BERSIH, HARAM DAN KONOTASINYA




Salam,

1) Pendakwaan ada kuasa untuk prefer apa-apa pertuduhan ke atas orang yang disyaki melakukan kesalahan. Kuasa ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 Kanun Acara Jenayah. Jadi bukanlah sesuatu yang pelik jika seseorang itu ditahan atas disyaki melakukan satu kesalahan (pakai baju Bersih) dan dituduh di bawah pertuduhan lain (menghadiri perhimpunan tiada permit). Tapi itu bukan bermakna pertuduhan itu tepat dan tidak boleh dicabar kesahihannya di mahkamah.

2) Pengalaman saya dan beberapa peguam Juham dalam beberapa minggu ini mengendalikan kes tangkapan pencegahan (pre-emptive arrest) oleh pihak polis nampaknya pihak pendakwaan memilih untuk menuduh samada dibawah Seksyen 47 atau 43 Akta Pertubuhan. Seksyen 43 adalah menjadi ahli pertubuhan haram (unlawful society) manakala Seksyen 47 pula adalah memiliki, mempromosi dan lai-lain apa-apa item berkaitan pertubuhan haram seperti pakaian, risalah dsb.

3) Memang bantahan awal ada kita buat berasaskan bahawa Bersih 2.0 hanyalah bersifat ad-hoc dan bukanlah satu unlawful society serta tidak memerlukan pendaftaran di bawah Akta Pertubuhan; sekaligus apa sahaja item berkaitan Bersih bukanlah menyalahi undang-undang. Namun mahkamah telah menolak bantahan awal kita setakat ini.

4) Pertuduhan Seksyen 27(5) yang kami kendalikan setakat ini juga ada dikemukakan di mahkamah, namun bukanlah melibatkan perhimpunan Bersih 9 Julai tetapi melibatkan perhimpunan yang berlaku semasa tangkapan itu sendiri yang dikatakan tanpa permit. Seperti yang dituduh di Mahkamah Ampang terhadap 7 orang, perhimpunan berlaku tanpa permit semasa konvoi kenderaan sejauh 1 kilometer tanpa ada kaitan dengan Bersih sedikitpun.

5) Berdasarkan cara tangkapan yang dibuat dan setakat mana bukti yang wujud dalam kesemua kes yang dipertuduhan terutamanya berkaitan pemakaian baju Bersih; kami yakin bahawa peluang untuk melepas dan membebaskan kesemua yang dituduh adalah sangat cerah. Perbicaraan akan berjalan dan biarlah jurus-jurus untuk memenangkan kes itu kita lancarkan semasa bicara Insyaallah.

Jawapan ringkas dan umum ini adalah kepada persoalan seorang pembaca blog ini. Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA