Loyarberjurus

hanya untuk yang berjurus sahaja

Tuesday, March 30, 2010

HUJAHAN KES SEKSYEN 27 AKTA POLIS (KES BERSIH)




PENGHUJAHAN PEMBELAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN

(UNTUK OKT 1, 4 HINGGA 10)

Dengan izin Puan Hakim,

PEMBUKAAN

1) Kesemua OKT dalam kes ini telah didakwa di bawah Seksyen 27 (5) (a) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27 (8) Akta yang sama kerana dikatakan telah mengambil bahagian dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang pada 11 Disember 2007 jam lebih kurang 11.00 pagi di jalan susur keluar Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen.

2) Pada penutup kes pendakwaan, Mahkamah yang mulia ini perlu menimbangkan dengan menggunakan ujian “maximum evaluation” samada satu kes “prima facie” terhadap OKT-OKT telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan.

3) Langkah-langkah yang perlu diambil oleh Mahkamah di akhir kes pendakwaan telah diperincikan dalam kes Balachandran v. P.P [2005] 1 CLJ 85 (m/s 87) [TAG 1].

IZIN (CONSENT) DARI PIHAK PEGUAM NEGARA

1) Di dalam kes ini, Izin Pendakwaan telah ditandatangani/diberikan pada 17/1/2008 oleh Timbalan Pendakwa Raya, sepertimana keperluan mandatori Seksyen 27C(1) Akta Polis 1967 (Akta 344) :-

2) “Public Prosecutor” tentunya merujuk kepada Peguam Negara yang bertindak sebagai Pendakwa Raya berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepadanya di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

3) Adalah dihujahkan bahawa bidang kuasa ini tidak boleh diwakilkan kepada Timbalan Pendakwa Raya seperti dalam kes ini. Ia merupakan peruntukan mandatori bahawa izin bertulis hendaklah diberikan oleh Pendakwa Raya sahaja dan bukannya orang lain.

4) Dalam kes Abdul Hamid v PP [1956] MLJ 231 [TAG 2], diputuskan seperti berikut; “consent to prosecute is an act of reason, accompanied with deliberation, the mind weighing, as in balance, the good and evil on each side”.

5) Di dalam kes kita, pihak Pendakwa Raya tidak “exercise his mind” langsung kerana izin dikeluarkan oleh Timbalannya. Bagaimana boleh proses seperti yang diperincikan di dalam kes Abdul Hamid dilakukan dengan mewakilkannya kepada Timbalan beliau? Ini adalah perlanggaran serius ke atas peruntukan mandatori di bawah Seksyen 27C (1), yang mana ia membawa kepada asas pertuduhan dan menjadi “fatal” kepada kes pendakwaan. Mahkamah mestilah membezakan antara “consent” dan “sanction”. Jelas dalam Seksyen 27C(1) bahawa “consent” dari Pendakwa Raya adalah mandatori dan ini tidak dilakukan dalam kes ini.

6) Hujahkan sekalipun di dalam kes Abdul Hamid di atas menyatakan; “In my opinion the very general words “rights and powers” appearing in section 376(iii) of the Criminal Procedure Code (F.M.S. Cap. 6) are sufficient to permit a Deputy Public Prosecutor to consent to a prosecution under the Ordinance”, namun peruntukan di dalam Akta Polis adalah spesifik dan peruntukan umum di bawah CPC tidak boleh “override” peruntukan khas ini. Tambahan pula, peruntukan Seksyen 376 (iii) CPC jelas tidak terpakai bagi “rights and powers which are to be exercised by the PP personally”.

7) Rujuk kes Goh Keat Peng v. PP [2001] 2 CLJ [TAG 3]

8) Rujuk kes Sukumaran S/o Sundram v. Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia &Anor & 6 Other Cases [1995] 3 CLJ 129 [TAG 4]

9) Dengan kata lain, tindakan Timbalan Pendakwa Raya menandatangani consent bagi pihak Pendakwa Raya ada satu proses mekanikal semata-mata dan tidak menepati keperluan dalam mengeluarkan “consent” itu.

10) Dalam kes Ng Kook Kin v. PP [1995] 3 CLJ 905 [TAG 5], mahkamah mentakrifkan penggunaan perkataan "shall" dalam statut sebagai sesuatu yang mandatori dan “compulsory”

11) Dalam kes Ng Hong Choon v. Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Anor [1994] 3 MLJ 285 [TAG 6], mahkamah antara lain memutuskan

12) Dalam kes PP v. Lee Chwee Kiok [1979] 1 MLJ 45 [TAG 7], mahkamah memutuskan bahawa “the trial was a nullity as the Public Prosecutor had not given his consent on the amended charge".

13) Tambahan pula, “consent” yang diberikan juga adalah terlalu umum dan tidak spesifik kepada kesalahan mana di bawah Seksyen 27(5) serta bersifat kabur (ambiguous) kerana meletakkan kesalahan yang tidak wujud di dalam undang-undang (mengambil bahagian dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang). Ini akan dihujahkan lebih lanjut di bawah topik “pertuduhan yang cacat”.

PERTUDUHAN YANG DIKEMUKAKAN ADALAH CACAT (DEFECTIVE)

1) Pertuduhan yang dikemukakan adalah seperti berikut;

“Bahawa kamu bersama-sama pada 11 Disember 2007 jam lebih kurang 11.00 pagi di jalan susur keluar Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di dalam Daerah Sentul, Wilayah Persekutuan Bandaraya Kuala Lumpur, telah mengambil bahagian dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 (Akta 334) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) Akta yang sama.”

2) Pertamanya, pertuduhan yang dikemukakan adalah “defective” atas alasan ia tidak mematuhi keperluan Seksyen 152 CPC. Pertuduhan telah gagal untuk menyatakan dengan jelas dan secara spesifik kesalahan yang mana satu yang diperuntukkan di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis, yang mana OKT-OKT telah dipertuduhkan.

3) Ada sebanyak 15 kesalahan berbeza (distinct) yang dinyatakan di dalam Seksyen 27 (5) sahaja, sedangkan pertuduhan yang dikemukakan hanya menyatakan secara umum sahaja tanpa merujuk mana-mana satu daripada 15 jenis kesalahan ini.

4) Hujahkan kesemua 15 jenis melibatkan “actus reus” atau “circumstances” yang berbeza antara satu sama lain. Ini dikukuhkan lagi dengan wujudnya peruntukan yang berbeza berkaitan pembelaan (defence) iaitu di bawah Seksyen 27(5A), 27(5B) dan 27(5C) yang merujuk khusus kepada kesalahan-kesalahan yang spesifik di bawah Seksyen 27(5). Oleh itu adalah menjadi keperluan untuk menyatakan secara spesifik di dalam pertuduhan, kesalahan yang mana satu yang dimaksudkan kerana ia membawa kesan berlainan dan pembelaan juga yang berlainan.

5) Jelas, wujud prejudis kepada OKT di sini kerana tanpa mengetahui kesalahan yang mana satu mereka dituduh, mereka tidak dapat menyediakan pembelaan kerana mereka tidak tahu samada peruntukan Seksyen 27(5A), 27(5B) dan 27 (5C) terpakai ke atas mereka. Setiap satu daripada 15 kesalahan itu juga melibatkan pembuktian dan elemen yang berbeza. Rujuk kes Goh Keat Peng v PP [2001] 2 CLJ 498 [TAG 3].

6) Berbeza dengan kes PP v Cheah Beng Poh [1984] 2 MLJ 225 [TAG 8], ada disebutkan secara spesifik tiada lesen “issued under” Section 27(2), yang menyebabkan boleh dituduh di bawah Seksyen 27(5). Kes kita pula hanya dinyatakan secara umum; “mengambil bahagian dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan dengan itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 27(5)(a)”.

7) Selanjutnya, pertuduhan kes kita bukan saja tidak spesifik hingga memprejudiskan OKT dalam menyediakan pembelaan, tetapi juga merujuk kepada kesalahan yang tidak wujud di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis (unkown in law). Dari manakah pihak pendakwaan memperolehi kesalahan “mengambil bahagian dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang” ini? Pertuduhan juga tidak menyebut perlanggaran terhadap keperluan Seksyen 27(2) itu seperti dalam kes Cheah Beng Poh tadi.

8) Ini sekaligus bermakna pihak pendakwaan telah gagal untuk seberapa boleh untuk “adhere” kepada “wording” yang dinyatakan di dalam statut sebaliknya memasukkan kesalahan lain yang tiada dalam statut. Rujuk kes PP v Margarita Cruz [1988] 1 MLJ 539 [TAG 11].

9) Rujuk kes pula PP v Ismail bin Ishak [1976] 1 MLJ 183 [TAG 10], pertuduhan adalah tidak “defective” kerana menyatakan dengan jelas mengambil bahagian dalam perhimpunan yang mana tiada lesen dikemukakan, walaupun Seksyen 27(2) tidak disebut. Dalam kes kita terlalu umum dan tidak spesifik kepada mana-mana 15 kesalahan dengan penggunaan perkataan perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

10) Keduanya, pertuduhan yang dikemukakan itu bersifat kabur dan meragukan kerana kesalahan “mengambil bahagian di dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang” itu juga bukanlah satu kesalahan di bawah Seksyen 27(5)(a). Sebaliknya seolah-olah ia seperti satu kesalahan di bawah Seksyen 27(5)(b) pula yang ada memperuntukkan kesalahan “mengambil bahagian” di dalam satu perhimpunan. Seksyen 27(5)(a) adalah untuk perhimpunan, perjumpaan atau perarakan dan bukannya “mengambil bahagian” yang merupakan satu “distinct offence” yang lain.

11) Ketiganya, adakah pihak pendakwaan mengandaikan bahawa kesalahan “mengambil bahagian di dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang” itu adalah terjumlah kepada kesalahan mengingkari perintah Seksyen 98 CPC (ID3)? Jika itulah maksud pendakwaan, maka dihujahkan wujud 2 kesalahan yang berbeza pula dalam satu pertuduhan iaitu; kesalahan mengingkari perintah Seksyen 98 dan kesalahan berhimpun tanpa permit (Seksyen 27 (5) (a)).

12) Hujahkan “approach” ini adalah sangat memprejudiskan pembelaan yang mana seolah-olah pendakwaan “having two bites of the cherry”. Tambahan pula Seksyen 188 Kanun Keseksaan memperuntukkan secara spesifik kesalahan mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam yang mana terpakai untuk kesalahan mengingkari perintah Seksyen 98 tersebut. Yang mana satu pilihan pendakwaan? Nampaknya pendakwaan telah “blow hot and cold di sini”.

13) Perlu diingat bahawa pendakwaanlah yang beria-ria ingin memasukkan perintah Seksyen 98 bagi menunjukkan mens rea walaupun dibantah oleh pembelaan kerana tidak relevan dengan pertuduhan. Ini bermakna pendakwaan ingin membuktikan pertuduhan berasaskan perlanggaran Seksyen 98 iaitu satu kesalahan di bawah Seksyen 188 KK pula. Isu ini akan dihujahkan dengan terperinci di bawah topik pembuktian elemen pertuduhan.

14) Alternatifnya, jika mahkamah berpendapat kesalahan “mengambil bahagian dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang” itu masih lagi satu kesalahan yang wujud; maka dihujahkan ini terjumlah kepada “duplicity” pula di dalam pertuduhan yang dikemukakan dan akibatnya adalah “fatal” serta satu “illegality” kepada kes pendakwaan kerana memprejudiskan OKT di dalam menyediakan pembelaan kerana wujudnya pembelaan berbeza kepada setiap kesalahan (rujuk Seksyen 27(5A), 27(5B) dan 27(5C) Akta Polis). Rujuk kes Jagar Singh v PP [1936] MLJ 32 [TAG 12];

15) Keadaan mungkin berbeza jika OKT-OKT juga dituduh di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan atau mungkin Seksyen 143 Kanun Keseksaan sebagai satu pertuduhan alternative (pilihan). Dalam keadaan ini, mungkin tidak timbul prejudis kerana jelas 2 kesalahan berbeza diletakkan di bawah dua pertuduhan yang berasingan walaupun sebagai pertuduhan alternatif.

16) Rujuk kes C Mohammad v PP [1974] 1 MLJ 25 [TAG 9].

17) Hujahkan keadaan yang sama berlaku juga kepada “consent” yang telah dikemukakan. Sekiranya mahkamah menerima sekalipun “consent” tersebut; “consent” itu masih juga bersifat kabur, mengandungi 2 kesalahan serta tidak spesifik kepada kesalahan yang mana satu di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis. Dalam keadaan begini, adalah jelas wujudnya prejudis kepada pihak OKT dan satu kegagalan keadilan (miscarriage of justice).

PEMBUKTIAN ELEMEN PERTUDUHAN

1) Hujahan mengenai pembuktian elemen pertuduhan hanya menjadi relevan sekiranya mahkamah berpuashati bahawa “consent” dan/atau pertuduhan adalah teratur. Namun demikian adalah dihujahkan bahawa pembuktian elemen pertuduhan hendaklah dilihat dari konteks perlanggaran Seksyen 27 (5) (a) iaitu perhimpunan (assembly), perjumpaan (meeting) atau perarakan (procession) yang berlaku tanpa sebarang lesen dikeluarkan.

2) Elemen pertuduhan di bawah Seksyen 27(5) adalah seperti berikut seperti yang dinyatakan dalam kes PP v Ismail bin Ishak [1976] 1 MLJ 183 [TAG 10];

(i) “that there was an assembly on date and time in question;

(ii) that no license was issued to hold the assembly; and

(iii) that the 60 accused persons did take part in the assembly.”

3) Dalam membuktikan elemen pertama, mahkamah perlu melihat samada wujudnya perbuatan berhimpun yang makna dictionarynya “the coming together of two persons or things”. Begitu juga adakah adanya perjumpaan atau perarakan yang wujud? Rujuk kes Datuk Yong Teck Lee v PP [1992] 2 CLJ (Rep) 326 [TAG 13].

4) Persoalannya, adakah wujud perhimpunan yang didakwa? (bearing in mind bahawa pendakwaan memilih kesalahan “mengambil bahagian”) Daripada keterangan adalah jelas keadaan tempat perhimpunan didakwa berlaku adalah tenang, terkawal, bercampurnya orang yang dituduh dengan orang-orang yang tidak dituduh (termasuk polis dan jurugambar) dan orang di dalam kumpulan juga adalah tidak statik (berpecah-pecah). Rujukan boleh dibuat kepada gambar dan juga rakaman video.

5) Mereka tidak dalam kedudukan yang sama dan tidak juga membuat aksi atau perbuatan yang menunjukkan kesatuan mereka sebagai satu kumpulan yang berhimpun. Jika diteliti rakaman video dan gambar; tiada apa-apa yang menunjukkan mereka berada di situ sebagai satu kumpulan. Keadaan mereka berpecah-pecah, berubah-ubah, sekejap ada sekejap tiada dan wujud pergerakan keluar masuk oleh pihak-pihak lain juga. Tiada apa-apa indikasi langsung yang mereka itu berkumpul sebagai satu kumpulan. Contohnya ada memakai pakaian yang sama, mengedar risalah yang sama, menjeritkan slogan yang sama atau membuat “human chain” dan sebagainya. Rujuk gambar.

6) Tambahan pula tiada apa-apa tindakan atau aksi (conduct) yang menunjukkan tujuan mereka untuk melakukan apa-apa secara bersama-sama seperti dalam pertuduhan, contohnya memberi ucapan dengan “loud hailer”, mengedarkan risalah, menjeritkan slogan atau mengibarkan sepanduk. Sebaliknya, mereka dilihat dalam keadaan kasual, tersenyum, bersms, bersembang dan kelihatan dalam keadaan menunggu sesuatu. Rujuk gambar.

7) Ini diperjelaskan sendiri oleh saksi pendakwaan di mana SP3 sendiri tidak nampak apa-apa perhimpunan berlaku di perkarangan Parlimen selaku komanden. Manakala SP2 pula mengatakan keadaan tenang sebelum wartawan mengerumuni orang-orang di situ. Di dalam gambar, ada juga orang lain yang tidak dituduh turut berada di lokasi yang sama.

8) Jadi, apakah yang menyebabkan berlakunya keadaan kelam-kabut? (walaupun gagal dirakam). Sudah tentu bukan timbul daripada OKT-OKT kerana apa yang berjaya dirakam menunjukkan mereka tenang sahaja dan dalam keadaan biasa. SP5 malah akui nampak ramai pemberita menghala ke kumpulan dan ada yang pakai baju dan cap kuning. Kenapa SP5 tidak menahan mereka sebelum dikerumuni oleh pemberita? Bukankah SP5 kata ada yang memakai baju dan topi Bersih? Kenapa pula tiada rampasan dibuat ke atas baju dan topi ini? Adakah semuanya memakai pakaian melambangkan Bersih (assuming itu adalah satu kesalahan)? Kesemua persoalan ini gagal dijelaskan oleh keterangan pendakwaan.

9) Pendakwaan memilih kesalahan “mengambil bahagian” (taking part) dan ia memerlukan “more active part than mere presence”. Rujuk kes PP v Ismail bin Ishak [1976] 1 MLJ 183 [TAG 10]; held 3. Contoh yang diberikan dalam kes ini seperti membawa “banner”, mengedar pamphlet, pengunaan “loud hailer” atau menjerit menyokong perhimpunan. Hendaklah juga dibezakan dengan pertuduhan “found in an assembly” di bawah Seksyen 143 KK.

10) Perhimpunan juga hendaklah “organized one” dan bukannya “spontaneous”. Rujuk kes PP v Liew Ah Kim [1986] 1 MLJ 419 [TAG 14]. Rujuk “circumstances” yang wujud dalam kes ini.

11) Rujuk kes yang agak “recent” Sahul Haid MPH Seeni Md v PP (Rayuan Jenayah no: 41-61-2009); “circumstances” yang ada adalah memainkan peranan aktif, ada orang berkumpul memegang sepanduk, perhimpunan tidak berlaku secara spontan sebaliknya telah diumumkan lebih awal, OKT memberikan ucapan dengan “loud hailer”. Sangat berbeza dengan kes kita.

12) Sekiranya wujud sekalipun perhimpunan atas keterangan yang sangat lemah ini, adakah kumpulan OKT-OKT ini berhimpun di kawasan bucu jalan itu untuk tujuan mengadakan perhimpunan yang tidak diberikan lesen itu (elemen kedua)? Memang benar saksi SP3 mengatakan tiada permohonan untuk berhimpun pada 11/12/2007. SP3 juga dengan tergesa-gesa membuat permohonan perintah ID3 secara ex-parte untuk menghalang perhimpunan itu.

13) Nama responden dalam perintah itu adalah nama orang lain dan bukan nama mana-mana OKT. Pendakwaan mengatakan semua OKT adalah termasuk di bawah kategori defendan ke-5 iaitu ‘mana-mana orang yang berkenaan’. Hujah ini harus ditolak oleh mahkamah kerana ia memprejudiskan OKT dan terlalu umum sifatnya. Jika ingin diterima sekalipun, prosedur telah tidak dipatuhi oleh pihak polis di mana mereka tidak pernah menyerahkan perintah itu kepada mana-mana OKT dan tiada keterangan sama ada OKT telah mengetahui tentang kewujudan dan kandungan perintah itu. SP2 juga mengakui tiada kelihatan perintah itu ditampal di tiang papan tanda tempat OKT ditangkap. Orang yang membuat penampalan (jika ada) tidak dipanggil memberi keterangan.

14) Persoalannya juga, adakah ada permohonan dibuat untuk berhimpun? Siapakah yang ingin menganjurkan perhimpunan yang tidak diberi lesen ini? Jika dirujuk ID3, jelas sasaran pihak polis adalah spesifik ke atas 4 penama lain yang bukan OKT. Apakah kaitan mereka ini dengan OKT? Untuk mengaitkan OKT-OKT dengan kategori “mana-mana orang berkenaan/penyokong Bersih” juga adalah “far-fetched” dalam keadaan tiada keterangan kaitan OKT-OKT dengan Bersih dan tiadanya sebarang rampasan yang boleh mengaitkan OKT-OKT dengan Bersih.

15) Jika “bare statement” oleh SP5 bahawa ada OKT yang pakai kemeja T kuning dan cap kuning tercatit Bersih diterima sekalipun; OKT mana yang memakainya? Adakah OKT yang tidak memakainya boleh pula dikaitkan? Jika ekshibit ini ada kenapa tidak dirampas pula? Hujahkan keterangan pendakwaan adalah bergantung kepada “assumption” dan “conjecture” semata-mata tanpa “cold hard evidence”.

16) Pendakwaan berusaha keras untuk memasukkan ID3 untuk menunjukkan mens rea. Persoalannya mens rea siapa apabila ID3 sendiri ditujukan kepada pihak lain? Adakah boleh mahkamah membuat satu “finding of fact” bahawa OKT-OKT berada di bucu jalan itu tidak lain dan tidak bukan hanya kerana niat mereka untuk membuat kekacauan dan perhimpunan haram seperti yang dilarang di dalam ID3? Tanpa keterangan mengenai niat walau ada actus reus berhimpun sekalipun, pertuduhan mesti juga gagal dibuktikan pada tahap prima facie.

17) Rujuk kes Siva Segara v PP [1984] 2 MLJ 212 [TAG 16]. “Knowledge” atau “intention” adalah satu keperluan (page 7) dan ada beberapa faktor untuk membuat inferens wujud “knowledge” atau tidak. Contohnya dalam kes Siva ini; “composition of the assembly, the manner in which they assembled their conduct prior to and during assembly and the purpose for which they had assembled”.

18) Dalam kes kita keterangan hanya menunjukkan actus reus berkumpul (assuming mahkamah terima), sedangkan “knowledge” tidak dibuktikan. Komposisi kumpulan adalah bercampur-campur dan tak statik, “manners assemble” tenang saja, tiada perbuatan apa-apa semasa “assembly” yang dibuat, “purpose” pun tak jelas serta tiada apa-apa ekshibit sokongan.

19) Selanjutnya, tiada keterangan sokongan samada gambar atau video yang menunjukkan saat paling “crucial” iaitu saat ASP Ghulam (SP5) membacakan perintah dan rentetan yang membawa kepada penangkapan OKT-OKT yang didakwa enggan bersurai. Walhal, masa bersurai selama 5 ke 10 minit diberikan dan adanya 2 orang jurufoto yang standby” sepanjang masa operasi yang bersedia merakam apa saja tanpa arahan pihak atasan (inisiatif sendiri).

20) Keterangan SP2 contohnya, beliau berada di situ dari 7.45 pagi hingga 4 petang tetapi hanya rakam 4 minit sahaja aksi. Beliau bukan sahaja tidak merakam aksi ASP Ghulam, malah dalam keterangan mengatakan tak pasti ASP Ghulam buat apa serta tak pasti lihat atau tidak proses suraian dan tangkapan. Jika saksi yang “standby” untuk merakam kejadian pun tidak pasti dan tidak merakam apa-apa; apakah lagi yang tinggal untuk pendakwaan?

21) SP10 juga gagal merakam apa-apa aksi penting ini. Alasan beliau adalah tidak sempat (m/s 123 para 5 ke 10). Adakah masa 5 ke 10 minit yang diberikan oleh SP5 untuk OKT-OKT bersurai tidak sempat untuk dirakam? Kelompangan ini lebih ketara apabila gambar P8 (8) dan P8 (9) diteliti. Menurut SP10, minit yang tertera pada gambar adalah mengikut “sequel”, di mana gambar 8 adalah gambar terakhir dalam suasana tenang dan gambar 9 adalah gambar pertama di dalam black maria.

22) Merujuk m/s 122 para 20 ke 25, SP10 akui beliau tidak potong mana-mana “scene” dan beza gambar 8 dan 9 adalah 58 saat. Jadi, bila pula ASP Gulam telah membuat tangkapan, memberi arahan bersurai 5 ke 10 minit dan sebagainya. Adalah tersangat jelas di sini bahawa keterangan gambar tidak akan berbohong dan disahkan oleh SP10 selaku perakam sendiri. Justru, hanya satu konklusi sahaja yang boleh secara munsabahnya berlaku di sini; keterangan ASP Gulam adalah tidak benar ataupun “scene” yang menunjukkan “manner” tangkapan dibuat telahpun dibuang. “There’s no two ways about it”.

23) Dalam ketiadaan keterangan yang menunjukkan “prior conduct” OKT-OKT untuk berhimpun, berbuat apa-apa kekacauan atau “to convene” apa-apa perhimpunan; maka keterangan mengenai proses tangkapan ini menjadi sangat “crucial”. Malangnya, selain keterangan lisan ASP Ghulam, tiada keterangan lain yang dapat menyokong keterangan beliau. Walaupun keterangan “corroboration” bukan satu keperluan di sini, mahkamah perlulah meneliti keterangan ASP Ghulam ini secara menyeluruh dengan dibandingkan keterangan saksi-saksi lain. Apatah lagi laporan polis P7 oleh SP5 sendiri pun tidak dimasukkan fakta “crucial” mengenai insiden penyuraian dan tangkapan ini.

24) Keterangan SP5 adalah beliau ada hampiri dan baca perintah. Adakah semua mereka dengar apa yang dibacakan dalam keadaan pemberita yang ramai itu? Kenapa perintah tidak diberikan kepada semua mereka dalam keadaan tiada keterangan pun yang perintah ada ditampal di mana-mana? Bagaimana mereka hendak tahu yang wujudnya perintah itu (assuming kawasan itu diliputi oleh perintah).

25) Keterangan tidak menunjukkan mereka ada “prior knowledge” tentang larangan mahupun kawasan yang diliputi. Adakah amaran dan tempoh 5 ke 10 minit dalam keadaan kelam-kabut (serta tidak dirakam ini) adalah mencukupi untuk membuat tangkapan atas alasan enggan bersurai pula? Adakah “suffiecient notice” diberikan dalam keadaan mereka yang berada di situ dibiarkan berada di situ oleh pihak polis sendiri tanpa sebarang halangan sebelumnya?

26) Kenapa pula seorang perempuan yang menjerit “police state” tidak ditahan walhal beliau seorang sahaja yang nampaknya ada berbuat sesuatu atau sekurang-kurangnya cuba menghalang pihak polis, satu kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan? Tiada juga apa-apa keterangan menunjukkan bagaimana OKT-OKT “resist arrest” atau enggan bersurai. Apa yang mereka buat untuk tunjukkan mereka enggan bersurai? SP5 malah akui tiada masalah langsung untuk tangkap dan angkut OKT-OKT ke dalam black maria. SP5 juga akui tiada sebarang memo dijumpai, tiada penggunaan “loud speaker”, sepanduk atau pamphlet diedarkan.

27) Mengapakah 2 jurugambar yang siap sedia standby gagal merakam apa-apa walau sesaat aksi tangkapan dan penyuraian ini? Mengapakah gambar dan video yang dikemukakan adalah seperti melompat “scenenya” yakni daripada saat berkumpul yang aman itu terus ke dalam trak black maria? Adakah 2 jurufoto itu cuai sehingga terlepas aksi penting ini ataupun sebetulnya tidak wujud “the so called” masa 5 ke 10 minit tempoh untuk bersurai itu?

28) Yang paling merosakkan kes pendakwaan adalah keterangan SP6 yang kononnya terlibat dalam operasi dan menemani ASP Ghulam telah mengubah keterangan beliau sendiri. Di dalam EIC SP6 mengatakan SP5 beri arahan dengan suara yang terang dan jelas (rujuk m/s 84). Dalam cross, beliau mengatakan tak jelas apa yang SP5 baca dan arahan bersurai serta beliau jauh dari SP5 pula (rujuk m/s 86). Beliau malah setuju ASP Ghulam berbohong dalam keterangannya.

29) Hujahkan daripada kes pendakwaan sendiri tiada keterangan yang OKT-OKT berkumpul untuk membuat apa-apa kekacauan. Tindakan polis yang tidak menghalang orang berkumpul di kawasan itu (termasuklah yang tidak dituduh yang masih ada di situ sebelum dan selepas tangkapan dibuat) jelas menunjukkan kawasan itu bukan kawasan larangan dan tiada sebarang asas untuk SP5 menangkap OKT-OKT. Hujahkan bukanlah niat penggubal undang-undang untuk mengatakan berkumpul per se adalah salah melainkan adanya niat dan perbuatan yang menunjukkan niat itu.

30) Rujuk kes Siva Segara v PP [1984] 2 MLJ 212; “it cannot be said that an assembly, meeting or procession simpliciter which takes place without a licence becomes in law unlawful”. Seksyen 27(5) kena rujuk Seksyen 27(2) yakni kenalah “meeting, assembly atau procession” yang “intended to be convened”. Yang wujud dalam kes kita adalah “mere presence” semata-mata tanpa sebarang niat untuk “convene” ini.

31) Hujahkan, berdasarkan elemen pertama dan kedua yang gagal dipenuhi oleh pendakwaan; maka elemen ketiga samada OKT-OKT ada mengambil bahagian dalam perhimpunan itu menjadi tidak penting lagi.

32) Seterusnya, tempat di mana OKT-OKT dikatakan berkumpul adalah bukan di dalam kawasan yang diliputi di dalam perintah itu. Dalam FIR (P7) kata berkumpul di jalan susur keluar dan bukannya di perkarangan Parlimen. Fakta tempat ini dicabar oleh pihak pembelaan. Dalam FIR juga SP5 nyatakan hampiri untuk halang ke perkarangan Parlimen. Hujahkan ini bermakna OKT-OKT belum masuk ke dalam kawasan yang dilarang. Dalam ekshibit P1 juga, tempat OKT-OKT dikatakan berkumpul adalah jauh daripada kawasan larangan, tiada halangan dari pihak polis yang bertugas dan jelas orang ramai bebas keluar masuk ke dalam kawasan atau melalui kawasan bucu itu.

33) Ini turut diakui oleh saksi pendakwaan seperti SP2 yang mengatakan lokasi OKT berkumpul bukan di perkarangan parlimen tetapi di jalan susur keluar parlimen. SP5 turut akui tidak ada larangan untuk orang berada di susur, yang tidak boleh adalah di perkarangan Parlimen. SP6 juga mengakui OKT tidak berhimpun di hadapan perkarangan parlimen tetapi jauh di bucu.

34) Tiadanya sebarang kekacauan atau gangguan kepada ketenteraman awam yang berlaku yang menjadi asas kepada permohonan pihak polis terhadap perintah ID3 itu. Ini bermakna perintah itu berjaya dilaksanakan. Bagaimana boleh pihak polis sewenang-wenang menangkap 10 OKT atas kesalahan tiada permit atau mengingkari perintah itu; sedangkan tiada langsung “imminent threat” yang didakwa itu berlaku? Rujuk peruntukan Seksyen 98 CPC; berkaitan kes-kes kacau ganggu penting yang mengancam nyawa manusia, kesihatan atau keselamatan atau rusuhan atau gaduh gempar.

35) Apatah lagi daripada ekshibit video dan gambar sebelum tangkapan lagi wujudnya pihak polis di sekitar kawasan tangkapan. Jika benar adanya percubaan untuk berhimpun atau membuat kekacauan, sudah tentu pihak polis ini akan bertindak dan tidak membiarkan sesiapa pun sampai ke kawasan itu dari awal-awal lagi. Adakah polis-polis ini cuai ada hanya kerana mereka polis trafik, tugas mereka hanya untuk mengawal lalulintas?

36) Menurut SP2 ramai anggota bertugas melebihi 200 orang, tiada gas pemedih mata digunakan, tiada gangguan terhadap “public order” dan ada persidangan Parlimen yang boleh dimasuki oleh orang awam. Beliau juga setuju polis boleh halang sebarang cubaan berhimpun sejak dari kawasan Dang Wangi lagi kalau ada tanda-tanda kekacauan. Hujahkan jika mereka ingin berhimpun, sudah pasti mereka dihalang sejak dari awal lagi dari menghampiri tempat tersebut.

37) Jika sekalipun mahkamah terima charge tak defective/kabur dan berpandangan perintah Seksyen 98 adalah elemen pertuduhan (perhimpunan yang menyalahi undang-undang); masih lagi wujud keraguan yang besar berkenaan perintah itu.

38) Perintah larangan dikeluarkan oleh mahkamah atas permohonan SP3 dari IPD sentul. Perintah itu melarang orang ramai berhimpun di perkarangan bangunan parlimen. Menurut SP3, perkarangan bangunan parlimen adalah di bawah bidangkuasa IPD sentul iaitu di kawasan warna hijau dalam P1.

39) Perhimpunan dimana semua OKT ditangkap adalah di kawasan tanda biru dalam P1 iaitu di luar kawasan yang disebut dalam perintah larangan. Oleh itu, kenyataan DPP yang mengatakan beliau akan buktikan OKT mempunyai mens rea berdasarkan perintah larangan itu adalah tidak berasas dan hanya untuk mengelirukan mahkamah. Ini menunjukkan mereka tiada bukti lain dan hanya bergantung kepada perintah itu walaupun sudah jelas OKT ditangkap di luar kawasan yang disebut dalam perintah itu iaitu perintah itu terpakai di kawasan hijau dalam P1 sahaja sedangkan OKT ditangkap di kawasan biru.

40) Oleh kerana pihak pendakwaan tidak membawa bukti jelas tentang kaitan OKT dengan perintah itu dan dari segi pengetahuan mengenai kandungannya, maka tidak perlu dihujahkan di sini secara terperinci sama ada prosedur lain telah dipatuhi seperti arahan bersurai dll. Kami berhujah bahawa pihak pendakwaan sepatutnya memanggil responden pertama hingga keempat dalam perintah itu sebagai saksi untuk mengaitkan OKT dengan perhimpunan yang disebut dalam perintah itu. Ini telah membangkitkan anggapan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan.

41) Hujahkan apa yang berlaku adalah salah satu daripada berikut; 1) perintah ID3 telah berjaya dikuatkuasakan dan tiadanya kekacauan berlaku, atau 2) perintah itu telah disalahgunakan (abused) sehingga berlakunya tangkapan ke atas “innocent bystander” dalam suasana yang aman damai.

KELEMAHAN-KELEMAHAN LAIN YANG WUJUD DALAM KES PENDAKWAAN

1) “Selective prosecution”.

Kenapa hanya 10 orang OKT ini sahaja yang didakwa sedangkan dalam rakaman video terdapat ramai orang lain (termasuk wartawan dan jurugambar) yang berada dan berkumpul di sekitar kawasan tersebut. Saksi-saksi pendakwa juga gagal menjawab “on what basis” hanya 10 orang ini sahaja yang ditangkap dan didakwa, sedangkan ramai lagi yang turut melakukan perkara yang sama (berdiri dalam keadaan kasual) dan berada di kawasan bucu itu.

Kenapakah pula perempuan yang menjerit “police state” tidak ditangkap? Mengapakah pula selepas tangkapan dibuat, masih ramai lagi orang yang berkumpul di tempat yang sama yang tidak ditangkap? Adakah tempoh larangan sudah tamat atau perhimpunan sudah menjadi halal pula? Apakah yang begitu “special” pada 10 OKT ini yang telah mereka buat sehingga mereka yang dipilih? Mengikut SP10, orang lebih ramai di sebelah jalan yang bertentangan dan bukan di simpang serta kumpulan bercampur antara polis dan orang awam (m/s 120).

2) Percanggahan yang wujud.

Antara percanggahan yang wujud seperti berikut;

a) SP3 bersetuju ada persidangan Parlimen di mana orang ramai boleh hadiri sedangkan perintah ID3 telah dipohon untuk menghalang orang ramai dari berada di perkarangan Parlimen, yang mana menurut SP5 boleh ditangkap atas sebab berada di situ sahaja.

b) SP5 dalam EIC mengatakan tangkapan kerana melanggar perintah atau enggan bersurai sebaliknya dalam RE mengatakan tangkapan kerana tiada permit.

c) Keterangan SP5 yang berubah-ubah mengenai isu samada gangguan ada berlaku (m/s 72 para 5 v para 10).

d) Keterangan SP5 yang berubah-ubah mengenai isu kacau-bilau dan kekecohan (m/s 71 para 30 & m/s 81 para 20). Adakah SP5 maksudkan tangkapan sebagai “preventive measure” untuk elakkan gangguan kumpulan lebih besar dan ganggu trafik serta VIP? “This is not intended by the law”.

e) Keterangan SP6 yang berubah-ubah yang mengiakan dan menyokong segala keterangan SP5 di dalam EIC sebaliknya di dalam Cross telah mengubah pendirian kepada tidak nampak, tidak dengar dan jauh daripada SP5 pula.

Hujahkan percanggahan-percanggahan ini secara sendirinya mungkin tidaklah fatal, tetapi jika digabungkan menyerlahkan kerapuhan kes pendakwaan yang tidak konsisten dan sentiasa berubah-ubah.

3) Keterangan mengenai DVD

Terdapat banyak keraguan yang timbul berkenaan pengemukaan, rantaian keterangan serta status kehilangan ekshibit DVD. Pihak kami rangkumkan seperti di dalam jadual berikut;

P2/P4d/P6

Tape 2/ID5d/P8

SP2 seorang yg tidak kuat ingatan dan pelupa, 3 kali beliau betulkan keterangan – lihat m/s 36 Nota Keterangan (NK) & ms 51 NK & ms 53 NK

ID5d tidak pernah dijadikan ekshibit P menjadikan ekshibit P8 tidak “admissible”

P2 dan P4d telah diedit – tidak logik tape 60 minit hanya digunakan 4 minit, dan scene penting seperti penangkapan atau pembacaan perintah 5-10 minit tidak diambil atau semada polis dikatakan cuba leraikan perhimpunan juga tidak diambil – ms 39/40 NK, ada 2 tape dibekalkan kenapa guna 1 sahaja.

Selepas disalin dalam bentuk DVD, SP10 menyerahkan 1 salinan DVD bertanda Petaling Jaya dan bukan Putrajaya kepada SP7 utk simpanan – ms 91 NK.

SP8 juga “testify” dia labelkan DVD itu sebagai Petaling Jaya – ms 93 NK

Sedangkan SP9 akui dia terima CD dgn tulisan Putrajaya – ms 97 NK; SP12 juga akui terima DVD tanda Putrajaya – ms 142 NK

Menurut SP12, pegawai penyiasat dahulu CI Kumbat Tan dan boleh jadi ada dengan beliau tapi beliau tidak dipanggil utk beri keterangan – S. 114g Akta Keterangan – adverse inference – ms 146 NK

[bermakna semua gambar still P8 tidak sah dan ada 11 gambar still yg dibuat dari DVD ini berbanding DVD Rusman hanya 4 gambar sahaja]

Pihak pembelaan tidak diberikan peluang utk cross SP8 sebab kegagalan pendakwaan utk memainkan pita tape dan DVD serentak.

Percanggahan D10 dgn P5d – ms 101/102

Percanggahan D10 dgn ID5d dan P8 – ms 101/102

SP9 bagi keterangan bercanggah – mula katanya dapat arahan SP12 lepas itu kata tiada arahan pula – ms 102

SP9 bagi keterangan bercanggah – mula katanya dapat arahan SP12 lepas itu kata tiada arahan pula – ms 102

“Suppression of material fact” oleh pendakwa berkenaan D10 dan D11– ms 102/103 NK

“Ruling” mahkamah yg menyatakan Pendakwa terlepas pandang tidak boleh diterima kerana dari tindakan pendakwa menampakkan pendakwa tidak berlaku jujur, contohnya semasa SP8 dipanggil sepatutnya terus dimaklumkan kepada Mahkamah atau semasa SP9 memberikan keterangan utama boleh dimaklumkan. Mujurlah pihak pembelaan menimbulkan hal ini semasa “cross examination” barulah kebenaran itu terdedah.

“Suppression of material fact” oleh pendakwa berkenaan D10 dan D11– ms 102/103 NK

Pendakwaan tidak berlaku jujur dgn menyembunyikan fakta bahawa tape 2 itu telah hilang dan gagal maklumkan kepada mahkamah seawal SP8 memberikan keterangan – ms 94 – 96 NK

I/O telah tahu tape hilang dan sepatutnya pendakwa juga tahu fakta kehilangan ini tapi menyembunyikannya – lihat keterangan SP10 di ms 119 NK.

Keterangan SP9 yg akui tape atau DVD boleh diedit – ms 104 NK

Ada gap / blank dalam tape yg dimainkan dan tiada penjelasan diberikan kenapa – ms 108/109 NK

Keterangan SP9 yg akui tape atau DVD boleh diedit – ms 104 NK

Percanggahan keterangan SP10 dan SP8 bilamana SP10 mengatakan DVD diserah kepada Sjn Sharif tapi tape kepadanya – bandingkan ms 118; SP7 pula kata dia terima DVD dari SP10 dan bukan SP8 – lihat ms 91 NK

Kenapakah tiada borang serah-menyerah antara SP10 dan SP8 tidak dijelaskan – ms 123 NK

Tiada catitan mengenai simpanan tape atau catitan mengenai kehilangan tape 2 atau laporan polis oleh SP10 atas kehilangan ekshibit ini – ms 124-125 NK

Dalam DVD ini juga ada gap/blank tapi gagal dijelaskan oleh SP10 – ms 127 NK

Pohon dirujuk kes PP v Lee Eng Kooi [1993] 2 CLJ 534.

PENUTUP

1) Berdasarkan penilaian secara maksimum (maximum evaluation) terhadap keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan, adalah dihujahkan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT-OKT sepertimana yang digariskan dalam kertas pertuduhan. Terlalu banyak keraguan (doubts), ketidaktentuan (infirmities) dan kelompangan (gaps) yang wujud yang mana tidak selamat untuk Mahkamah yang mulia ini berpegang padanya.

2) OKT-OKT hanya boleh dipanggil membela diri jika wujud keterangan yang mencukupi setelah satu penilaian maksimum dibuat. Tugas mahkamah hanyalah untuk memutuskan berdasarkan “available evidence” sahaja. Rujuk kes PP v Saimin [1971] 2 MLJ 16.

6 comments:

  1. senaraikan kes yg telah dilepaskan (atau didapati tidak bersalah) kerana tuduhan menyertai perhimpunan aman yg menyalahi undang-undang.

    ini bagi menunjukan perhimpunan aman di bolehkan di negara ini.
    dengan pendedahan itu orangramai tidak akan takut untuk menyertai mana-mana perhimpunan aman.

    ReplyDelete
  2. Salam tjkl,

    Dalam pemerhatian saya, kes2 yang melibatkan perhimpunan ini juga lebih kurang sama dengan kes lain juga berpeluang untuk dibebaskan tertuduhnya. Apa yang penting beban sentiasa di pigak pendakwa untuk membuktikan adanya tindak-tanduk dalam perhimpunan itu yg mengancam ketenteraman dsb. dengan kata lain, assembly per se (semata-mata) bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti rakyat.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Saya kagum dengan hujah pembelaan di atas yang cukup jelas.
    Saya amat tertarik dengan profesion sebagai peguam pembela. Di harap dapat menerbitkan entri menegenai profesion tuan.

    ReplyDelete
  4. Salam Mohd Fasha,

    Terima kasih kerana sudi menjenguk blog yg biasa ini. Profesion sebagai peguam pembela sering disalahlabelkan sebagai kerjaya yang salah iaitu membebaskan orang salah. Namun saya teruskan juga tugas fardu kifayah ini untuk kepentingan ummah Insyaallah.

    ReplyDelete
  5. Kes telah mendapat pelepasan dan pembebasan daripada pertuduhan terlibat dalam perhimpunan haram. Bagaimanap pihak pendakwaan telah mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi dan akan membuat penambahan terhadap hujahan bertulis yang telah difailkan.Apakah komen dari tuan? Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Salam anonymous,

    Pihak yang kalah di mahkamah sesyen mempunyai peluang untuk merayu di mahkamah tinggi. Insyaallah kita akan lawan pusingan kedua nanti di mahkamah tinggi dengan kekuatan hujah. Terima kasih.

    ReplyDelete