HUJAHAN KES 39B (COURT OF APPEAL)




RINGKASAN HUJAHAN RESPONDEN

Dengan izin Yang Arif,

Izinkan kami merujuk kepada Petisyen Rayuan Perayu bertarikh 16 Oktober 2009.


ALASAN NO. 2, 4 DAN 6 DALAM PETISYEN RAYUAN


Yang Arif Hakim bicara adalah betul dan tidak khilaf dari segi fakta dan undang-undang dalam memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan Responden di akhir kes pendakwaan atas alasan Responden tidak mempunyai “milikan” terhadap dadah-dadah tersebut.


Tiada keterangan positif bahawa ekshibit P13A adalah ketulan yang dimaksudkan telah dilihat dicampakkan oleh Responden.


Berkenaan ekshibit P14A pula wujudnya keterangan yang tidak dicabar daripada saksi pendakwaan sendiri iaitu SP4 yang tidak tercabar sekaligus menimbulkan inferens yang munasabah bahawa P14A diletakkan oleh lelaki Indonesia bernama Hendra. Inferens ini menimbulkan keraguan munasabah terhadap persoalan “milikan”.


Gabungan keseluruhan keterangan menunjukkan keterangan gagal menunjukkan kaitan Responden dengan P13A dan P14A.


Izinkan kami merujuk kepada m/s …… Rekod Rayuan.


Izinkan kami merujuk kepada Alasan Penghakiman dalam Rekod Rayuan iaitu daripada m/s 60 hingga 62.


Izinkan kami merujuk kepada kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113.


Yang Arif Hakim adalah betul dalam memutuskan bahawa tiadanya dapatan afirmatif “milikan” berdasarkan keterangan kes.


Izinkan kami merujuk kepada kes Abdullah Zawawi Yusoff v PP [1993] 4 CLJ1 SC.


Pendakwaan gagal menyisihkan kemungkinan bahawa orang lain mungkin mempunyai akses kepada dadah.


ALASAN No. 3 DALAM PETISYEN RAYUAN


Izinkan kami merujuk sekali lagi kepada kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113.


Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa kelakuan tertuduh harus dilihat berasaskan halkeadaan kes.


Mengaplikasikan undang-undang kepada fakta kes kita, kelakuan responden adalah konsisten dengan penegasan bahawa beliau terkejut apabila SP5 memperkenalkan diri sebagai anggota polis hanya setelah SP5 masuk ke halaman rumah beliau sendiri.


Izinkan kami merujuk kepada m/s …… Rekod Rayuan.


Pohon untuk merujuk kepada kes Wong Vui Chin v. PP [2011] 3 CLJ 383. Kes ini berbeza dengan kes kita dimana tingkahlaku atau kelakuan perayu adalah konsisten dengan pengetahuan mengenai dadah sebelum dan selepas tangkapan.


ALASAN No. 5 DALAM PETISYEN RAYUAN


Percanggahan antara keterangan SP4 dan SP5 berkenaan isu penama Hendra, jumlah motorsikal dan beg berwarna hijau adalah fatal kepada kes pendakwaan. Keraguan timbul samada Responden yang mempunyai “milikan”.


Kewujudan Hendra telah disahkan oleh SP7 iaitu wujud dalam rakaman percakapan Responden.


Izinkan kami merujuk kepada kes Alcontara a/l Ambross Anthony v PP [1996] 1 CLJ 705.


Hakim bicara juga telah cukup berhati-hati dalam menerima keterangan SP4 dan memutuskan keterangan SP4 adalah kredibel serta tidak tercabar.


Izinkan kami merujuk kepada kes Alaggandiran Vellu v. PP [2010] 4 CLJ 410.


Izinkan kami merujuk kepada kes Lee Ah Seng & Anor v. PP [2007] 5 CLJ 1.


Izinkan kami merujuk kepada m/s …… Rekod Rayuan.


Oleh yang demikian kami dengan rendah diri memohon agar Mahkamah Rayuan yang Mulia ini tidak mengganggu keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi yang telah membebaskan dan melepaskan responden.


Sekian, terima kasih.


RINGKASAN PENGHUJAHAN RESPONDEN ini disediakan oleh Tetuan Azizzul & Ariff yang beralamat di 13-2 Jalan Puteri 4/1, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA