HIGH PROFILE
Salam,
Semalam kita dikhabarkan mengenai pembentukan Suruhanjaya Di Raja (RCI) untuk mendiang Teoh Beng Hock selepas lebih setahun inquest berjalan dengan penuh drama dan berakhir dengan penuh anti klimaks pada verdictnya yang bersifat neither here nor there. Bagi masyarakat perundangan (legal fraternity) memandang pengumuman itu sebagai satu langkah yang baik apatah lagi term of reference telah diperluaskan merangkumi kepada aspek penyiasatan SPRM. Kita juga menyambut baik walau siapa sekalipun yang mengumumkannya, walau apa sekalipun motifnya apatah lagi PTK Tenang yang penuh bergelora dengan isu remeh waltemeh tetapi menyakitkan hati umat Islam seperti salam dimainkan; is just around the corner.
Mengendalikan kes atau prosiding seperti RCI TBH ini adalah termasuk dalam kategori high profile cases. Ramai menganggap high profile cases adalah kes-kes yang keluar dalam media, terpampang di dada akhbar atau diperdebatkan dengan hangatnya di alam maya (virtual world). Betul juga telahan ini. Namun, ada juga kurang tepatnya kerana tak semua kes yang diminati media itu adalah high profile sifatnya, seperti kes-kes artis yang sudah tak laku yang buat-buat ada kes untuk popular semula atau kes ahli-ahli politik yang kahwin dua contohnya. Sesungguhnya masa kita lebih berharga untuk dihabiskan untuk kes-kes sebegini yang hanya layak dijadikan berita muka depan akhbar seperti Metro.
Berdasarkan pengalaman dan pengamatan; saya dapati (finding of fact ni) bahawa kes high profile melibatkan gabungan beberapa aspek. Mungkin ianya melibatkan isu yang sensitif seperti isu murtad. Mungkin ianya melibatkan personaliti VIP atau popularwan (golongan popular) sebagai OKT, saksi, pengadu ataupun mangsa. Mungkin juga ia melibatkan isu perundangan yang berat dan jarang-jarang dipertuduhkan seperti pertuduhan kes Maunah atau fitnah jenayah (criminal defamation). Mungkin juga ia melibatkan golongan masyarakat sebagai mangsa atau OKT seperti kes perhimpunan makruh atau kes pengambilan tanah oleh pihak kerajaan.
Pendek kata, satu feature yang common yang ada pada kes-kes high profile ini adalah tekanan yang melampau dan expectation yang melampaui batasan normal. Kebiasaannya segala aksi, pertuturan, pergerakan malah jika anda terbatuk dalam mahkamah sekalipun boleh saja disensasikan di dalam media. Perbicaraan menjadi tense, wujud pihak-pihak yang cuba berlagak hero (atau samseng kampung dusun) untuk diberi perhatian, kurang timbangrasa antara pihak-pihak akibat perhatian melampau dan expectation tinggi dari 'kem' masing-masing.
Pengalaman saya sendiri mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi samada di pihak DPP mahupun di pihak loyar; memang memberikan pengalaman yang priceless. Dalam kes-kes sebegini, kita berpeluang berhadapan dengan lawan yang hebat, dahsyat dan kadang-kadang lorat. Kita juga berpeluang mengendalikan kes dalam keadaan yang ultra-stress, berhadapan isu-isu yang rumit dan berhadapan dengan hakim-hakim yang juga merumitkan.
Secara positifnya, kes sebegini berupaya untuk propel seseorang itu ke satu tahap yang lebih tinggi yang tidak dapat dicapai jika beliau hanya mengendalikan kes-kes yang tiada profail langsung atau bagi DPP; berada di luar radar para boss. Manakan tidak, kejayaan anda dalam sesuatu kes, gambar anda yang kacak/comel keluar dalam media malahan nama anda saja sekalipun yang keluar sudah memberi satu promosi yang percuma lagi efektif kepada kerjaya anda.
Namun awas! Beware of what you wish for. Bukan semua kes high profile boleh menguntungkan mereka yang terlibat. Ada peguam yang terlibat dalam kes sebegini mendapat publisiti buruk apabila gagal mengendalikan kes dengan baik atau jika hanya hadir sebagai pembawa beg kotak atau penyalin nota yang setia saja. Pada saya mudah saja. Asalkan niat anda betul, anda melaksanakan tugas dengan dedikasi, tidak gelojoh dalam mengambil kes berprofil tinggi (ada setengah orang tu pilih lagi kes sebegini), Insyaallah jika anda terlibat dalam kes sebegini sekalipun, anda akan tenang walau dizoom media, dimaki oleh boss atau client atau hakim kerana anda tahu anda memang layak mengendalikannya dengan jayanya. Wassalam.
ada sglintir loyer yg skdr nk glemer tnp sedar x mmpu mngndalikan kes tersebut :) nice! suka baca.
ReplyDeletePeguam Bisaya,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah dan mengikuti blog yg biasa ini. Bagi saya loyar yg bagus bukan sahaja kelihatan bagus (seen to be good) tetapi substancenya (isinya) hendaklah juga sama bagus. Maknanya; ilmu, skil, pengalaman hendaklah sama gah dengan appearance sbg peguam yang serba segak itu. Insyaallah walau apa jenis kes sekalipun, kita akan dapat kendalikan dengan sebaiknya.