HUJAHAN KES FITNAH JENAYAH





Pembuktian elemen pertuduhan.

1) Merujuk kepada “A Practical Handbook on Criminal Prosecution in the Subordinate Courts“ m/s 337, intipati bagi satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan ialah :

1) The accused made or published an imputation about a person.

2) It concerned the complainant or some other person thereby in whom the complainant was interested.

3) The said imputation must have been made by words either spoken or intended to be read or by signs or by visible representations.

4) Such imputation was made with the intention of harming or with knowledge or having reason to believe that it will harm the reputation of the person concerning whom it is made

Analisa keterangan pendakwaan

1) Kami berhujah bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes “prima facie” terhadap OKS di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan. Ini memandangkan tidak ada sebarang keterangan langsung berkenaan identiti OKT selaku orang yang telah membuat atau menyiarkan tohmahan tersebut (made or published an imputation about a person). Pendek kata, elemen pertama bagi seksyen ini telah gagal untuk dipenuhi.

2) Menurut pengadu (SP1), beliau dimaklumkan oleh seorang pengawal wanita ada risalah ditampal di tempat letak kereta dan tandas. Ini bermakna tiada keterangan terus dari pengadu siapakah orang yang bertanggungjawab menampalkan risalah tersebut. Tiada juga keterangan dari mana-mana saksi berkenaan whereabouts (kedudukan) OKS seperti masa dan tarikh yang dipertuduhkan samada berada di tepat kejadian. Ini bermakna tidak dibuktikan OKS berada pada masa dan tempat as per charge.

3) SP3 selaku IO kes mengakui ada menyiasat mengenai pengawal keselamatan wanita bernama Norlin bt Noh tapi beliau tidak pasti samada boleh kesan atau tidak. Tiada pula keterangan dari IO kes bahawa beliau ada merakamkan percakapan saksi ini. Menurut SP2 pula, beliau ada memeriksa cctv tetapi tidak nampak sesiapa selepas pukul 10 malam sebab gelap.

4) Oleh itu dihujahkan bahawa keterangan mengenai identiti orang yang menampal tidak dikemukakan melalui keterangan terus (direct evidence) melalui mana-mana saksi. Satu-satunya saksi yang berkemungkinan ada melihat orang tersebut iaitu pengawal keselamatan wanita ini tidak dipanggil ke mahkamah. Dihujahkan di peringkat ini sudahpun wujud gap dalam kes pendakwaan.

5) Menurut SP2 sebagai Ketua Keselamatan pula; mengatakan bahawa penama Budi mengaku beliau menampal risalah atas arahan OKS. Menurut SP2 juga, Budi mengaku hanya lepas beliau ditanya oleh SP2. Pada mulanya, Budi tidak mengaku namun selepas dikatakan mukanya nampak di CCTV, barulah Budi mendakwa beliau diarahkan oleh OKS.

6) Hujahkan pertamanya mahkamah perlulah meneliti keterangan berkaitan Budi ini dengan waspada kerana selagi mana Budi tidak dipanggil ke mahkamah dan memberi keterangan yang sama; keterangan SP2 ini hanya bersifat hearsay dan tidak boleh diterima mahkamah.

7) Keduanya, assuming Budi hadir sekalipun, keterangan mengenai kemasukan pengakuan tersebut juga hendaklah diteliti kerana ianya dibuat kepada “person in authority” yang mengakibatkan Seksyen 24 Akta Keterangan beroperasi. Mana-mana pengakuan yang wujudnya dorongan atau ugutan atau janji tidaklah boleh diterima.

8) Apatah lagi circumstances dalam kes ini menunjukkan Budi mendapat benefit daripada the so called pengakuan beliau di mana Budi tidak dituduh walaupun beliau mengakui actus reus menampal risalah itu. Beliau juga seorang warganegara Indonesia dan SP2 pun tidak pasti samada permit kerja Budi hidup atau tidak. Beliau juga adalah saspek awal sepertimana siasatan oleh SP2. SP2 malahan mengatakan beliau memanggil OKS ke pejabat adalah sebab Budi beritahu arahan OKS.

9) Hujahkan, keterangan melibatkan pengakuan Budi adalah of no value. Bukan sahaja beliau gagal dikemukakan di mahkamah, keterangan beliau bersifat hearsay dan tujuan the so called pengakuan tidaklah dapat dipastikan. Jika benar juga pengakuan Budi itu, beliau adalah rakan sejenayah (accomplice) yang memerlukan keterangan sokongan (corroboration). Hanya Budi sahaja yang boleh mengesahkan kenapa beliau membuat pengakuan samada ianya benar atau untuk melepaskan diri. Mahkamah hendaklah memilih inferens yang memihak kepada OKS dalam keadaan tiada bukti konklusif.

10) Selanjutnya, menurut SP2 lagi, apabila beliau memanggil OKS ke pejabatnya untuk siasatan, OKS tidak mengaku sampai ke sudah walaupun SP2 mengatakan beliau ada saksi dan bukti. Sebaliknya apa yang keluar ialah cerita buruk pengadu dan tuduhan pengadu bahawa OKS ugut minta duit 30k agar tak pecahkan rahsia pengadu kaki perempuan. Pengadu pula menurut SP2 datang lepas SP2 panggil Zai dan minta semua risalah dari SP dengan alasan beliau sudah buat laporan polis.

11) Hujahkan kelakuan (conduct) OKS ini adalah relevan di bawah Seksyen 8 Akta Keterangan untuk menunjukkan beliau tidak bersalah. Dari awal-awal lagi beliau mempertahankan bahawa beliau tidak terlibat. Sebaliknya, conduct pengadu pula menunjukkan bahawa beliau sebenarnya sebelum kejadian lagi sudah ada masalah peribadi dengan OKS yang menyebabkan beliau mengesyaki OKS yang bersalah.

12) Oleh itu, mohon mahkamah yang mulia ini untuk membuat satu penemuan fakta bahawa tiada keterangan yang kukuh untuk mengatakan bahawa OKSlah orang yang membuat atau menyiarkan tohmahan kepada SP1, sekaligus elemen pertama pertuduhan gagal dipenuhi.

13) Selanjutnya, menurut SP2, Budi memang ada ditahan oleh polis. IO kes (SP3) juga akui ada ditunjukkan kepada Budi pada malam kejadian. Jika dilihat keterangan IO kes pula, beliau menyimpulkan bahawa OKS lakukan kesalahan berdasarkan percakapan Budi. Sebaliknya, walaupun Budi adalah seorang saspek, SP3 tidak langsung menyiasat tentang Budi.

14) Hujahkan keterangan Budi adalah sangat material. Beliau sahaja merupakan link untuk mengaitkan risalah yang ditampalkan itu dengan OKS. SP2 malahan memanggil OKS ke pejabat pun disebabkan Budi. Pendek kata, tanpa keterangan Budi, OKS tidak akan dikaitkan langsung dengan kesalahan.

15) Ini digabungkan dengan keterangan IO kes SP3 yang mengecewakan mengenai siasatan terhadap Budi. Beliau ditunjukkan kepada Budi pada malam kejadian lagi. Budi juga ada ditahan oleh polis.

16) SP3 mengatakan ada rakam percakapan Budi, mengapakah percakapan ini tidak dikemukakan? Keterangan mengenai usaha di pihak SP3 juga sangat tidak mencukupi. Beliau mengatakan tidak tahu Budi di mana, tidak mencari selepas kejadian, tiada siasatan di kedutaan, Imigresen mahupun Kastam.

17) Hujahkan gabungan fakta bahawa keterangan Budi adalah material untuk unfold naratif kes pendakwaan dan fakta usaha yang tidak mencukupi; membolehkan anggapan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan terpakai. Pohon rujuk kes Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492.

18) Selanjutnya dihujahkan bahawa keterangan berkaitan elemen kedua pertuduhan (It concerned the complainant or some other person thereby in whom the complainant was interested) juga adalah meragukan.

19) Jika diteliti risalah P3 yang dikemukakan, ianya bersifat umum dan tidak spesifik. Di dalam P3, tiada sebarang nama ataupun jantina pegawai Ambank Alamanda dinyatakan. SP1 sendiri adalah sebagai Pengurus cawangan bukannya sebagai pegawai. Tiada juga keterangan yang kukuh berapa ramai orang yang ada pengetahuan mengenai jumlah pegawai Ambank Alamanda dan jantina mereka. Bahkan SP1 bersetuju dalam keterangan beliau yang beliau terasa P3 ditujukan kepada beliau. Ini hendaklah dibezakan dengan risalah yang bersifat jelas dan tiada keraguan siapakah yang menjadi sasarannya. Rujuk kes Harbans Singh Sidhu v PP [1973] 1 MLJ 41.

20) SP2 adalah saksi yang terbaik yang mana mahkamah boleh membuat satau penilaian samada risalah P3 ini diketahui oleh orang awam memang ditujukan kepada SP1. SP2 telah bekerja di Alamanda sejak 2004 dan telah lama mengenali SP1. Menurut, SP2, beliau tidak tahupun nombor telefon pengadu walaupun kenal lama sejak 2004. Tambah SP2 lagi, apabila beliau melihat P3, beliau tidak tahupun ianya ditujukan kepada pengadu. Oleh itu dihujahkan bahawa sifat dan keadaan risalah P3 itu sendiri tidak khusus dan terhad kepada SP1 sahaja. Lebih dari satu inferens boleh dibuat berkenaan identiti sasaran di dalam P3 itu.

21) Dilihat pula keterangan IO kes (SP3), beliau mengatakan siasatan beliau terhadap risalah P3 adalah cukup dengan hanya bertanya pengadu dan pengadu mengesahkan bahawa dialah yang dimaksudkan dalam P3. SP3 malahan tidak menyiasat siapa pemilik sebenar telefon yang dinyatakan dalam P3, satu tindakan yang sangat mudah yang boleh menjelaskan lagi identiti sasaran dalam P3. SP3 sebaliknya hanya menerima bula-bulat kenyataan pengadu bahawa itu adalah nombor telefon beliau. Menurut SP3 juga, beliau mengakui tidak ada apa-apa dalam risalah P3 yang boleh dikaitkan dengan OKS.

22) Oleh itu pohon mahkamah yang mulia ini juga membuat penemuan fakta bahawa sifat risalah P3 tidaklah khusus dan spesifik hanya kepada SP1 yakni ada keraguan bahawa elemen kedua (It concerned the complainant or some other person thereby in whom the complainant was interested) telah dipenuhi.

23) Selanjutnya dihujahkan berdasarkan keterangan, elemen penyiaran kepada umum juga gagal dipenuhi pada tahap prima facie. Tanpa pembuktian bahawa risalah P3 berjaya disebar kepada umum, akan gagallah kes pendakwaan walaupun elemen pertama dan kedua berjaya dibuktikan sekalipun.

24) Hujahkan elemen penyiaran kepada umum ini telah gagal dipenuhi kerana;

a) Pengadu tidak melihat sendiri risalah ditampalkan. Beliau juga tiada urgency apabila dimaklumkan adanya penampalan bahkan meneruskan tugasan biasa beliau terlebih dahulu. Pengadu hanya melihat 2 keping sahaja risalah di pejabat SP2.

b) Masa di mana dakwaan risalah ditampalkan adalah sebelum waktu pejabat ataupun kedai dibuka. Menurut SP2, ketika dimaklumkan, kedai dan pejabat belum buka. Beliau sendiri tidak jumpa di tandas. Kakitangan wanita beliau juga tak jumpa apa-apa. Beliau juga tak pasti selain 2 keping di pejabat SP2 ada risalah lain. SP2 juga mengatakan perkara sama, hanya melihat kertas banyak jam 8 pagi dan orang belum ada. Menurut SP2 juga pada jam 8.30 pagi, Alamanda belum dibuka. Yang ada masa tu orang dalam saja; security dan cleaner serta management. Fakta bahawa IO kes tidak menyiasat tentang pukul berapa alamanda dan ofis buka hanya memburukkan keadaan.

c) Tindakan menghalang penyebaran kepada penyiaran umum telah berjaya. Menurut SP2, arahan untuk mencabut kesemua risalah yang ditampal dari management dijalankan serta-merta dan selesai semuanya pada jam 9 pagi. Beliau juga telah pastikan tak ada risalah yang tertinggal.

d) Tiada sebarang aduan diterima dari sesiapa berkenaan risalah yang ditampalkan. Menurut SP2, pihak security ada bertugas 24 jam malam sebelumnya tetapi tiada sesiapa pun membuat laporan awal-awal lagi. SP2 malah setuju pihak security telah berjaya elak risalah dari tersebar kepada orang awam.

e) Tiada sebarang respons dari orang awam mengenai kandungan risalah. Menurut SP1, tidak ada sesiapa pun yang menelefon nombor yang didakwa nombor beliau yang ada di dalam risalah P3. Tiada juga sesiapa orang awam yang membawakan risalah berjumpa beliau. Beliau juga setuju fakta tiada orang yang hubungi beliau menunjukkan fitnah telah tak berjaya. SP3 iaitu IO kes mengatakan bahawa beliau ada menyiasat 5 org awam yang dikatakan membaca risalah tetapi tiada keterangan samada percakapan mereka dirakamkan atau tidak. SP3 juga setuju tak ada kecederaan dialami oleh pengadu dan hasil siasatan menunjukkan ada orang hubungi pengadu untuk khidmat seks.

25)Oleh itu pohon mahkamah ini juga membuat penemuan fakta bahawa tiada bukti yang kukuh dan meyakinkan bahawa risalah yang ditampalkan itu telah berjaya sampai kepada siaran umum.

Penutup

1) Berdasarkan hujahan yang dinyatakan di atas, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan wujudnya satu kes “prima facie” terhadap OKS bagi pertuduhan dalam kes ini. Mahkamah tidak perlu memanggil OKS membela diri kerana tiada apa-apa penjelasan daripada OKT diperlukan oleh mahkamah memandangkan pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan.

2) Pohon rujuk kes dan kes PP v. Saimin & Ors. [1971] 2 MLJ 16.

3) Kami pohon agar OKS dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.

Sekian, terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA