HUJAHAN KES 39B (DALAM BENTUK QUASI-SKELETON)
PENGHUJAHAN PEMBELAAN
DI AKHIR KES PENDAKWAAN
BEBAN PEMBUKTIAN PENDAKWAAN
1. Seksyen 180 (1) KAJ
2. Kes-kes P.P v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 dan Balachandran v. P.P [2005] 1 CLJ 85.
ANALISA KETERANGAN PENDAKWAAN
1. Tidak wujudnya apa-apa “act of trafficiking” sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Seksyen 2 ADB.
2. Seksyen 37(da) ADB, perlu buktikan OKT ada milikan fizikal sebenar (actual physical possession) dan juga wujudnya mens rea pemilikan. Rujuk kes PP v. Razali Johari [2009] 2 CLJ 133.
3. Dalam menganalisa kes pendakwaan perkara-perkara berikut wajar diteliti;
1. SAMADA KETERANGAN MENCUKUPI UNTUK PEMILIKAN (KETERANGAN TERUS ATAUPUN MENGGUNAKAN ANGGAPAN SEKSYEN 37(d) ADB)
1. Fakta yang jelas semasa serbuan oleh SP7 dan anggota, ada 5 orang lain telah berada di dalam rumah, menunjukkan adanya akses orang lain ke dalam rumah.
2. Berdasarkan keterangan saksi-saksi tidak jelas berapakah penghuni sebenar rumah itu.
3. Keterangan saksi juga ada ketikanya OKT tidak menetap di rumah itu.
4. Keterangan SP5 dan SP6 bahawa mereka tidak meminta izin mahupun memaklumkan kepada OKT untuk masuk rumah, menunjukkan bebas keluar masuk.
5. Keterangan saksi juga wujudnya akses orang lain selain OKT iaitu kawan-kawan yang lepak, kawan2 yang buat landscaping
6. Pintu menghala ke bahagian atas rumah mangganya tidak berfungsi dan tiada keterangan boleh dikunci.
7. Pintu untuk masuk ke bahagian atas pula hanya boleh diselak dari dalam dan tiada kunci khas.
8. Tiadanya rampasan kunci oleh pihak serbuan terhadap mana2 orang termasuk OKT.
9. `Fakta juga menunjukkan OKT tidak ditangkap di dalam rumah tersebut, iaitu tiada pemilikan fizikal ataupun proximity dengan dadah.
10. Ada gap masa antara raiding ketuk dan pecahkan pintu. 2 inferens, mungkin yang di dalam bawa dan sembunyikan, kenapa tak buka pintu dengan segera.
11. The fact that polis tak jumpa dadah pada badan 5 orang atau di tempat lain selain 2 tempat tu, maka kemungkinan 5 orang yang simpan tak boleh diketepikan.
12. Keterangan tuan rumah SP4, tidak jelas berapa orang diberi tinggal
13. Menurut SP4, tempat lepak kawan2 OKT, dia tak strict, ada selain kawan OKT juga tinggal situ, tak ada rekod sapa tinggal, beri tinggal atas dasar percaya sebab tengok OKT baik tak beri gangguan, yang lain Muk, motor dan lain yang tak tahu nama, beritahu ada juga masanya OKT tumpang saja iaitu tak menetap di situ, sahkan ada masanya OKT kadang2 OKT tak tidur di situ
28. SP7- bila naik rumah dapati 5 lelaki ada di atas, hanya setakat duduk
29. SP7- mangga pintu tak berkunci
30. Ada tempoh masa beberapa minit antara ketuk dan pecah pintu
31. SP7 tiada rampasan kunci
32. Tak ada pengesanan cap jari dibuat
33. Tiada keterangan sokongan seperti perjumpaan barangan peribadi OKT ataupun cap jari yang boleh mengaitkan OKT dengan barang kes dadah secara terus.
HUJAH
1. Keterangan yang wujud tidak dapat menunjukkan OKT ada pemilikan sebenar terhadap barang kes dadah.
2. Wujud keraguan yang besar siapakah yang sebenarnya memiliki dadah dengan wujudnya 5 orang lagi di dalam rumah.
3. Pemilikan jika dibuktikan sekalipun tidak eksklusif kepada OKT sahaja, bahkan barang kes dadah lebih hampir kepada 5 tangkapan lain, pendakwaan juga gagal untuk exclude possibility of access orang lain selain OKT. [jika 2 lagi tak dapat dikesan that’s it, kalau dipanggil sekalipun tunjukkan rumah bebas keluar masuk dan tiada kawalan OKT, lainlah dadah jumpa dalan tempat yang berkunci dan OKT sahaja ada kunci]
4. Inferens bahawa kemungkinan dadah adalah dibawa dan disembunyikan oleh salah seorang daripada 5 tangkapan lain tidak dapat diketepikan. Keterangan adanya gap antara saat SP7 mengetuk pintu dan mengarahkan dipecahkan selama beberapa minit menguatkan telahan ini. Apatah lagi menurut SP7 kesemua 6 tangkapan positif ujian saringan dadah. SP5 juga dalam keterangan beliau mengakui pergi ke rumah itu untuk menghisap ganja.
5. Tiada apa-apa yang boleh mengaitkan OKT dengan barang kes dadah seperti adanya dokumen peribadi OKT di dalam bekas, bahkan tiada apa-apa barang peribadi OKT dirampas dari dalam rumah.
6. Rumah itu juga adalah bebas aksesnya dimana keterangan bahawa saksi2 tidak memaklumkan mahupun meminta kebenaran dari OKT untuk masuk. Juga menunjukkan OKT tiada kawalan ke atas rumah. Serta ketiadaan keterangan mengenai kunci yang wujud yakni boleh simpulkan OKT ada kawalan.
AUTORITI
• Beban pendakwaan untuk ‘exclude the possibility of access by others to the place where the drugs are found’ dan kesan kegagalan - kes Saludin bin Surif v. PP [1997] 3 MLJ 317,
• Hujah- tiada pemilikan eksklusif OKT dan tugas untuk menghindarkan ‘possibility of access by others’ - kes Abdullah Zawawi bin Yusoff v. PP [1993] 3 MLJ 1.
• Kes – Tan Ewe Huat v. PP [2004] 1 CLJ 521.
• Kes – Choo Yoke Choy v. PP [1992] 2 MLJ 632.
2. TIADA KETERANGAN MENCUKUPI UNTUK PENGETAHUAN
1. Daripada keterangan, OKT semasa ditangkap di luar, beliau dikatakan cuba bergelut, namun SP7 dan SP8 akui bahawa tangkapan dibuat dengan cara dari arah belakang. Jadi reaksi OKT adalah normal apatah lagio pihak polis dalam jumlah yang ramai dan berpakaian preman.
2. Selain daripada keterangan mengenai pergelutan ini, tidak ada apa-apa lagi keterangan yang menunjukkan tindak tanduk yang negative, bahkan OKT memberikan kerjasama kepada pihak polis.
3. Manner of packaging juga tidak boleh dikatakan OKT ada pengetahuan kerana bertutup dan tidak transparent; Beg sunsilk berzip penuh, tidak transparent, ketulan di dalamnya berbungkus kemas
4. Pemanas air tidak transparent juga bertutup rapat
5. Tiada keterangan barang ada kaitan dengan dadah seperti penimbang, parang, sealant dsb dirampas
6. Tak ada keterangan torehan atau bau dadah
HUJAH
• Keterangan tidak dapat menunjukkan OKT ada pengetahuan samada secara keterangan terus atau by way of inferens.
• Yang tinggal hanyalah keterangan seksyen 27 akta keterangan yang jika diterima mahkamah, barulah ada keterangan yang OKT tahu wujudnya dadah tetapi masih tidak mencukupi untuk mencapai maksud pemilikan jika tiada keterangan yang lain.
3. KETERANGAN MENGENAI MAKLUMAT OKT
Walaupun mahkamah telah menandakan sebagai ekshibit P, dari segi weightnya mahkamah perlu nilai di akhir kes pendakwaan.
Prejudicial value outweighs probative value sebab ini sahaja keterangan untuk connect OKT dengan dadah di rumah; OKT tak dalam milikan fizikal, tak ada eksklusiviti, tak ada rampasan barang peribadi, tak ada over act dll
Hujahkan tidak cukup syarat Seksyen 27 Akta Keterangan- kerana tak perlu OKT ambil dan tunjuk sebab senang dijumpai malah ada yang visible pun (alat pemanas air atas almari)
Soalan berbentuk interrogation
Bilik SP7 anggar ¼ mahkamah saja
SP7 setuju barang kes senang untuk dijumpai tanpa sesiapa ambil dan serah malahan bekas air adalah visible
Tak ada kesan torehan
P23- tak dinyatakan OKT ingin beri maklumat, tanpa soalan takkan keluar maklumat dari OKT, maklumat tak spesifik tak nyatakan dadah bibahagian mana rumah, tak menyatakan berapa banyak dadah, setuju terjumlah kepada interrogation
Pegawai penyiasat juga setuju rutin siasatan polis untuk ke rumah OKT untuk follow up
HUJAH
Weight keterangan P23 ini adalah sangat lemah dan merupakan satu2nya keterangan yang mengaitkan OKT dengan barang kes dadah. Jelas valuenya adalah sangat prejudicial kepada OKT berbanding nilai probative dan wajar diketepikan oleh mahkamah.
Kes Krishna Rao Gurumurthi v PP [2009] 2 CLJ 603
4. ANGGAPAN DI BAWAH SEKSYEN 37(B) ADB
Hujahkan bahawa; OKT tiada care and management terhadap rumah
Keterangan yang wujud;
Bayar air dan api RM100 sekadar membantu yang tak cukup
Menurut SP4, bil dibayar bila mereka tinggal di situ tak ada tujuan sewa sebab tak sesuai disewa macam stor
Tak rampas dokumen sewa seperti agreement/resit
Rampasan bil2 air dan api tak dibuat
Tak ada barang peribadi OKT dirampas
Tak ada apa2 yang boleh dikaitkan dengan OKT seperti gambar OKT dirampas
HUJAH
Untuk menggunapakai anggapan di bawah Seksyen 37(b) DDA, perlulah ada lebih darimere presence di dalam bilik. Perlulah ada rampasan atau menemuan barangan peribadi ataupun dokumen2 berkaitan seperti bil2, agreement dsb yang boleh mengaitkan dengan OKT.
Dalam kes ini, adalah lebih teruk kerana OKT tidak ditangkap di dalam rumah dan keterangan saksi tuan rumah menyatakan ramai yang menghuni di situ.
Hujahkan anggapan ini tidak terpakai
4. PERCANGGAHAN KETERANGAN SAKSI PENDAKWAAN
SP4 kata OKT bergari dan minta pakaian sedangkan SP7 kata tak benarkan OKT tukar pakaian
Tak lojik tak nampak sebab bilik sempit dan satu ruangan tak ada halangan pemandangan seperti partition atau perabot
Keterangan SP5 polis yang kumpul barang bukti dan OKT bergari tidak buat apa-apa ketika itu
SP5- ada yang tumpang tidur situ sementara selepas buat kerja
SP6 kata dia dan Zamri sedang hisap ganja semasa serbuan dan yang lain2 tak sempat sedangkan SP4 kata semua 5 orang tak buat apa-apa hanya tengok tv
SP6- tak pasti ganja siapa yang bawa, naik2 dah ada, dah ada 3 orang di situ
SP6 kata lihat OKT dalam keadaan bergari dibelakang sedangkan SP7 kata OKT bergari bahagian depan
SP6 kata polis buat pemeriksaan dulu
SP7- keenam-enam tangkapan positif ganja dalam ujian saringan awal
SP7 kata 5 lelaki menyaksikan keseluruhan penggeledahan polis tapi SP4 dan SP6 kata tak lihat
HUJAH
• Tak kesahla tempat tu port hisap ganja ke, dari segi fakta adakah OKT yang memiliki dadah yang dijumpai dan ada pengetahuan atas kewujudannya?
• Kalau salah seorang dari 3 lagi tak dipanggil; tak dapat eliminate kemungkinan dadah milikan 3 lagi atau salah seorang dari mereka dan 114(g) boleh invoked
• Percanggahan yang wujud menimbulkan keraguan ke atas kredibiliti saksi pendakwaan
• Kes Chean Siong Guat v PP [1969] 2 MLJ 63
• Pertuduhan di bawah Seksyen 6 ADB uncontested
PENUTUP
1. Berpandukan kepada totaliti keterangan pendakwaan, dengan rendah diri kami berhujah pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes di bawah Seksyen 39 B ADB 1952 pada peringkat prima facie lagi. Kedua-dua cara pembuktian samada melalui anggapan Seksyen 37(da) Akta ataupun melalui Seksyen 2 Akta tidak berjaya dibuktikan.
2. Adalah menjadi tanggungjawab pendakwaan untuk membuktikan tiap-tiap intipati pertuduhan dan bukanlah tugas pembelaan untuk mengisi apa-apa ’gap’ yang timbul. Rujuk kes PP v. Saimin & Ors. [1971] 2 MLJ 16.
1) Pohon OKT dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan yang dikemukakan tanpa dipanggil membela diri.
Sekian, terima kasih,
Salam Ariff,
ReplyDeleteBaru terjumpa blog kau ni. Seronok juga baca cerita seharian kau menguruskan kes jenayah. Satu cabang amalan guaman yang aku pernah berangan dulu tapi tidak kesampaian kerana tidak diterima sebagai pupil di Karpal Singh & Co.
Salam Along,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi menjenguk. Blog ini pun masih di peringkat bayi (baru 2 bulan lebih) dan amat mengharapkan komen2 daripada blogger otai macam kau. Harapan aku semoga untaian kisah arena kejenayahan aku ini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kebaikan bersama. Its suppose to be a 2 way traffic. Btw, mungkin angan kau dulu tak kesampaian kerana Allah nak beri sesuatu yang lebih baik..look where are you now my friend..all the best!
diharapkan dapat post lebih banyak lagi tentang skill2, belok-cekok, belok-belekung, jurus-menjirus,helah-berhemah dan segala macam mak dato nenek yang berkaotan dengan criminal advocacy. ambo budok junior keno ngaji banyok lagi. timo kasih banyok abe wei
ReplyDeleteSaudara anonymous,
ReplyDeleteInsyaallah setakat ilmu yang ada pada kawe akan kawe cuba berkongsi. BTW adalah lebih comey kalau demo menggunakan nama sebenar demo.
salam imam sahabatku
ReplyDeleteselamat menyambut hari raya aidilfitri imam, mohon maaaf atas segala salah dan silap masa lalu, for all the years that i ve known you. berhati2 memandu balik klate.
Salam sahabat baikku Doremon,
ReplyDeleteSelamat menyambut lebaran juga kepada saudara. Maafkan kesilapan saya juga selama ini zahir dan batin. Terima kasih atas doa keselamatan itu.
Salam. saya bpendapat blog ini amat berguna kepada pembaca.tambah menambahkan cabang pengetahuan dari segi undang-undang. Dengan harapan penulis blog ini dapat sentiasa berkarya.tq
ReplyDeleteSalam anonymous,
ReplyDeleteMaaf kelewatan menjawa dek kesibukan duniawi. Insyaallah diberi kekuatan dan ilham saya akan terus berkarya dan berkongsi ilmu sekadar termampu.
Salam...mcmane saya nak hubungi encik utk dapatkan khidmat nasihat berkaitan kes S.39B..Tolong reply secepat mungkin...Terima kasih...
ReplyDeleteSalam Anonymous, boleh hubungi saya di ofis 80684707 atau email imazaffira@gmail.com
ReplyDelete