OPEN YOUR EYES
Salam,
2012 melabuhkan tirainya. 2012 merupakan tahun penamat dunia atau armageddon berdasarkan prophecy puak Mayan. Bagi orang Islam sudah tentu kita dilarang daripada mempercayainya. Sekadar menonton filem epik 2012 tiada salahnya. Begitu juga meminati lagu tema filem Armageddon - I dont wanna miss a thing alunan penyanyi berbibir tebal dari kumpulan Aerosmith.
Awal 2012 juga menyaksikan beberapa peristiwa penting dalam lanskap politik dan kemahkamahan negara. Yang paling menarik adalah tarikh 901 menyaksikan keputusan yang paling mengejut dibuat oleh mahkamah dalam kes DSAI. Lebih mengejutkan daripada kekalahan Kelate kepada Nogori dalam Piala Sumbangsih tempohari. Pembebasan dan perlepasan DSAI (di peringkat ini jangan over excited) mengkezutkan selluurouh pihak yang terlibat samada pengamal undang-undang, penyokong, pemerhati serta penentang. 3 letupan bom buatan sendiri yang masih menjadi misteri siapa perekaciptanya, menyambut keputusan bersejarah itu.
Ramai yang tampil dengan komentar masing-masing mengikut selera dan acuan sendiri. Ada yang mengatakan mahkamah kanggaru sudah menjadi bebas sebebas burung. Ada pula yang berkata ******* (perkataan tidak senonoh) mahkamah kerana membebaskan orang yang terang-terang jahat. Ada pula yang mendabik dada mengatakan sepatutnya kes itu sudah dibakulsampahkan di peringkat pendakwaan lagi.
Keputusan itu sebenarnya membuka mata kepada banyak mesej. Rakyat bukan lagi lembu feedlot yang menerima sahaja apa yang berlaku asalkan periuk nasi mereka tidak terjejas. Keyakinan kita kepada sistem kemahkamahan juga perlu konsisten dan adil. Tidak gentleman mencanangkan mahkamah adil bila keputusannya menggembirakan kita dan berteriak adanya tangan ghaib apabila kita tewas. Ia juga membuka mata bahawa dalam perjuangan itu kita perlu berusaha hingga ke noktah terakhir. Selagi ada peluang dan ruang, belum masanya kita berhentikan usaha dengan alasan bertawakkal.
Sudah tentu pihak pendakwaan yang tewas pusingan ini masih boleh merayu dan berkemungkinan menang di peringkat rayuan. Sistem yang menewaskan mereka di peringkat mahkamah tinggi juga yang membenarkan rayuan dibuat. Terpulanglah kepada pendakwaan selaku guardian of the public interest untuk membuat keputusan yang adil agar persepsi masyarakat bertambah positif dibandingkan keputusan untuk tidak merayu dalam kes Altantuya.
Itulah manisnya berjuang di arena kemahkamahan ini. Penuh drama, banyak yang mengejutkan, banyak juga yang seperti sudah scripted ditempuhi saban hari. Tiada yang membosankan dan stereotype ditempuhi. Apatah lagi dalam bidang jenayah yang mengundang banyak curiga di mata masyarakat terhadap profesion yang membela 'kejahatan' ini.
On the bright side, dalam sesuatu sistem, sesuatu kumpulan, sudah tentu ada 'unsung heronya'. Dalam sistem kemahkamahan ini, mungkin peguam belalah yang termasuk kategori itu. Sering disalahanggap, sering dikecam namun tetap bekerja keras menjayakan sistem, memastikan keadilan tertegak di mahkamah dunia ini sebagai pengimbang kepada pihak yang mendakwa dan yang memutuskan. Mungkin dengan membuka mata atau open your eyes seperti kata Maher Zain dalam lagunya, akan dapat menghargai peranan dan usaha Makalele atau Essien ini. Wassalam.
Comments
Post a Comment