAN CIKPUAN MUDA SHAMSIAH

    ReplyDelete
  2. Assalam puan pengeran,

    Terima kasih atas komen saudari. Saya amat menghargainya.

    ReplyDelete