COW JUMPING OVER THE MOON




Salam,

Frasa "cow jumping over the moon" adalah satu frasa yang popular di kalangan pengamal undang-undang jenayah. Frasa ini sangat diminati (dan dekat di hati) pihak pendakwaan kerana frasa yang ditemui dalam kes PP v Mohamed Ali yang diputuskan oleh pada tahun 1962 ini, telah memberikan analogi yang sangat menarik dalam menganalisa keterangan seorang saksi polis. Untuk benefit rakan-rakan yang tidak biasa dengan kes ini; Hakim Thompson CJ memberikan kiasan begini dalam menerima atau menolak keterangan saksi polis. Katanya dalam bahasa Melayu mudah; kalau polis kata lihat "cow jumping over the moon" di Kuala Lumpur maka tak bolehlah percaya, namun jika polis berkata nampak cow tersebut wandering di atas jalan di Kuala Lumpur, maka boleh percayalah kata-katanya.

Ini seolah-olah menunjukkan keterangan saksi polis itu hampir 99.9% hendaklah diterima on the face value. Setakat pengalaman saya di mahkamah; belum pernah lagi saya bertemu saksi polis yang memberikan keterangan seluarbiasa keterangan "cow jumping over the moon" tersebut. Maaflah, saya berpandangan kes ini sudah lapuk dan usang. Kiasan lembu itu tidak relevan lagi di Kuala Lumpur. Lembu-lembu yang berkeliaran mungkin hanya ada di Melaka dan di pedalaman beberapa negeri seperti Kelantan dan Terengganu.

Manakala tahun kes itu diputuskan pula adalah pada tahun 1962, iaitu zaman pra-Malaysia lagi. Satu zaman di mana musik rock kapak belum lahir. Zaman di mana CJnya masih orang puteh. Zaman di mana polisnya pun masih memakai seluar pendek seperti yang biasa kita lihat dalam filem P.Ramlee. Ini bermakna, pada saya rujukan kepada nas undang-undang juga hendaklah sentiasa kita update, sentiasa kita semak rujukan terbaru yang lebih relevan dan dekat dengan zaman kita sendiri. Walau apa-pun, kebarangkalian kes "cow jumping over the moon" ini masih diterimapakai untuk dekad-dekad yang mendatang nampaknya cukup cerah.

Back to a more serious note. Saya sebenarnya terpanggil untuk memberikan komentar ini atas pertanyaan seorang sahabat berkaitan kes melibatkan penemuan syabu terbesar di Malaysia di mana OKTnya dibebaskan di akhir kes pendakwaan dan hakimnya telah memberikan komentar pedas terhadap saksi-saksi polis yang terlibat dengan kehilangan barang kes seberat 40 kg. Soalan beliau berbunyi;

"10 anggota polis telah dikenakan tindakan tatatertib penggantungan pangkat dan gaji kerana mencuri barang kes i.e 40 kg dadah. Bolehkan mereka mereka didakwa memiliki dadah or other possible drug related offences? atau mmg x boleh sbb it is considered barang kes?"


Pertamanya, saya meletakkan saksi polis setaraf saja dengan saksi-saksi lain yang memberikan keterangan di mahkamah samada saksi awam atau saksi dari pihak berautoriti. Ini bermaksud, mereka hadir untuk memberikan keterangan yang benar dan tertakluk kepada ujian melalui soal-balas untuk mengesahkan kesahihan cerita mereka serta kredibiliti mereka. Ini juga bermakna, mereka boleh ditunjukkan sebagai saksi yang tidak jujur, terlupa, evasive, memberi keterangan bercanggah atau berubah-ubah; sama juga seperti saksi-saksi awam. Pada pendapat saya, untuk rely kepada nas-nas seperti kes Mohamed Ali dan memberikan extra protection kepada saksi polis adalah kurang tepat dan meletakkan beban berlebihan kepada pembelaan untuk membuktikan adanya oblique motive di pihak saksi polis.

Berbalik kepada persoalan tadi bolehkah saksi-saksi polis ini dituduh memiliki dadah? Umum mengetahui bahawa kuasa untuk menuduh, meneruskan atau memberhentikan pertuduhan terletak di atas Peguam Negara selaku Pendakwa Raya. Ini jelas dalam Perlembagaan Persekutuan dan CPC. Isu di sini, mengapakah saksi polis ini hanya diberikan tindakan tatatertib dan tidak dituduh di mahkamah atas kesalahan mencuri atau memiliki dadah tersebut?

Well, tidak ada apa-apa yang menghalang Peguam Negara menuduh sesiapa sahaja melakukan apa saja kesalahan asalkan kesalahan itu termaktub dalam undang-undang dan adanya sufficient evidence untuk prefer pertuduhan. Jadi, apa yang berlaku mungkin mereka belum dituduh sementara kes mengedar yang asal tersebut masih belum berjalan. Jika selepas ini ada pertuduhan akan dikemukakan; ia boleh dibuat dan saya yakin akan dibuat tanpa ragu-ragu apatah lagi ia melibatkan penyelewengan oleh pihak berautoriti yang sepatutnya menjaga kepentingan awam dan bukannya menjadi seperti "harapkan CCTV, CCTV makan padi".

Isu samada boleh atau tidak dituduh kerana ianya masih barang kes pada saya tidak menjadi masalah. Sesuatu barang kes yang sama boleh juga terlibat dalam lebih dari satu kes (if I'm not mistaken). Cuma dari aspek perlaksanaan pendakwaan mungkin akan menimbulkan kekeliruan dan kalau mengikut ore Kelate akan menjadi satu kes yang "bolloq" (sila lihat kamus Kelate). Pada saya, pertimbangan utama harus diberikan kepada ada atau tidak keterangan untuk menuduh saksi polis ini. Walau apa-pun, jika mereka didapati berbohong di mahkamah tidak ada apa yang menghalang dari mereka dituduh memberikan keterangan palsu.

Kesimpulannya, pihak autoriti seperti polis memang mengundang zoom yang lebih dari mata masyarakat atas segala tindak-tanduk mereka samada dalam menjalankan tugas mahupun dalam memberi keterangan sebagai saksi. Beban ini boleh dilaksanakan dengan baik dan penuh kejujuran dan hakikatnya memang lebih banyak buah epal yang baik berbanding beberapa biji epal jahat dalam pihak polis. Renungilah kata-kata Uncle Parker (pakcik kepada Spiderman); "with great power comes great responsibility". Wassalam.






Comments

  1. so maanil mufradatnya mmg buleh la sesangat utk dituduh. dan rasa2nya public memang nak tgk pertuduhan ini dilakukan. so we just wait n see what KPN n AG will do. tq for the answer imam.

    ReplyDelete
  2. dah lama tak menulis tuan?rindu nak baca view2 yg bernas

    ReplyDelete
  3. kes tu bukan ke masih di 'cite' COA/FC lg ke? mcm kes Yusri Pialmi.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Maaf lama sudah tak menulis, Insyaallah akan bergiat balik TQ.

    ReplyDelete
  5. Anonymous,

    Benar, masih dicite tapi dalam Yusri Pialmi pun ada dissenting view.

    ReplyDelete
  6. hai loyar berjurus, really nice blog!! very useful for a student like me. hope to read more articles from u on how to be a good DC as im in a preparation for my mock trial. Thanx for the info.

    ReplyDelete
  7. Dear anonymous;

    Thanks for reading. Hope I can share something useful. Do give some comments again in the future. Happy mooting!

    ReplyDelete
  8. Thank you tuan Loyarberjurus, I just love your very informative blog. What the prosecution will prove in their case under S 39A(2)when 2 persons charged and one of the accused did not plead guilty?

    ReplyDelete
  9. Mr Anonymous,

    Thanks for reading this normal and ordinary blog. Normally when more than 1 person charged in a drug case it invloves facts that tie both the accused together or when the evidence dont really point to either accused.

    In the event one of the accused does not plea gulity as per your question, most likely the cae will proceed as its very rare a drug case being withdrawn or reduced unless it relates to the weight issue.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA