SERUAN AL-HARAMAINI


Salam,

Memang cepat benar masa yang berputar. Kalau boleh ingin saja kembali ke zaman kanak-kanak atau remaja kita yang rasanya baru saja berlalu. Namun, putaran dunia tak boleh diundurkan lagi walau banyak mana pun kumpulan AXL menyanyikan lagu; andai dapat kuundurkan putaran dunia. Jika 10, 20 tahun lalu peralihan bulan dan musim perayaan contohnya dirasakan lama benar untuk kembali. Namun, kini, cepat benar contohnya seolah-olah baru sahaja kita menyambut raya, dah menjelang balik musim raya yang berikutnya. Hutang lama belum lunas, hutang baru dah nak dicipta balik. Benarlah dunia sudah di akhir zaman.

Lihat sahaja usia perkahwinan kita dan juga perkembangan umur anak-anak. Tup-tup rupa-rupanya sudah lebih kurang 10 tahun usia perkahwinan kebanyakan kalangan sahabat saya (kecuali ahli kelab Alif Ba Ta-Angkatan Bujang Tua). Anak-anak juga yang sulungnya mungkin sudah masuk tahap 2 sekolah rendah dan mungkin sudah pandai menghafaz quran (atau juga mengorat).

Dalam kesibukan kita mengejar duniawi yang Insyaallahnya untuk kemudahan kita menjalankan ibadah bagi tujuan ukhrawi; ada satu perkara yang sangat dituntut dan dicita-citakan oleh kita semua. Perkara itu adalah menghadirkan diri ke tanah suci al-haramain; Makkah dan Madinah. Saya percaya bagi kita semua bab niat untuk ke tanah suci memang dah lepas. Cuma, adakah usaha kita commensurate atau mencerminkan niat kita itu?

Kalau yang dah membuka akaun tabung haji atau sewaktu dengannya itu satu permulaan yang baik. Apatah lagi yang dah daftar untuk haji walaupun waiting list mungkin 20 tahun lagi. Namun, progres tabungan hendaklah ada yakni walaupun sedikit, simpanan itu hendaklah semakin bertambah. Kalau asyik kekal dengan deposit sahaja bertahun-tahun atau bersifat gali lubang kambus lubang; mungkin niat itu hanya tinggal niat sahaja.

Benar, tak semua orang dikurniakan nikmat kelapangan kewangan dan rezki melimpah ruah, tapi saya percaya semua antara kita boleh berjaya ke tanah suci samada untuk umrah dan haji juga dengan sedikit usaha dan keazaman. Insyaallah, lambat bangat sampailah seru tersebut. Mungkin prioriti kena betul. Kenderaan contohnya, kalau berpada dengan Mercedes (atau mek sedih) tak perlulah upgrade ke Brabus (atau berambus). Kalau cukup dengan Kancil tak perlulah mengikut trend orang sekeliling (yang mungkin membesarkan hutang saja) dengan membeli Gajah atau Badak Sumbu.

Seorang pensyarah saya dulu pernah mengatakan menghisap rokok adalah haram. Biasalah kita dengar, bukannya si perokok akan terima pun sebab ada pendapat satu lagi yag memakruhkan ia. Cuma, alasan yang beliau beri itu yang menarik iaitu rokok haram kerana ia melambatkan haji. Kata beliau jika duit yang digunakan untuk membeli rokok itu sepatutnya disimpan untuk tujuan haji atau umrah; maka duit yang dibelanjakan untuk rokok itu menjadi haram penggunaannya. Wah, satu lagi bidasan untuk rakan-rakan perokok samada kasual atau non-kasual.

Sebagai penutup cetusan ringkas ini, setiap muslim wajib berniat dan berikhtiar bersungguh-sungguh untuk tercapai niat ke tanah suci. Melihat kaabah dengan mata sendiri, menziarahi kubur Nabi Muhammad SAW dan sahabat dan menyelusuri perjuangan Nabi Muhammad SAW dan juga Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail secara live adalah pengalaman yang tiada tolok bandingnya. Seruan dan gamitan ke al-haramain untuk saya sudah sampai, anda bila lagi? Moga giliran anda tidaklah terlalu lama lagi juga akan sampai. Wassalam.

Comments

  1. Salam tuan,(bukan salam 1malaysia)

    Memang begitulah sepatutnya cita-cita yg ada pada setiap Muslim. Dalam masa yang sama, simpanan dalam Tabung Haji pun sentiasa tak mencukupi kerana adanya kegiatan gali lubang, kambus lubang. Nak buat macam mana, sebab anak sekolah ramai. Ada duit sikit, isteri pulak nak beli barang kemas,nak tukar kereta baru, jadi sampai bila nak cukup duit untuk pergi ke tanah suci..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA