Posts

Showing posts from September, 2009

LAPANG DI AIDILFITRI

Image
Salam, 1 Syawal telah berlalu. Kemeriahan aidilfitri tahun ini sungguh dirasakan sehingga beku sebentar blog ini (hampir 2 minggu expired). Terasa lapang sungguh di jiwa berada di kampung halaman tanpa hambatan dan tekanan kerja duniawi yang kadang-kala sungguh menyesakkan. Nikmat lapang ini jarang kita hargai kecuali ketika kita berada di saat-saat kesesakan samada dari segi masa, wang ringgit, tenaga dan macam-macam lagi aspek kelapangan yang selalu kita terlupa. Di saat tak berapa lama lagi kehidupan rutin (yang berputar deras yang kadang kala tiada belas kasihan bagi mereka yang lembab) akan kembali melingkari kita; maka bertambah-tambah lagi kita terasa betapa nikmatnya dianugerahkan nikmat lapang ketika aidilfitri walaupun mungkin seminggu cuma. Bagi yang menjadi loyar samada loyar gomen ataupun loyar swasta, mungkin ketika cuti yang agak panjang beginilah kita beranjak sekejap dari dunia tahi cicak kita (baju hitam putih da). Tiada jelingan manja dan mulut lazer hakim, tiada pan

POST MORTEM RAMADHAN

Image
Salam, Dalam kesibukan kita menyambut lebaran yang bakal tiba, tidaklah salah untuk kita menoleh sejenak ke belakang selama tempoh 29 hari kita berada dalam bulan pentarbiyahan Ramadhan atau bulan pesta ibadah ini. Tidak kiralah pada malam buat ketupat ini kita sibuk menggantung lampu lip-lap atau memasukkan duit raya ke dalam sampul atau benar2 membuat ketupat (mengumpat?) atau memalaskan diri menghadap astro sports channel (bola lagi yang tak pernah cuti); malam menjelang 1 Syawal inilah masa terbaik untuk membuat post mortem/bedah siasat Ramadhan edisi kali ini. Seperti lagu kumpulan The Zikr; Ramadhan Dua Zaman yang antara lain liriknya berbunyi...Ramadhan satu nasib tak serupa, peluangnya sama, natijah berbeza...(boleh download sendirilah ok), maka kita umat akhir zaman ini tidak boleh tidak mestilah mengkoreksi diri meneropong ke dalam diri menembusi hati nurani kita setiap kali Ramadhan pergi. Bedah siasat ini perlu agar kita dapat menggredkan pencapaian kita saban tahun agar k

HUJAHAN KES 39B (DALAM BENTUK QUASI-SKELETON)

Image
PENGHUJAHAN PEMBELAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN BEBAN PEMBUKTIAN PENDAKWAAN 1. Seksyen 180 (1) KAJ 2. Kes-kes P.P v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 dan Balachandran v. P.P [2005] 1 CLJ 85. ANALISA KETERANGAN PENDAKWAAN 1. Tidak wujudnya apa-apa “act of trafficiking” sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Seksyen 2 ADB. 2. Seksyen 37(da) ADB, perlu buktikan OKT ada milikan fizikal sebenar (actual physical possession) dan juga wujudnya mens rea pemilikan. Rujuk kes PP v. Razali Johari [2009] 2 CLJ 133. 3. Dalam menganalisa kes pendakwaan perkara-perkara berikut wajar diteliti; 1. SAMADA KETERANGAN MENCUKUPI UNTUK PEMILIKAN (KETERANGAN TERUS ATAUPUN MENGGUNAKAN ANGGAPAN SEKSYEN 37(d) ADB) 1. Fakta yang jelas semasa serbuan oleh SP7 dan anggota, ada 5 orang lain telah berada di dalam rumah, menunjukkan adanya akses orang lain ke dalam rumah. 2. Berdasarkan keterangan saksi-saksi tidak jelas berapakah penghuni sebenar rumah itu. 3. Keterangan saksi juga ada ketikanya OKT tidak menet

RUMAH YANG ABADI (TRIBUTE TO ARWAH REZAL @ CALOK)

Image
Salam, Bagi peminat filem P.Ramlee, lawak beliau bukan sahaja tidak mengeringkan gusi tetapi juga tidak mengeringkan minda. Selalunya lawak beliau penuh bermesej dan juga satu sindir-perli kepada masyarakat. Di dalam cerita Seniman Bujang Lapok contohnya, Ajis dan Sudin telah mengadakan sessi petir minda (brain-storming) mengenai status mereka yang mungkin terpaksa berpindah ke rumah lain lantaran tidak dapat konsentrate dalam menghafal skrip. Lalu keluarlah lawak bermesej (bukan lawak bo seperti Senario) dari Sudin; aku ada bilik kalau kau nak, panjangnya 6 kaki, lebarnya 2 kaki, dalamnya pun 6 kaki. Ajis menjawab; luas jugak ye..itu kubur! Nah, dalam cerita P. Ramlee pun ada seruan ke arah mengingati mati. Ramai kalangan kita tidak gemar bila disebut pasal mati sehingga klip video sakaratul maut menjadi isu besar kononnya menakutkan kanak-kanak. Lahaulawala, itulah tujuan apa-apapun yang berkaitan dengan mati, supaya takut, beringat dan menginsafi diri. Kalau mengharapkan sesuatu ya

I SCRATCH YOUR BACK, YOU SCRATCH MY BACK

Image
Salam, The word scratch often associated with negative connotations like the scratch and win scheme. The same goes for the term "I scratch your back, you scratch my back". To a layman understanding, it means the culture of "cover line" and also the culture of coffee money (duit kopi) whereby people will only help if they were given some consideration (lu tolong gua, gua tolong lu la). But I am of the view that the term "I scratch your back, you scratch my back" should be more used to denote something positive i.e the concept of mutual respect and understanding. Why am I being boombastic here? Well, if in the movies we have triple X (I mean the Vin Diesel one la) and in WWE we have Triple H; today I received a triple too that is a triple treatment. The triple treatment are; firstly having a submission in a 39B case adjourned simply because the DPP was stuck in another court whereby the other judge refused to allow the DPP to be excused for a while to do th

EFFECTIVE SUBMISSION (LOYARBERJURUS STYLE)

Image
Salam, The submission stage is the most crucial stage in a hearing proper. This is the time you forward your case (convincingly or otherwise), try to persuade the judge to favor your side and last but not least this is the time to crush your opponent's case (contradictions and gaps) just like what John Rambo did in Rambo 4 using his machine gun. Thus, I lay down a few important foundations in order to triumphantly deliver your submission and to enjoy the fruit of labour. Beware! This is not for Otais (old-timers) who may have developed your own technique or jurus in handling submissions. To begin with, submission is not a repetition of the evidence in court (like what Astro currently doing in movie channels). You should'nt be reproducing the evidence as its already in the notes but rather you infer or conclude from the set of facts available. Quotation from the notes is permissible but keep it to the minimum and only to the vital ones. If your submission is 70% or more compris

JUSTICE HURRIED, JUSTICE DELAYED AND JUSTICE HANGING

Image
Salam, Semasa era pra-KPI kita di mahkamah biasa mendengar ungkapan "justice delayed is justice denied" yang membawa maksud mudahnya keadilan tertangguh adalah keadilan yang dinafikan. Ketika itu, proses mendisposekan kes di mahkamah umpama perjalanan Ekspres Wau dari Tumpat ke Kuala Lumpur. Penuh kelambatan, penangguhan, halangan di tengah jalan dan masalah luar jangka. Namun, era pasca-KPI pula ungkapan yang lebih popular terucap adalah "justice hurried is justice burried". Maksud mudahnya adalah "keadilan yang dilajukan adalah keadilan yang tertimbus". Ini memandangkan proses perjalanan keadilan di mahkamah telah diaccelerate sehingga setaraf dengan bullet train di Jepun. Kini, kisah-kisah pelik seperti mahkamah bermula jam 8 pagi, berakhir jam 7 malam, alasan sakit sudah tidak dilayan kecuali mati sahaja, hujahan immediate selepas tutup kes walaupun saksi ada 30 orang dll semakin hari semakin biasa di halwa telinga kita. Sudah makin menipis belas kasih